Feb 27, 2011

so please dont take my sunshine away (:


barangsiapa yang tak tahu saya,pemilik kepada blog yang agak "kacak" (luffy kacak kan?)
ialah seorang perempuan. (HUH?) dan bersekolah selama LIMA tahun di sekolah perempuan.(HAH?). dan dengan GEMBIRA,BANGGA (sengih-sengih) sekolah saya bernama

GOVERNMENT ENGLISH GIRLS SCHOOL
atau dalam bahasa perempuannya,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN KELSOM.

:: ya,nama yang sangat gah kan? saya tahu.HAHA ::

akibat kebosanan yang melampaui batas; akibat ketidakstabilan emosi yang dah terlebih dos, akibat ketidakfahaman aku terhadap para pembaca (HAHA) yang follow blog aku yang sangat entah apa-apa (HAHA) tapi terimakasih sebab sudi jadi follower termasyur ! ; dengan ini aku memutuskan untuk BERHENTI daripada makan pada pukul 12.30 tengah malam.

sebab,natijahnya,sesiapa yang makan lewat sebelum tidur,kesan jangka masa panjangnya ialah akan menghidap penyakit diabetes (kaki anda bakal dipotong) kerana

adakah anda melakukan vigorous activity sebelum tidur?
seperti berlari,bermain aci kejar keliling rumah,lompat tinggi, atau paling minimum merentas desa.

tidak kan?
terus tidur kan?

bagus.

_______________________________________

kembali kepada tujuan asal.

petang tadi,aku berjumpa dengan jiran sebelah rumah kawan aku yang bernama Perempuan Berhati Batu Berjiwa Seputih Salju ; paling mudah dia macam frust.

"eh,kau pernah bercinta?" sambil menekan-nekan keypad telefon bimbit

"HAHA! bercinta? pernah,kot." garu-garu hidung.

"seronok tak?"

"rasa macam makan kek keju.sedap dan lama-lama jadi muak." tarik seluar naik atas sebab dah londeh.

"muak? macam mana boleh muak? kau bosan ke dengan dia?"
terus berdiri statik dan mengajak aku duduk di atas kerusi batu depan rumah Cikgu Salmah.

"muak sebab hari-hari aku disumbat dengan perasaan yang menipu.perasaan yang bernafsu."
angkat kaki dan duduk bersila atas kerusi batu.

"ohh.siapa nama kekasih kau?" jarinya masih belum berhenti menekan keypad.tak tahu sama ada dah send atau belum.

"nama dia lelaki lah.tak kan aku bercinta dengan perempuan?"

"kau perempuan ke?"

keadaan jadi senyap.sunyi dan tak ada bunyi.kecuali, bunyi keypad ditekan-tekan.masih.

dua-dua tak bercakap.
dia memandang aku.aku memandang atas,langit nampak sangat cerah.bila nak hujan?

aku bangun dan membetulkan rambut yang menutupi mata dia.

"terimakasih", aku tersenyum.

"kenapa?" turut bangun.

"kalau kau tengah bercinta sekarang,jangan terlalu memberi,jangan terlalu merindui."

"aku nak bercinta? gila?!" sambil tepuk bahu aku dua kali.

"dan,jangan terlalu mempercayai. simpan ego untuk diri sendiri. simpan sayang untuk jiwa sendiri. kalau boleh,tolong berhenti daripada minta dicintai; sebab takut nanti rindu kau akan mati--secara berselang seli dengan hati."

"kau demam ke?"

"aku balik dulu,okay? jaga hati sendiri baik-baik. kalau nak merasa ditoreh-toreh,teruskan menyanjung tinggi-tinggi orang yang kau anggap dia lelaki."


pertembungan dengan dia tak dirancang. entah kenapa aku masih dilabel sebagai seorang lelaki sedangkan dalam IC aku ada BINTI.

mungkin sebab aku terlebih TOUGH macam pemain ragbi. (:

atau;

mungkin juga sebab aku terlalu KACAK.mungkin?





this is another way to tell people that
I'M OKAY,PERFECTLY FINE.