Feb 24, 2011

soalan tak kan pernah berhenti menyoal.jawapan tak kan pernah berhenti menjawab.


well derr,im writing in this blog just to share my world with the readers.
to let them READ my world,but honestly muchmuch better if they can SEE my unseen-world :)
heh,of course im not famous YET. (sounds like too annoying.supposed to be! :D )


_______________________________________


ada orang tanya aku,
"asal life kau macam bosan?"
ada orang tolong jawabkan tanpa tanya aku,
"dia sendiri pun dah membosankan,ini kan pula life dia?"

aku tersenyum,tersengih dan tergelak (sedikit)
apa nak dijawab?
apa nak dicakap?
senang cerita,
"kau cuba merasa macam mana nak habiskan cheese cake"

penat & puas.

ada orang menyampuk lagi,
"asal aku tak pernah nampak kau dress up macam dia?"
ada orang tukang jawab lagi,
"muka macam dia nak dress up apa? ala kadar cukup lah"

aku menyental hingus,dan aku memandang.
aku tengok diri aku ; dari atas sampai bawah.
meh telinga kau,aku nak bisik.
"sebenarnya kau cemburu sebab aku cantik?"

dia ketawa,kawan dia yang suka menjawab pun ketawa.

dua-dua ketawa.

termasuk aku,tiga-tiga ketawa.

dan mereka terus senyap.yang didengar cuma suara aku sorang;
yang ketawa terbahak-bahak nak keluar anak tekak.

ada lagi satu soalan menyusul.
bukan ditanya mereka berdua.
"kenapa perlu pura-pura ketawa?"
disambungnya lagi,
"sedangkan hidup kau dah huru-hara?"

aku lap air mata yang mengalir;
bukan kerna sedih,bukan kerna terharu
tapi terlebih gelak sampaikan lenguh rahang aku.
dengar sini Pengemis Tangisan,
dengar jawapan aku.
"kenapa perlu tunjukkan sedih sedangkan orang tak pernah nak ambil tahu?"

mereka berdua saling memandang;tak termasuk Pengemis Yang Memakai Baju Nike

pernah tengok filem melayu?
pernah tengok drama korea?
pernah tengok cerita perang?

hidup mereka dalam tivi tak pernah membosankan.kan?

tapi aku rasa,sangat bosan -- kalau nak dibandingkan dengan hidup aku.

aku pernah cuba,
menonton tivi sambil berimaginasi "lepas ini akan berlaku macam ini,ending dia macam ini"

tragisnya,jalan cerita sama seperti yang aku bayangkan.

tapi life aku tak.
orang tak tahu lepas ini life aku macam mana,
orang tak tahu lepas ini aku nak buat apa,
orang tak tahu aku akan kahwin dengan siapa.
orang tak tahu penamat hidup aku macam mana.

kau tahu aku taip berapa lama?
kau tahu aku makan berapa kali satu hari?
kau tahu aku baik atau jahat?

tak! you tak tahu apa yang i tahu ! you tak tahu !
*sengih sengih*

yang tahu cuma Tuhan Yang Maha Mengetahui.


cukup-cukuplah,
jangan menindas orang lain;biar dia hidup,biar dia ketawa terguling-guling.

mungkin yang dicaci dah menjadi kebal.yang dimaki dah jadi kereta kebal.

you can hit her,you can kill her.but remember.the pain,the death not in your hand.
she may hurt,cry or 'die',AND she also can give you a chance to smile.

*to celcom's users,the power is not in your hand.so,stop talking shit about others by typing a message or directly call to that person.




sekarang,siapa tahu kenapa aku tulis panjang berjela-jela-jela? tahu? tahu? tahu? tak??

tak perlu tahu.sebab selagi aku ada jari yang taknak berhenti menari-nari,aku akan terus menulis dan menulis dan menulis.



you say hi?
oh,okay.HYEEE! :)