Feb 25, 2011

Suara sumbang (:

Malam,
ingatkan aku tentang semalam;
tentang Si Lelaki yang kata hatinya melebam.
tentang Si Orang Tua yang kata nafasnya tak hadam.

Malam,
lupakan aku tentang dunia seram.
lupakan aku tentang cinta yang dibaham.
lupakan aku tentang semua jenis neraka jahannam.

dan Hati,
kau sedar malam ini sunyi?
kau dengar ada suara yang mati?
kau tahu rindu aku terlalu tinggi?

juga Bintang,
kalau esok siang datang,
kalau esok subuh lantang,
tolong bunuh cebisan hati aku yang dah mereput usang;
bangunkan saki baki hati aku yang mencuba disayang.

malam ini dia masih senyap.
malam ini dia cuma hidup dalam angan-angan tak bersayap.
malam ini dia tak ucap;
"hai sayang,dah makan?"

malam ini--tolong jangan panjang.
aku tak kuat memegang
tangis aku yang dah kering kontang.

Maafkan rindu kalau dah berjumpa tarikh luput.
Maafkan sayang kalau dah dimatikan perasaan takut.
Maafkan hati kalau bersalam benci yang terlarut.

Maafkan aku kalau dah bertemu malaikat maut.


tak ada guruh,tak ada hujan;cuma malam tanpa kunang-kunang,langit gelap tanpa bintang-bintang dan suara garau minta diberi sedikit ruang.