Feb 5, 2011

Najis Level (II)



AMARAN KERAS
(UNTUK TONTONAN 18 TAHUN KE ATAS)


untuk teruskan pembacaan,diharap lapangkan pemikiran,luaskan pernafasan,lebarkan senyuman dan celik-kan kesedaran supaya tak ada istilah diktator atau kukubesi setelah membaca najis pada kali ini,dan,kata-kata terakhir; TRY TO WAKE UP BEFORE SOMEONE KILLS YOUR SMILE

___________________________________________________


READY?



okay,alkisah terjadi apabila aku ditakdirkan untuk mempunyai sangkut-kaitan dengan seorang yang bernama Mr. Qeifa (dia lelaki,trust me) .

lelaki ini aku menambah-rakan di ruangan maya yang diberi nama RuangSaya (sumpah sekarang aku dah lupa password) . jadi,untuk terkehel-kan keadaan yang sedang aman, kami semakin akrab&mesra (sungguh dah macam orang bodoh). ber-komen-komen sampai beratus-ratus meningkatkan lagi jumlah komen yang dah beribu-ribu (seriously feel dumbdumb silly). kejadian semua benda ini berlegar dalam bulan Februari.22.2010 sejurus selepas kami kenal beberapa hari,dah mula ada number phone masing masing (thumbs down,make that L letter)

mesej-call-super saver-midnight-dreams-in a relationship. dan,kes ini berlaku tepat 1 March 2010 (Mr.Qiefa, still remember this.of course you did!)

kemudian,bak kata omputih "Between The Screen It Is Not Long Lasting" (abaikan grammar,ini peribahasa aku sendiri,tak perlu kutuk-kutuk,ini kenyataan,kau setuju?bagus!)

--lalu,dalam beberapa bulan,(baru tersedar aku budak SPM) dan,waktu trial agak membunuh aku dari belakang,dan aku putuskan untuk memutuskan ikatan yang diikat oleh alam tanpa sentuh (untouched screen) . aku kejam? serius aku cakap, YA SAYA KEJAM KAT PERASAAN DIA,TAPI SAYA AKAN MENJADI LAGI KEJAM DENGAN RESULT SAYA KALAU SAYA TAK MEMUTUSKAN "kita jadi kawan baik,okay?"

dan,trial berlalu,muncul raksasa besar memberi salam,bernama SPM. ketika sedang ber-SPM, aku & dia ber-contact senantiasa ber-contact. (tak ada lah selalu,cuma tengah hari lepas exam cerita apa berlaku dan senyap)

sampailah satu pagi yang hening,di mana dia tiba-tiba wish goodluck untuk Addmaths (sebab dia cuti dan tak ambil subjek ini) , dan pagi ini jugalah banyak sangat perkara mengerikan berlaku,dan,dia tak habis-habis bagi aku harapan,harapan yang terlalu meninggi,mengalahkan Gunung Everest. (harapan: dia mencintai aku ;masih sama seperti dahulu)

harapan paling cantik pernah aku dengar dari suara dia sendiri,
"lepas Qeifa selesai SPM,13 haribulan duabelas 2010,Qeifa nak buat surprise"

"surprise apa?"

"all about us,you and me,together forever baby"

"oh,okay,"

"iloveyoufuckingdamn!"

(cuba kau ulang dialog yang paling last di atas ini,kau ulang dengan nada yang orang tengah angau,semangat.macam tu lah bunyi nya)

dan,SPM pun selesai.raksasa besar meninggalkan tapak kaki yang mendalam di dewan sekolah.dan memberi flying kiss kepada semua calon SPM yang dah macam semput.

dan,(nak pendekkan cerita) segala percakapan dia,janji-janji dia semuanya palsu.aku tahu semua benda ini cuma melalui beberapa hint dari Tuhan Yang Maha Kuasa & Maha Mengetahui.

dalam beberapa milihari,atau miliminggu, hint makin terpacul keluar,dan lahirlah Ms.One Colour yang dah dalam muncul sejak aku kenal Qeifa. dah lama muncul sejak aku kenal Qeifa.

oleh kerana Cik Satu Warna ini dah lama muncul, (tanpa syakwasangka,aku membuat kesimpulan mereka sebenarnya dah lama bersama sejak aku dan Qeifa clash)

*salah ke kesimpulan aku? kalau salah,mungkin beberapa minggu,atau 1 atau 2 bulan selepas itu*

dan,tutup cerita pasal kemasukan dia dalam hidup debu aku.

buka cerita tentang kemasukan kawan dia secara beramai ramai di ruangan MukaBuku aku.

sebelum itu,aku nak cakap,aku cukup-cukup tak faham kenapa si Qeifa membantu kau mem-block MukaBuku aku, (adakah itu bukti lelaki dayus yang tak tahu nak selesaikan masalah secara berterus terang& adakah itu cara lelaki TERBAIK kau yang mahu mengelakkan masalah antara kita bertiga menjadi maksimum?)

itu bukan cara selesaikan masalah,itu cara menyembunyikan kenyataan secara orang yang pengecut. (luaskan pernafasannnnnn~~~~~)

back to the story,
setelah aku meng-APPROVE kawan kau yang bernama Cik Nia, (bak kata kawan aku,kau bajet bagus sebab sejurus aku delete kau,kau heboh-heboh kat dinding MukaBuku kau,cakap aku penakut.waww!)

hendak dijadikan cerita yang dah semput aku nak flashback,
ada lagi dua kerat kawan Cik Satu Warna yang add,dan wawww, (tak teruja langsung.sebab,aku rasa aku sangat famous bilamana orang-orang yang bajet hot&bagus macam korang add.so thanks!)

dan,
ini kebenaran yang hendak aku kongsikan kepada si pembaca sekalian (yang kebanyakannya aku rasa korang ada sangkutkaitan dengan Cik Satu Warna,kononnya sisters la tu? family first,bring your heart home ;D )

begini,Cik Satu Warna,anda pernah ada konflik jangka masa pendek dengan Encik Qeifa kan? (macam mana aku tahu? sebab aku tahu lah *sengihsengih* )

waktu konflik itu berlaku,aku (niat nak bantu pulihkan korang,tak percaya?Tuhan tahu) .dah dipesan kat si Qeifa,usaha tangga kejayaan,kalau dah sayang,gertak sikit tak kan longlai. kalau dah cinta,simbah asid tak kan terhakis.

tapi,entah kenapa, (sumpah aku tak faham kenapa dengan kaum lelaki yang suka berkasih-sayang,berindu-rinduan dengan orang lain waktu dia tengah ada konflik dengan kekasih hati.itu cinta ke? oh,cinta itu buta.)

tiap-tiap malam,tiap-tiap malam,Qeifa call aku, (bila aku tanya keadaan Cik Satu Warna dengan dia,dia senyap,dan terus beralih topik,katanya,si perempuan keras kepala.atau,EGO kau yang tinggi wahai encik lelaki?)

dan,pernah satu malam,keadaan gelap menjadi terang-benderang atas dasar dia dah mula tunjukkan sikap manjanya,sayangnya,rindunya kepada aku (yang dah lama makan garam,dah tahu lelaki pun ada orang gelar mereka lelaki jalang) ,mulalah buat drama segala macam ,seolah-olah Cik Satu Warna dah tak wujud.

dah-dah.yang tragisnya,boleh pula panggil aku sayang? whattheDUCKCHUCK? aku dengan rasa sedikit sebak,bercakap "eh,awak sedar tak ni? im not your girl.awak sedar tak awak cakap dengan siapa?"

dia terdiam,dan cakap
"saya sedarlah,saya cakap dengan awak.hmm"

kalau sedar,seharusnya sedarlah hati manusia bagaimana rapuhnya kalau mengetahui perasaanya di-curang-kan :)

baiklah,
ini bukan nak cerita aib masing-masing,hanya nak cakap,cukup-cukuplah perbodohkan orang,sebab,sejurus selepas konflik encik Qeifa dan Cik Satu Warna kembali normal,kami terus lost-contact, (seolah-olah aku ini kaunter pelepas perasaan&kaunter melepaskan kebodohan)

mood aku menulis ini bukan dalam mood sedang marah membuak-buak,atau mood orang nak datang bulan.

kerana,mood aku sebenarnya ialah :

mahukan keamanan
hentikan peperangan,
jangan butakan cinta,biarkan dia melihat,
jangan matikan rasa,biarkan dia terlepas.
jangan pendamkan perasaan,biar dia terbebas.
teruskan perjuangan,
tak sanggup nak tengok orang lain diperbodohkan.
rasa kasihan dengan orang-orang yang disuruh-upah tanpa bayar
hanya semata untuk mengangkat label "aku kawan baik dia,hal dia,hal aku juga.kekasih dia,bukan untuk orang lain,cuma dia"


dan,
terimakasih kerana membaca sampai habis.



terimakasih juga kalau sedar bahawasanya saya tak pernah ada niat walaupun sedikit untuk merebut kembali kekasih anda,Cik Satu Warna&sekutunya (:

dan,
kalau ada jodoh,tak kan kemana.


dan,tarik nafas dalam-dalam,lepaskan perlahan-lahan.

selamat datang ke
BLOG LINA JALIL :D