Feb 17, 2011

Lagi Sekali,



bukan di padang permainan,bukan di restoran makanan segera,bukan di kedai mamak,bukan di gerai Pak Munawir,bukan juga di perpustakaan awam.

Mereka berdua berjumpa di sebuah tempat,yang kurang orang lalu lalang,kurang suara-suara sumbang,tak ada polis trafik,cuma dipenuhi dengan lampu-lampu tinggi.

Si Perempuan Berbaju Kemeja Berlengan Panjang Berwarna Turquoise memakai selipar bukan berkasut tumit tinggi, dan Si Lelaki Berambut Pendek Ber-T-Shirt Merah Tak Berkolar tanpa memakai tali leher dan kedua-duanya tidak memakai jam tangan.

Lampu-lampu yang meninggi,kepupusan suara cengkerik yang tak tahan dengan udara bumi,kelunakan suara pengemis yang meminta bekas yang dipegangnya tak dibiarkan kosong,kehausan suara kedua-duanya yang mengharapkan malam ini akan ada suatu kebenaran dalam setiap penipuan.

Burung-burung hantu yang bertenggek di dahan pokok,mengalihkan pandangan daripada mereka,yang sedang duduk di rumput yang basah,berpayungkan langit gelap yang muram yang dipenuhi bintang terang--seterang lampu neon.

"dah makan?", pertanyaan pertama Si Lelaki kepada Yang Perempuan.

"sudah," dan jawapan tanpa noktah Si Perempuan.

mungkin ini penyambung cerita,
atau ini penyudah derita.

mungkin ini penghabis mukasurat cerita Pari-Pari Di Planet Marikh,
atau permulaan kulit muka buku yang tebal,setebal kisah Tanpa Tajuk Yang Tak Kan Habis.


"sayang sihat?", lelaki cuba mencari ruang antara Perempuan dan Nafasnya.

"baik-baik saja,kalau sakit pun,masih baik-baik saja.tak ada istilah sakit dalam kepala"

dan,perempuan yang dari tadi memandang langit,membawa anak matanya,suaranya bertentangan mata si lelaki.

"awak ingat tak? kita kenal di ruangan maya.awak cakap saya cantik,tapi saya cakap cantik cuma dalam gambar,tapi bila real-nya,saya comot." perempuan tadi mula berdiri.

lelaki tadi masih duduk,tak bangun.cuma memandang atas,tepat ke wajah perempuannya.
"saya ingat,kenapa?"

perempuan itu menghela kan nafas panjang,
"dan,selepas kita jumpa,sejak itu awak tak pernah cakap saya cantik.betul kan apa yang saya cakap kat awak? saya cuma cantik dalam gambar"

lelaki itu menunduk.memerhati embun-embun di hujung rumput,

perempuan meneruskan dialognya,
"awak suka perempuan cantik?"

"sukaa sangat!", lelaki itu tersenyum menampakkan gigi dan lesung pipit.

"kenapa pilih saya?", pertanyaan dilanjutkan kepada lelaki.

suasana menjadi senyap,pengemis tadi sudah tidur di atas kepingan kotak,burung-burung hantu masih tak memandang,yang didengar cuma satu keluhan.

perempuan tadi kembali duduk,bukan di sebelah lelaki.tapi bersandar di pokok,yang dah tua,seusia dengan rasa yang dialami--rasa yang lama,yang diperbaharui.tapi masih sama.

"sebab awak sweet dan saya sayangkan awak,"
garaunya suara lelaki itu menghentak degupan jantung burung hantu,dan dia meninggalkan mereka berdua di situ.


seperti yang dikatakan,malam ini mungkin penamat,mungkin permulaan.

aku yang menghendap di sebalik semak yang berupa ala-ala rambut afro yang menebal,menguping sambil menekan butang rekod di telefon bimbit aku.

"awak tahu tak?", Perempuan Yang Kulitnya Tak Mulus,Tak Cerah dan Cuma Berjerawat di Pipi bersuara.

"saya tahu saya sayang awak,sebagaimana diri awak yang sebenarnya," respon diberi oleh Lelaki Hidung Tak Mancung Berkulit Hitam Manis.

aku yang menguping di sini terduduk.
sayang yang sama jumlah seperti diri kekasih? oh,barangkali nilai kekasihnya tinggi,maruahnya berharga dan yaa,perempuan yang beruntung.

"saya tahu awak tak lah sesibuk yang awak cakapkan. saya tahu awak punya masa sedikit untuk membalas mesej Selamat Malam dan Selamat Pagi yang saya ucapkan.saya tahu mesej saya setiap satunya awak baca,dan tak kan ada istilah tak perasan dalam perbualan kita kelmarin",
lantang dan lancar Si Perempuan Berbadan Kecil Tak Tinggi Tak Pendek.

suasana malam meremang-kan bulu roma yang dah memang tegak berdiri kerna kesejukan
--yang sejuk yang membeku mungkin sama seperti pasangan ini.


aku mengantuk,aku menguap.bila mereka nak habiskan cerita? bila mereka nak tamatkan semua? atau bila mereka nak mulakan kisah yang baru? sebaru kasut aku malam ini.
aku beli di kedai bata tadi.cantik :)

tersentak aku apabila Si Lelaki Yang Agak Sasa memulakan perbualan yang tergendela seketika tadi,

"saya tak rasa saya layak untuk awak,"

"kenapa awak cakap macam tu?"

"saya segan awak.saya segan dengan cinta awak."

"segan kenapa?"

"saya tak tahu macam mana nak balas balik cinta awak,"

perempuan tadi tersengih,
"yes i love you damn much,but take a note.im not forcing you to love me back,"



***
kadang-kadang,kalau betul-betul dah sayang,tak perlu risau untuk membalas,tak perlu malu untuk menerima.
kerana,secara automatiknya,kita dah pun membalas,kita dah pun memberi yang terbaik kepada dia dan diri kita.

***

sejurus selepas ayat perempuan itu berlalu,mereka menjadi kaku.menjadi senyap,sesenyap burung hantu yang dah lama berlalu.

keesokannya,aku masih di tempat yang sama,di sebalik rambut afro rumput yang menebal daunnya,mereka dah tiada.yang tinggal cuma sekeping nota;

"Perempuan,setinggi mana cinta awak untuk saya,setinggi itu nilai diri awak untuk saya.dan,kerna itu saya tak rasa saya layak untuk mu sayang,"

di bawahnya terbalas,

"Lelaki,apa kata awak tak perlu kira jumlah cinta saya? kita teruskan melangkah.kalau benar awak dan saya akan memiliki antara kita,sampai akhirat sana,kita tak kan kisah apa benci mahu kata."

dan di bawahnya lagi dah tak ada apa apa.
kenapa buang sampah di sini? tak boleh ke bawak sekeping kertas ni pulang ke rumah? pencemaran alam!


p/s : mungkin kepingan kertas nota ringkas tu aku harus kitar semula.