Feb 3, 2011

Kahak ter-sangkut.

kadang-kadang orang kata aku baik,kadang-kadang jahat,kadang-kadang menggedik tak tentu pasal,kadang-kadang orang kata aku syok sendiri,kadang-kadang santai,kadang-kadang meletus mengalahkan volcano, ini apa yang sesetengah orang cakap,dan aku nak cakap,kadang-kadang aku tak kenal kau siapa&dari mana kau datang?

__________________________________________________________

harusnya,dan sewajarnya, sebelum menerjah,bagi salam.sebelum mengutuk,minta izin.sebelum mengumpat,tengok-tengoklah orang sekeliling (mereka pasang astro,tak nampak?).dan sebelum menipu,soal-selidik dulu siapa yang hendak ditipu (takut-takut termakan penipuan sendiri,kan semput?)

tengah khusyuk baca komik Tanpa Kulit Depan&Belakang,Aiman berlari-lari anak ke sini.

"mekk,ada hot news yoo!"

"apa hal?siang-siang subuh kau nak ber-gossip.tanpa bawa buah tangan.watteDUCK?"

"diamlah kau,semua nya pasal kau,kalau pasal aku,buat apa aku nak heboh kat kau,sengal."

lalu aku menanda muka surat terakhir yang aku sedang baca dengan melipat sedikit bahagian hujung atas mukasurat terbabit,

"cerita cepat,10 minit dari sekarang" sambil set masa di jam tangan Aiman.

"ada orang cakap kau jual maruah,serius?"

dan,terus aku buka jam tangan Aiman dan membaling ke arah batu yang besar di sebelah tunggul kayu tempat kami duduk.

"ada mereka cakap aku jual berapa?"

"tak pula.kau biar betul? kau jangan cakap YA,aku benci jawapan tu!"

"ada mereka cakap aku jual kat mana?"

"tak juga.kau tak jual kan?"

"ada mereka terangkan macam mana aku jual?"

"tak sempat mereka nak terangkan,aku dah tutup telinga"

"ada mereka cakap aku jual kepada siapa?"

"tak tak dan TAK! boleh tak kau jangan banyak tanya,dan JAWAB saja soalan yang aku tanya tu?", Aiman meninggikan suaranya terus ke telinga aku,dan menyebabkan rasa bergema,untuk beberapa milisaat.

sambil menempeleng kepala Aiman,dan menumbuk pipi nya yang sedang kemerah-merahan (akibat rasa marah,mungkin) ,

"kau nak aku jawab?"

Aiman menempelak aku tanpa memikirkan aku seorang yang se-panas baran seperti dia,
"kau nak jawab atau tak?! kau pelacur kelas mana hah? berapa banyak duit kau dapat?! puas kau layan laki-laki nafsu buaya?!!! PUASSSS KAU JADI PELACUR?!!!"

dan,Aiman melepaskan nafas lega,lega yang teramat sangat.

"pelacur sama level macam kau,"

"what the hell?!"

"kau tahu sesuatu?"

"tahu,kau bukan perempuan yang aku kenal."

"nak tahu tak?"

"sejak aku tahu kau perempuan macam tu,aku jijik nak kawan dengan kau!"

"aku jual maruah tak perlu dibayar,"

"murah nya kau?!"

"aku jual di tempat yang tak ramai orang,dia sentap semua maruah aku,dan aku rela,"

"rapuhnya agama kau!"

"aku jual dengan cara mempelawa,dan bercerita.dia terima dan teruskan menerima,"

"sial kau!"

"aku jual kat seseorang,dan. . ."

"cukup! kau memang dasar betina tak guna! aku menyesal kenal kau!"

"dan, maruah aku ter-jual bilamana dia tak sedar aku cintakan dia separuh mati.aku jaja maruah aku bila dia suruh aku berambus,tapi aku tetap tunggu.tetap tunggu macam orang bodoh. aku jadi sangat murah bila dia suruh aku lupakan dia,tapi aku tetap tinggikan cinta aku untuk dia.dia tak sedar yang aku rela mencintai dia,apa adanya.dan,kerana itu,maruah aku dah ter-jual,tanpa dia membeli.kerana aku memberi rindu untuk orang yang tak merindui aku."

sejurus selepas aku langsai-kan percakapan,Aiman terdiam,dan ter-melutut di hadapan aku,sambil menangis.

dan,Aiman,harap kau tak jadi seperti aku,yang dah menebal muka untuk teruskan berjalan,sambil mengheret cinta yang terbuang.



p/s: lain kali biar aku habis-kan bercakap,jangan melulu serang aku hendap-hendap.