Feb 15, 2011

pengajaran : jangan ada niat nak lari dari rumah.


hari ini,waktu yang agak pagi,aku dah keluar ke rumah membawa beg berisi kain baju aku sendiri.
niat mungkin nak lari dari rumah.

entah kenapa,aku ditemukan dengan kawan yang namanya Ariff Abdul Razak. aku ditemukan dengan dia sejurus aku sampai di sebuah rumah banglo yang agak besar,mewah dan yaa,kawasan rumah-rumah orang bangsawan.aku tak pernah tahu Ariff anak orang berada.

setibanya di hadapan rumah dia,kedua ibu bapanya keluar,dan mempelawa aku masuk.

"kawan ariff ke? masuklah",sambil tersenyum

"oh,baik pakcik,makcik" menghulurkan tangan dan mencium tangan ibunya.

sambil mengheret beg pakaian yang agak berat,mereka menyuruh aku meletakkannya di bilik tetamu. aku dengan penat melangkah masuk ke bilik yang serba lengkap.penat kerana tak menaiki kenderaan untuk datang ke sini,cuma berjalan kaki.

aku meletakkannya di atas katil yang agak selesa untuk tak bangun solat subuh.

aku keluar dari bilik,dan rupa-rupanya Ariff ada dua orang abang. aku tak ingat nama kedua-duanya. boleh disimpulkan,mereka berdua kacak dan pemurah dengan senyuman.

di rumah Dato' tersebut,aku menjadi kaku. aku jenguk ke luar pintu,selipar yang aku letakkan di luar sepertinya sudah mengotorkan lantai marmar rumah ini.dan,kedengarannya suara selipar aku,
"tak mahu pulang? aku berasa sangat kecilll di sini"

aku menggeleng-geleng ke arah selipar aku,tanpa aku sedar aku diperhatikan oleh mereka sekeluarga.

"kenapa lina? ada apa apa yang tak kena? siapa di luar?" ,Ariff bertanya dengan nada yang biasa-biasa.

"tak,tak ada apa apa.cuma,maaflahh selipar saya dah kotorkan lantai makcik,pakcik."
sambil menundukkan pandangan ke permaidani yang sangat wangi dan cantik.

suara wanita yang dah 40-an dan berpangkat Datin,ibu kepada 3 putera dengan rasa humble dan tersenyum berkata,

"ishhh,kamu ni,tak ada apa-apa lahh.kita semua ni kan sama saja,tak ada beza.lagipun,makcik tak ada anak perempuan.seronok makcik kamu ada di sini.boleh teman makcik,"

aku menjadi gembira mendengar kenyataan tersebut daripada keluarga mereka,kenyataan bahawa "kita semua sama,tak ada beza" ,respect aku terhadap keluarga ini semakin meninggi. kerana,dahulunya,aku berpendapat keluarga yang kaya,akan timbul jurang pemisah antara yang berharta dengan yang tak berduit segala.anggapan aku salah,dan aku seronok.

kami sembang-sembang kosong,mereka bertanya banyak kepada aku,seperti mahu mengenali aku dengan lebih mendalam,tapi sifat pemalu aku yang kadangkadang tak bertempat menyebabkan setiap soalan mereka,aku jawab dengan satu patah perkataan,sambil tersenyum menunduk.

mereka suruh aku berehat,kerna mereka tahu penat berjalan.aku masuk ke bilik tetamu dan,beg baju aku seperti sudah diselongkar. aku jadi terkejut . . .
dalam hati aku,aku menganggap mungkin bibik mereka yang melakukan hal sebegini,dan tak apa lah. mungkin ini atas arahan Dato' dan Datin. mungkin mereka takut aku bawa benda-benda yang mungkin membahayakan keluarga mereka.

baju t-shirt dan seluar jeans membahayakan??

berselerak atas lantai segala baju-baju yang aku bawa,termasuk pakaian dalam. (ini cukup memalukan,tapi aku tak suarakan.)

aku terlelap atas lantai yang ber-permaidani-kan permaidani yang khas dari negara luar.aku tak reti menyebut nama negara tersebut,boleh terkehel lidah aku.

bila aku terjaga,sepertinya pintu bilik yang dah aku tutup,dibuka.aku tak tahu sama ada aku terlupa menutup pintu,atau ada sesiapa yang membuka pintu dan lupa untuk menutup.

tak apa lah,ini rumah mereka.aku cuma menumpang,sementara.

"daddy rasa,kamu bertiga perlu cakap dengan dia," suara Dato' menyapa kuping telinga aku yang terlekap di dinding pintu.

"baik daddy,kami akan cuba,"

"daddy takut nanti dia bikin lagi perkara yang sama,daddy tak suka.mama kamu mungkin suka,tapi daddy tetap tak kan suka."

aku mengintai dari celah-celah pintu,dan mereka bertiga memandang ke arah sini,arah aku.
dan,salah seorang daripada mereka,anak kedua,memandang tepat ke anak mata aku.

aku jadi terkejut.dia pandang aku?tak,tak mungkin dia pandang.aku cuba menyejukkan hati kecil aku; sambil merangkak ke arah bawah laci dan menyorok di situ.

--ya,bawah laci itu,kalau sesiapa yang masuk ke bilik itu,akan terus ternampak aku.

tapak kaki mereka bertiga semakin rapat,tangan aku menjadi semakin sejuk.pernafasan aku jadi tak menentu.

apa mereka nak buat? apa mereka nak cakap? apa salah aku? baru hari pertama,aku dah buat masalah? masalah apa??

mereka menolak pintu bilik yang tak tertutup rapat,

dan,masih,putera yang kedua terjumpa aku dahulu,berbanding Ariff dan abang sulungnya.

"awak,," kali pertama aku dengar suara dia,anak lelaki kedua daripada keluarga 'Diraja' ,dan dia juga merangkak sambil menuju ke arah aku,yang dah berpeluk tubuh,dan diselubungi perasaan takut dan malu.

jangan dekat! jangan! tolonglahhh! aku menjerit sekuatkuatnya,tapi tak siapa yang dengar.tak ada sesiapa yang mendengar teriakan hati aku.

"awak,,linaa?" dia memandang ke arah aku,dan Ariff serta abang sulungnya duduk di atas katil dan memerhati kami berdua,dengan wajah yang agak blurr.aku tak tahu kenapa.

"a'ahh.boleh stay situ je?jangan dekat sangat,boleh?" ,aku menutup muka sambil menjawab dengan terketar-ketar.

dia menghulurkan tangan. aku lihat tangannya,jarinya.sangat cantik.dan,aku tak menyambut tangannya.

dia mendekatkan diri ke bahu aku,
"lina,maaf. daddy suruh kami cakap.tapi,kami tak sampai hati nak cakap,sumpah."

"saya akan keluar dari rumah ini,sekarang juga kalau itu yang daddy awak nak," tanpa aku sedar,air mata aku mengalir.

"tak,bukann.kami semua suka awak stay sini,daddy dan mama pun suka.kalau boleh,mereka nak kita semua rapat,macam siblings.daddy cuma ,,,,"
dia mengesat pipi aku yang dibasahi air mata,yaa.jari-jarinya lembut.

"dah lahh,tak payah lah cakap,abaikan daddy", Ariff memotong percakapan abangnya.

"kau tak takut daddy marah?",dia bersuara sambil memandang mata aku.

"ahhh,daddy tak kan tahu kalau kita bagitahu lina atau tak.kan abang?" Ariff memandang ke wajah abang sulungnya yang dari tadi duduk termenung.

aku masih menyorok di bawah laci,dan dia masih tetap di sisi aku.
apa lagi perasaan yang Engkau hadiahkan wahai Tuhan?

macam-macam perkara yang berlaku,sehingga sampai waktu makan tengah hari.

aku turut makan bersama mereka,satu keluarga.tapi aku tak berani pandang Dato' yang makan dengan penuh beradab,seperti mama Ariff,dan ketiga-tiga putera milik mereka.
cuma aku yang makan dengan tangan,tanpa memakai pelapik.

kenapa dia masih merenung? apa yang abang awak nak ariff!
aku makin menjadi kurang selesa dengan renungannya.seolah-olah dia mahu memberitahu aku sesuatu,tapi mungkin ego dia yang menghalang.

dan,untuk pengetahuan umum,dalam kalangan keluarga terbabit,aku yang paling kecil,dan agak rendah.

waktu petang,aku duduk di dapur,saja-saja duduk.bukan bersembang dengan bibik,tapi aku suka-suka duduk di dapur.mungkin selesa sebab dia tak ada di dapur.ya,itu alasannya.

"dik,ambilkan gula di kabinet atas," bibik dengan sopannya menyuruh aku.

"kabinet mana? yang ni? jap ehh," sambil berfikir macam mana aku nak ambil sedangkan aku ini tak sampai.

aku cuba-cuba menjengket,harapharap sampai.tapi masih dalam kaedah cuba jaya,
dan terasa seperti kedua-dua lengan aku dipegang,dan dia cuba mengangkat aku untuk mengambil gula,

"bibik,nahh," dia menyerahkannya kepada bibik.

aku masih mengeras di depan kabinet,mengeras dan membeku. . .

"awak,kawan saya ada buat parti hari jadi petang ni,sekarang.nak ikut?",
suaranya yang tak segarau suara daddy nya,dah menyentap jantung aku; yang dah terlopong.

"tapi saya tak ada baju cantik-cantik macam awak,macam kawankawan awak," aku cuba menolak pelawaannya dengan memberi alasan yang paling bodoh aku rasa.

"t-shirt yang awak pakai sekarang ni pun dah cantik lah," dia tersenyum.

aku dengan mood yang sedang bodoh-bodoh,mengikut dia,dan yaa,aku memakai selipar aku.
tak ada masalah kan?

dia pun cakap tak ada masalah :)

sesampainya kami di sana,aku (yang dah memang orang asing) terasa lagi asing,dan aku cuma berdiri di luar sementara dia masuk ke dalam,memberi hadiah.
dan
waww! kali pertama aku tengok parti yang agak grand,yang agak meriah dan kebanyakan yang hadirnya memakai baju yang sangat cantik,secantik pemakainya.
aku tersenyum sendiri melihat mereka,yang bahagia disaluti kemewahan berlipat ganda.

aku duduk di atas rumput karpet,yang tak ramai orang di sini,cuma belon-belon dan yaa.cuma belon-belon yang ramai di situ.aku jadi tenang.

dia yang datang secara tiba-tiba,menghulurkan aku sepotong kek,yang dipenuhi krim berwarna kuning.
dia duduk di hadapan aku.

"awak,tak apa ke saya datang ni? kawan awak tak jemput saya pun =..= "

"sebelum saya ajak awak,saya dah cakap kat dia.saya cakap saya nak bawak adik perempuan baru saya,dan dia terkejutlah.saya ceritalah semuanya,dan dia kata tak apa.dannn,dia harap awak selesa, :) " dia masih tersenyum.

sifat ramahnya,sifat pemurah dengan senyumannya,membuatkan aku menjadi tak janggal bila bersama dia.dan,yaa.aku memang dah anggap dia sebagai abang aku sendiri.

kami makan kek,
dia calit krim di muka aku dan dia ketawa.
ini kali pertama aku dengar dia ketawa (sumpah aku teruja)

entah bagaimana, aku sedang memegang tangannya,dan dia menggenggam erat tangan aku,seerat-eratnya.

sampailah di rumahnya,kami masih berpegangan tangan,dia masih dengan senyuman,dan aku dah tak rasa keseorangan.

bilamana aku disuruh bibik untuk mengambil barang yang tinggi,bilamana aku ingin cuba sendiri,aku tak pernah dibiarkan.dia akan ada,dia tak kan biarkan aku sendirian.

Bidadara mana yang Engkau hadiahkan pada aku wahai Tuhan?
dan untuk kali pertama,aku disukai sebelum aku menyukai.

ini kali pertama wahai Tuhan.

atau,

yaa.ini mainan syaitan.mimpi;semua mimpi mainan syaitan.
cuma kalau mimpi ini berulang lagi,berkalikali,dan dia orang yang sama yang aku mau dia jadi realiti.

lelaki,kalau kau ber-bin-kan Abdul Razak,dan kau memang wujud di dunia ini,
dan
kalau kau membaca ini,
terimakasih aku nak ucapkan.

aku tak sempat nak ucapkan terima kasih dalam mimpi tadi,tak sempat :')

p/s : entah kenapa,sebelum aku tidur tadi,anganangan aku merewang-rewang di sekitar STAR dan MCKK.

*mungkin sebab pagi tadi aku online,dan tiba-tiba di blog seseorang,dia bercerita pasal jejaka-jejaka di sekolah terbabit, =..=


apa-apa pun,
aku harap Abdul Razak bukan daripada nama STAR,
dan yaa,memang ada orang wujud,dan ayahnya bernama Abdul Razak.
cuma,ramai tak terkira.
malas nak kira.
apaapa pun, dia dah buat aku terus menerus mengingati dia.

HAHA ^_^