Feb 1, 2011

"watteheck?" "oh i know"

satu demi satu kebodohan dah dikupas--dan tak menipis,tapi makin menebal.

"dia rendah-rendahkan mak ayah aku,rendah-rendahkan otak aku,tak pernah nak tolong aku,selalu sangat nak jatuhkan aku,"
--dan kau masih berkawan baik dengan dia,kenapa?

"tapi dia ludah-ludahkan aku,cerita aib aku kat orang lain,sikitpun tak pernah nak anggap aku ada sangkut kaitan dengan dia,ikut suka cakap jantina aku songsang"
--dan kau masih respect&ambil dia jadi contoh,kenapa?

"hari tu dia keluar dengan kawan aku,kelmarin pegang-pegang tangan dengan perempuan lain,hari ni berpelukan depan mata kepala aku sendiri,tanpa sikit pun rasa bersalah&malu"
--dan kau masih tinggikan cinta untuk dia,kenapa?

"dia sedar dia rindukan bekas kekasih dia,aku fed up! dia makin lama makin dah jarang-jarang call apatah pula text aku.dia like-like status ex-kekasih dia.aku benci dia!"
--dan kau masih tunggu&tunggu dia dan ber-sayang-sayang dengan dia,kenapa?

"aku approve mereka,aku tak kenal mereka siapa,rupa-rupanya stalker aku.lepas tu kutuk-kutuk aku,watteheck?"
--dan kau masih suka send friend request&approve orang yang kau tak kenal,kenapa?

"waktu tengah konflik dengan kekasih,cari aku.waktu dua-dua tengah ego sama naik,call-call sampai tengah malam,cakap rindu-rindu sayang-sayang.bila dah keadaan kembali tenang,langsung lupa kat aku,terus stop contact aku.ingat aku ini kaunter pelepas perasaan ke?"
--dan kau masih simpan rindu&sayang untuk dia,kenapa?

"dia kacak,dia cantik,dia menarik.dah lama kami berkawan,tapi--dia bukan orang yang aku kenal,"
--dan kau tetap percayakan dia,kenapa?

"depan-depan aku,dia cakap aku baik,pemberi semangat terbaik,pendengar terhebat.depan-depan kawan-kawan aku,dia cakap aku macam taik,pentingkan diri sendiri,nasihat macam najis,emosi tak stabil"
--dan kau masih suka memberi telinga kau mendengar masalah dia,kenapa?

"dia suka hati tinggal kan aku sorang-sorang kat town hanya semata-mata nak date dengan kekasih dia,dan suruh aku berjalan sendiri ke tempat yang aku nak,yang dikelilingi penuh orang asing.dia dah buat aku menyampah tahap tenggiling!"
--dan kau masih ringan kaki keluar berjalan dengan dia bila dia bosan,kenapa?

"dia cakap aku dah kempunan-kan kekasih hati dia,ohh please! banyak lagi orang lain yang lebih baik daripada kekasih dia!"
--dan kau masih berharap kau akan contact dengan kekasih dia,kenapa?

"alam maya macam cilakak! mula-mula kenal,lepas tu rindu,lepas tu sayang,lepas tu in a relationship,lepas tu engaged dan married.dan aku makin lama makin menyampah."
--dan kau masih meneruskan apa yang kau cakap itu karut marut,kenapa?

dan,seterusnya,kebodohan demi kebodohan kau teruskan; hinggakan kau boleh ketawa sendirian,ketawa sambil menangis,ketawa sambil mencarut,ketawa sambil menaikkan jari tengah kat orang ramai,dan ketawa sambil berkata, "kenapa kau bodoh sangat buat aku macam ni?"

dan,
orang-orang yang perbodohkan kau senyum sinis dan teruskan perjuangan memperbodohkan kau yang dah lali diperbodohkan hinggakan mereka rasa satu kepuasan bilamana kau tetap cool&steady walaupun mereka gelar kau bitch.

adakah itu satu kebodohan yang kau double-triple kan,
atau
adakah itu satu kebijaksanaan yang kau buktikan melalui gerak hati kau "aku dipijak lagi" sambil berpura-pura tak tahu dengan mengatakan "setiap manusia akan berbuat kesilapan"





nota penamat :
perkara paling bodoh untuk hidup aku ialah jatuh cinta dengan manusia tanpa merasakan kesakitan mencintai&merindui sedangkan diri sendiri sedar mencintai&merindui Tuhan Yang Maha Kuasa tak membebankan&tak merugikan.tapi masih--masih&masih.



eh,ini post pertama untuk Februari. :D