Feb 16, 2011

dan hari itu,


Langit mengamuk.
Awan meraung.
Bulan merajuk.
Bintangbintang menyorok.
Suara garau--bertikam lidah.

Malam ini muram.
Hujan tak renti-renti minta disayang.

Malam ini kelam.
Hujan hentak-hentakkan kaki mahukan sayang.

Malam ini tak hadam.
Hujan takkan minta pelangi datang.

Malam ini makin gelap.
Hujan merayu memohon kepada bintang.

Malam ini tak siang.
Hujan jadi tangis pada Si Orang.

Malam ini cuma aku seorang,
Hujan tak teman
bulan tak datang.
bintang tak terang.
langit dah hilang.
sayang dah terbang,
rindu terbuang.
cinta tak dikenang.

hati kata "kau tahu Tuhan Maha Penyayang"
jasad berdiri tanpa berkaki.
roh pergi tinggalkan sepi.
jiwa ketagih kasih hakiki.

Tuhan,
ambil aku,bawaku pergi.
pergi ke sana,ke tempat yang sunyi.

Tuhan,
jadikan aku hati besi;
yang tak mati dibenci
yang tak mati dikeji.

Tuhan,
mohon diberi sabar yang meninggi.
tenang yang tak lari.
kasih yang menghargai.


kisah malam semalam,yang hujan petir guruh kilat segala macam bagai memberontak minta orang-orang sekalian jangan sakiti bumi lagi. jangan dicabut pasaknya bumi.jangan dicantas senyumnya bumi.