Feb 17, 2011

From A Friend to her Bestfriends


dulu sekolah rendah,
kita gaduh-gaduh
sebab apa?
sebab rebutkan kawan baik.

dulu sekolah rendah,
kita kutuk-kutuk,
sebab apa?
sebab nak kan kawan baik.

dulu sekolah rendah,
kita tak pernah nak sebulu.
sebab apa?
sebab masing-masing ada ego.

dulu sekolah rendah,
kita nak cakap pun rasa segan.
sebab apa?
sebab kita kekok nak jadi kawan.

dulu sekolah rendah,
kita cakap sinis depan-depan.
sebab apa?
sebab kita rasa tak puas hati dengan kawan kawan.

waktu dah masuk menengah,
kita dah mula baik.
kita dah mula jadi kawan.
kita dah mula bertegur sapa.
kita dah mula ketawa sama sama.
kita dah mula cerita-cerita semua.

waktu dah masuk menengah,
kita tak gaduh-gaduh dah.
kita tak kutuk-kutuk dah.
kita siap boleh gelak sama-sama kalau terserempak.

kalau boleh,biarlah kita kawan sampai akhir hayat.

kalau boleh,biarlah kita tak lawan tunggu siapa pemenang.

kalau boleh,
kalau diizinkan,
aku di sini nak mohon maaf,
nak mohon maaf kalau kau kau dan kau terasa dengan apa yang aku coretkan.
nak mohon maaf sebab dah lukakan hati kau kau dan kau sekalian kawan.
nak mohon maaf sebab menulis perkara yang tak tahu hujung pangkal.
nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
nak mohon maaf sebelum ajal aku sampai.

maafkan aku yaa kawan kawan?

kalau diikutkan,
ya aku menulis secara bebas,
aku menulis kadang melampaui batas,
aku menulis tanpa mengira apa yang akan dibahas.
aku menulis dalam separa sedar bahwa cerita aku boleh bawa nahas.

dan kerna itu wahai sekalian kawan,
aku mahu memohon maaf.

aku bukan siapa-siapa kalau nak dibandingkan siapa kalian sebenarnya.
aku cuma orang yang biasa-biasa,yang bukan orang berada,yang cuma tahu
"kawan aku di luar sana,aku bahagia mereka ketawa"

kerna ketidaksempurnaan aku,
kerna kesilapan aku,
kerna kenaifan aku,
kerna kebodohan aku,
kerna salah-fahaman yang berlaku,
kerna kisah yang dah beku,

aku lagi sekali,
dari hati mahu memohon maaf kepada kawan-kawan yang sedang marahkan aku di sini.

aku mohon maaf ya.

dan,
pembetulan,
aku tak pernah labelkan korang sebagai orang yang gedik,sikit pun tak pernah.

aku respect korang,
aku salute korang.
aku pandang tinggi kat korang.
dan bagi aku,korang memang hot dan cantik.
personally and honestly, korang memang cantik.

untuk itu,
budak perempuan yang penuh dengan imperfections di sini ingin memohon maaf kepada korang.

kita memang tak rapat,dan tak juga renggang,
friendship kita sedang-sedang,
dan kerana itu
aku tak nak jadikan persahabatan kita tunggang langgang.

mohon diterima maaf aku di sini.


Lots Of Love;
Lina Jalil