Feb 20, 2011

you make me happy when skies are grey (:


awak ohh awak,sihat?
saya bukan di rumah sakit.

dah lama tunggu saya?
nasib baik saya tak pakai jam tangan yang boleh set masa.

dah makan belum?
restoran ni tempat untuk berkebun ke?

______________________________________


kalau nak tahu,malam semalam, (ya,malam semalam.bukan malam ini) aku bukan berada di rumah. bukan juga di luar rumah. (aku tak keluar rumah malam-malam) .

tak,tak ada sesiapa pun tahu aku di mana,dengan siapa,buat apa,berapa lama.
aku sendiri pun tak tahu aku di mana.
aku cuma dengar ada suara yang merangkumi banyak suara.

"nak ikut tak?"

"ke mana?"

"jom lah.sekejap saja."

"jap,nak bagitahu mak ayah dulu"

"tak perlu,kita bukannya pergi jauh-jauh."

"tapi,nanti kalau mereka cari saya ?"

"mereka tahu awak di mana,"

"di mana?"

"jangan banyak tanya.jom lah.pegang tangan saya,"

aku mencapai tangan yang dihulurkannya tanpa rasa takut atau paling ringkas; tanpa rasa apa-apa.

sepanjang perjalanan untuk sampai ke tempat yang dimaksudkan,
aku dikelilingi dengan pelbagai jenis perasaan.sangat pelbagai.

perasaan-perasaan yang aku nampak bukan berbentuk bunga,coklat atau ayam KFC.
tapi berupa manusia.

pernah bayangkan macam mana perasaan yang berbentuk manusia?
susah nak describe-kan.payah.

yang aku dapat terangkan;
mereka-mereka dipenjara.memakai baju seperti banduan.dan,digari.
diberi makan,tapi menolak.
diberi sayang,tapi masih meminta.
diberi senyum,tapi menengking.

aku cuba-cuba nak bersalam,tapi ditepis.

"jangan kacau mereka.awak cuma perlu ikut saya."

"tapi,siapa mereka?"

"awak tak perlu tahu.mereka bukannya siapa-siapa."

"lama lagi ke nak sampai?"

"sekejap saja lagi,"

tangan aku masih erat digenggam.dan,aku menggigil.bukan ketakutan,bukan kesejukan.
tapi,aku cuma kelaparan.

"ini lah tempat yang saya maksudkan.dah,lepaskan tangan saya"

"apa ni?"

"tempat yang awak nak pergi sangat sangat,kan?"


ini tempat yang aku nak pergi?
tempat yang cuma dipenuhi kepulan gula-gula kapas,bentangan lukisan urban,pelangi yang kekal statik di tempat asal?

ini tempat yang aku nak pergi?
yang orang-orangnya sikitpun tak gertak bila dimarah,memakai senyuman di setiap perbualan,dan t-shirtnya berlabel
"saya serius" "saya cakap jujur" "nak dengar cerita saya tak?"

ini tempat yang aku nak pergi?
padang hijau yang meluas yang menempatkan pelbagai rasa--rasa syukur yang maksimum.

suara itu menerjah aku lagi,
"jom balik,"

"sekejap,masih belum selesai meneliti"

"belum selesai atau belum puas?"

"ini tak kan mungkin terjadi,"

"kenapa?sekarang dah ada depan mata."

"ini bukan realiti"

"cuba kau sentuh salah satu daripada semua"

aku seperti dipukau--menurut apa saja yang diarahkan oleh suara yang entah dari mana.

aku sentuh,dan tak hilang.aku dapat menyentuh,dan merasa.
tapi,
tak lama.tangan aku ditarik,oleh si suara.

"you have to go home.nobody knows that every single time,when you're going out from your house,you're starting to miss it,to miss the House's Smile.you can say you lovee to hang out with your friends or the strangers,but you cant avoid the feeling "imissyoumum,imissyoudad,imissyouhome".you cant lina."



to Mr. Voice,
im not saying that i wanna run away from this house,i just want to meet the world.but perhaps,it's not the time,yet.