Feb 22, 2011

..like a diamond in the sky :)

kalau Mak Tom tahu perangai aku,kalau Syuaib tahu pemikiran aku,kalau Halimah tahu pandangan aku,kalau segala manusia tahu siapa aku,

tak mungkin aku akan munculkan diri dan tersenyum lebar melihat gelagat-gelagat manusia hari ini.
--aku akan berkurung&mengurung diri aku sendiri.

tapi,Pak Hussin tak tahu,Nek Temah tak tahu,jiran sebelah rumah Jenab tak tahu,anak kepada Tan Sri Leman tak tahu,driver Datok Inspektor Sahab tak tahu.
semua tak tahu.

yang tahu cuma Tuhan Yang Maha Esa,yang mencipta segala-galanya sempurna.

dan,kenapa aku masih tak rasa malu pada-Mu,ya Tuhan.
kenapa?

***
sudah-sudahlah Perempuan.
cukup-cukuplah Lelaki.
rentikanlah semuanya.


ego yang tak tinggi,
jiwa yang tak reti mau berhenti menjaja,
akal yang tak sampai ke China,
pendirian yang serapuh biskut Hup Seng,
pemikiran yang cuma lebih matang sedikit daripada kucing jantan,
hati yang takkan sentiasa dibasahi kemerduan zikir munajat, dan

nafsu yang membuas,sebuas Raja di rimba.
nafsu yang merakus,serakus binatang zaman purba.
nafsu yang cuma satu--berikan aku merasa semuanya,akan aku cintakan kau sampai ke tua.

sampai tua?
setua mana kau akan cinta?
selepas kau tua-kan rasa cinta dia pada Yang Maha Kuasa?
selepas kau tua-kan masanya untuk bersujud minta ampun daripada Dia Yang Mencipta?
selepas kau tua-kan jasadnya agar dia mati sebelum sempat mohon taubat daripada-Nya?
selepas kau tua-kan segalagalanya hingga dia lupa itu anak yang ke-berapa dibuang dan dibunuhnya?

setua itu yang kau akan membelainya?



sekarang,
kau dah mati.

sekarang,
dia dah mati.

tapi bukan mati bersama.
bukan mati berdua.

kau mati waktu kau dah puas menghitung jumlah jasad bayi yang berserakan.

dia mati waktu dia dah penat membunuh nyawa yang masih belum mampu membuka mata.

macam mana nak hidup sama-sama sampai ke tua?
masing-masing dah mereput hanya kerna cinta & nafsu yang saling bersama.

_______________________________________________________


p/s:
just to remind myself for not being too cheap to be loved. just to alert myself for not being too easy to be touched. just to knock my heart's door for giving the space to remember & love Allah. just for me,for myself,for my own step--treat your soul not with him,but with Him.