Feb 25, 2011

Have a sweetdream little boy :)


tak payah nak berteriak,aku tahu itu siapa,itu tentang apa dan itu bagaimana.

--jangan perli penunggu seperti aku yang dah macam kematu nak menunggu,

--biarkan aku sendiri dengan suara rindu,senyum sinis dan ketawa bengis.

--usangkan yang baru,jangan tunjukkan aku sesuatu yang aku tahu itu celaka dari celah sisa cinta kamu.

--keraskan apa ada nya dalam benak kamu,cuba dengar-dengar caci-maki dari jiwa kamu.

--sahut tangan aku,sambut suara aku. leraikan apa yang mengganggu,khuatir kamu dah beku.

--jadi putarkan yang itu,yaa.yang sedang meninggi dalam nafas kamu.ya,ego kamu.

--setelah itu,cuba rakamkan apa kata kamu yang dulu-dulu;sekarang cuma najis yang aku ciritkan buat kali-ke-ulang tayang.

--dah dengar apa kata orang sebelah kamu? benar,menjadi penunggu itu tak ubah seperti batu.

--tak,jangan salah kan dia,dia cuma mahu memberitahu.

--untuk kali terakhirnya,petang yang itu aku dah legamkan,hitamkan.jadi abu.

--tak,aku tak perlukan ucap maaf,alasan atau segala yang cuba mem-bahas.

--kukuh-nya celaka kamu,ada depan mata aku.

--teruskan meng-gelumang-kan aku dalam separuh jasad kamu.

--dah terbiasa.dah tepu.sangat tepu.

--ini bukan selamat tinggal,ini cuma peringatan untuk perempuan-perempuan yang kau bakal ketemu suatu saat nanti,yang mungkin melayan kau persis sebagaimana kau menelan hidup-hidup rindu aku.

--oh ya,lupa.hari ini aku belajar sesuatu.

--orang macam kamu,hidup&mati sama saja,tetap memakai yang putih.