Mar 31, 2011

blog memang tak bernyawa,tapi dia ada jiwa.kalau tak,takkan perlu ada follower,kan?nahh,aku tak faham apa aku tulis untuk tajuk.

dalam sehari,hidup sendiri dah terbeban dengan kisah sendiri,cerita sendiri.

ambil sampel untuk hari ini.

lagi sekali,aku cakap sorang-sorang.
HAHA (gelak sorang-sorang memang parah.dan,diam.aku tak suruh kau gelak)

cukup.

entah kenapa aku rasa tak puas bila sehari aku tak menaip/menulis.

bila ke dapur,terngiang-ngiang suara yang semalam punya semalam
"hoi bila kau nak muntahkan kami semua?"

bila tonton tv,cerita ninja nintama bertukar jadi skrin hitam putih dan terpampang lukisan perempuan berambut serabut sambil merenung ke arah kertas kosong dan sisa-sisa carbon.

ahh,lagi teruk bila ke tandas.
lubang jamban yang seharusnya tenang dan suci sesudah di-flash terpercik najis dan cirit yang datang dari arah yang berbeza dan ya,mereka bersorak.
"tuan,sebusuk-busuk kami,teringin juga kami nak orang tengok.keluarkan kami cepat!"

bila nak keluar beli lunch,kayuh basikal laju-laju.kononnya takut makanan kat kedai tu habis.
padahal,runsing.rimas.
orang tak nampak aku dikejar dengan idea kuno aku sendiri.
betul,mereka kejar aku.mereka marah-marah aku.
"sampai bila kau nak biar kami terperuk lama-lama dalam otak kau?"


sejujur-jujurnya,idea aku tak lah sehebat fynn jamal,tak se-bagus A.Samad Said.
tapi,
aku tetap rasa idea aku ada identiti tersendiri.sebab semua cerita,cerita aku.
cerita yang entah wujud,entah tidak.
cerita yang orang tak pernah faham apa yang aku tulis.
cerita yang takkan ada permulaan,atau penamat.senang cerita,tergantung.


orang tak suka,tak apa.
asal aku ada ruang untuk teruskan 'bercerita'.


betul,rindu kadang-kala buat kita jadi tak tentu arah,gila dan kurang waras dalam setiap percakapan.

Mar 30, 2011

this is suck,

betul cakap dia.
betullah tu.


tengkorak aku mungkin akan explode kalau aku tak ada blog.


the fact is proven.

seminggu atau dua minggu atau sebulan entahlah.
komputer masih mati dan tak bernafas.

segala idea dalam tandas,
segala mimpi sebelum tidur,
segala emosi sebelum tertekan,

aku menulis atas awan.
aku menaip atas langit yang membiru dan mendung.

coretan aku hilang dan lupus.

diari aku?
dah macam cakar ayam tulisan aku.

aku nak kau baca
aku nak orang baca.

mungkin bukan cerita aku jatuh terlentang dalam bilik mandi,
mungkin bukan cerita aku bermimpi makan burger krusty crab dengan patrick.

jiwa aku takkan berhenti bercakap dan terus bercakap.

aku nak salurkan pada siapa?
orang tak faham situasi aku.dulu dan sekarang.

kawan akrab aku sekarang cuma blog.
tapi,
sayangnya,
aku tak boleh selalu on.




mungkin tunggu bilamana diari aku dibaham rakus dengan contengan crayon aku.


aku penat cerita sorang-sorang,
aku tak larat cakap sorang-sorang.

aku give up.
tolong beri aku ruang untuk menaip.
beri aku ruang untuk bercerita,

jangan khuatir,aku tak minta dunia.
aku cuma minta ruang,itu dah cukup sempurna.

Mar 24, 2011

duckchuck!

orang lain mungkin boleh tidur lena tanpa update blog.
orang lain mungkin boleh makan kenyang kenyang tanpa perlu menaip panjang,

orang lain mungkin boleh cakap "tak apa lah,blog is nothing"


aku tak boleh.
kat sini aku lepaskan emosi segala bagai,

jangan halang.


tunggu bila kau dah sembuh mungkin aku akan kembali stabil,kan komputer?


tapi taktahu bila.

Mar 17, 2011

berkurun lama tak update menatang ni.penat dan selamat malam.

kalau kau nak tahu,
kalau kau nak sangat tau,
kalau kau rasa kau perlu ambil tau,
kalau kau teringin nak tau,

dengarkan diri aku,dengar pergerakan aku,
bukan dengar suara aku,
jangan dengar bisikan aku,
pekakkan telinga daripada mendengar teriakan aku.

cuba dengar senyum aku,
cuba dengar mata aku,
cuba-cuba kau dengar nafas aku.

setiap orang boleh manipulasikan fakta,
orang gila pun boleh pakai baju doktor dan rawat nenek tua,
pengemis tepi jalan yang pakai kaca mata hitam pun boleh kata "saya buta,tolong saya.eh.SERINGGIT je?mana cukup"

inikan pula aku yang cuma orang biasa-biasa,
orang yang mau kan perhatian satu dunia,
orang yang nak kan dikenali serata negara.

jadi,
jangan dengar kata aku.
jangan dengar penulisan aku.

kenal aku jangan kerana mulut,
kenal aku jangan kerana bahasa,
kenal aku jangan kerana suara.

aku dah banyak kali teraniaya hanya kerana aku suka berkata-kata.
aku dah banyak kali digelar Perempuan Malapetaka hanya kerana aku hentam cakap ikut suka.


dan,
kerana kata-kata,
kerana huruf-huruf yang bersambung-panjang seperti ulat gonggok,
kadang berjalan,kadang bergulung;
aku dicacimaki diludah dikeji dikutuk dibenci.

hebat kan?



berhenti cakap kau kenal aku terlalu dalam,
berhenti label aku Mulut Macam Bontot Ayam sedangkan kau taktau aku lebih suka duduk DIAM,
berhenti.

kau tak dapat gaji,
kau tak dapat elaun.

aku takkan serang balik.
aku takkan suruh orang hentam kau sampai aku puas.
aku takkan.

orang kata aku kalah,
orang kata aku pengecut,
orang kata aku takut.

aku tak kibarkan bendera putih.
aku tak bersujud menunduk di kaki mereka-mereka.

aku cuba diam.

diam itu kalah?
diam itu pengecut?
diam itu takut?

bagi aku ,TAK.

kuncikan mulut,bekukan 'perbahasan',stay cool,dan aku dah menang.

tak susah,cuma minta Tuhan beri sedikit kesabaran dan cuba untuk bersabar.
ya,memang sabar manusia ada limit.selagi kita mampu,kenapa kita tak mencuba,kan?


oh,nak tau ini untuk siapa?


aku sendiri pun tak tau,aku tulis ikut suka,aku tulis saja-saja.
kan aku dah cakap,jangan kenal aku melalui patah kata.

takut kau sendiri yang terkehel gara-gara salah faham yang mungkin akan berleluasa.
dan,
tolong.

tolong jangan tanya aku apa-apa pasal politik.i hate that shit,got it? good.

Mar 13, 2011

you're welcome :D



i have lost my breathe,
but not the reason to live.

i have been his nightmare,perhaps.
but not a girl of his dream i guess.

well you boy,i need you to know this,
you can fool me triple twice,but please.
please just back off and leave.

do you remember? how we met?
do you remember? how hard your time can be?
when every thing is wrong,
you ask "i need someone to be by my side every minute"

with no doubt,i accept to be your buddy,
we talk about your story,
we spend the whole time with your worry.
but now,feeling changes and you hate me.

i used to be your girl in need
i used to be your friend to set free your gloomy history
i used to be your dreams to sail in the greeny field
and now,im the half of your black&white memory.

sounds like im giving up.
or a fool girl that really weak to wake up.
but in fact,in reality
im not crying not even say "he makes me fall for nothing"

HAHAHA,yes im laughing
laugh for having you when i dont even need a prince to live.
ohh wrong timing!
if you wish to come back and tell your 'honorable" feeling,
keep it in your diary,
i wont receive any note from the liar that cant appreciate the love i give.

_____________________________________________


you teach me how to have someone that really deserves.
you owe me one thing,
yes,time.

how to repay?
nice question.

when you give hopes to someone,make sure you really really can commit your words.
saying those sweet words is easy,
but to make them become reality is your risk.
your own risk.

if you can do that,
my time has been repaid.


easy?
*yes it is when you're serious with her.
try do it first,then you can know the level :)




*bila malam dah nak tua,mulalah perut meragam nak makanan.brrrhh !

Mar 12, 2011

entri yang sebelum ini kau belum baca? ada follower pun belum tentu mereka baca.macam kelakar.HAHA.okay,enough.






note to myself;
just Be Strong.
Allah is always with you.
&& it is better if you always remember Him.
thats the key.

Mar 11, 2011

memang cerita yang panjang,tak perlu baca kalau rasa bosan.aku cuma nak berkongsi rasa dengan skrin yang bebal.




aku ada seorang kawan perempuan,yang kadang-kadang dia seronok dengan kawan-kawan,kadang-kadang dia lebih gembira bila bersendirian.
selalu jugak aku sembang-sembang dengan dia,cuma,hari ini,topiknya agak serius dan buat aku tergamam.

petang yang tak hujan,cuma langit yang mendung;tak ada bunyi nyanyian suara burung-burung,cuma tapak kaki dia yang mengesot sambil mata kepalanya difokuskan ke atas.

dia berjalan tanpa hiraukan aku di depan yang dah ternganga sebab hidungnya berdarah.aku ajak dia duduk berehat di bawah rumah Opah aku.

oh,nama dia Sofiah. Sofiah Bakar.

sambil meletakkan ais di atas kepalanya,dia bercakap dan terus bercakap;


"mungkin secara kasarnya,aku tak pernah berjalan berdua-duaan,berpegangan tangan atau berpelukan dengan lelaki yang Tuhan ciptakan.
tapi,naluri perempuan inginkan dibelai,dimanja dengan lelaki yang tercipta."

aku terdiam.dan,dia masih menyambung percakapannya.

"mungkin secara luasnya,rambut aku berselindung di sebalik tudung yang kadang-kadang menampakkan apa yang tak patut,tubuh aku dibaluti kain yang menutup seluruhnya kulit yang kadang-kadang secara sengaja atau tidak aku dedahkan pada yang bukan muhrim."

"Sofiah,kau okay tak nih?",tapi dia tak pedulikan pertanyaan aku.dia masih bercakap.

"mungkin secara terbukanya,aku menurut segala apa yang diarah oleh kedua orang tua aku,hormat dan patuh atas apa yang disuruh.
tapi amarah tak kenal sesiapa."

soalan sengal aku terpacul, "hidung kau berdarah menyebabkan telinga kau pekak?"

tapi,masih dan masih dia bercakap.

"mungkin secara dasarnya,suara tak ditinggikan bila ribut,kata-kata kesat aku tak jamahkan kepada mereka yang gelar aku Perempuan Sarkas.
mulut mungkin tak berkata,suara di dalam dah meronta-ronta."

"SOFIAAAAHHHHH !!!!!! " aku jerit sekuat-kuatnya di telinga dia,tapi dia teruskan percakapan sambil mata tertutup,

"Tuhan yang jaraknya lebih dekat dengan urat nadi selalu tahu pertempuran apa yang berlaku.peperangan apa yang mencetus dalam setiap diri aku.
setiap satu-satu nya."


kedua-duanya senyap.Sofiah terus tertidur dan aku tak tahu sama ada dia cakap dalam keadaan sedar atau tidak.

dan,aku tak pertikaikan apa yang dikatakan Sofiah.semuanya betul.semuanya.
dia sangat beruntung; untung sebab hati dia masih boleh jujur dengan Tuhan.tak semua orang ada keberanian macam ni.bukan semua.

__________________________________________


perasaan mana yang tak pernah dihasut?
nafsu mana yang tak pernah dengar iblis bersyarah?
pemikiran mana yang dikawal ketat tanpa sebarang cela yang celaka?

hinggakan,hati masih tak tenang bila selesai menunaikan solat.
hinggakan,jiwa masih diserang sindrom Luahan Kata-Kata Kesat walaupun mendengar bacaan
al-Quran.

___________________________________________



sometimes i do forgot who makes me perfect when everybody sees my imperfections.
sometimes i talk bad about myself when someone knows im different & better.
sometimes i dont even know how to say Thanks to my Creator,Allah.when i have to.


sometimes i ask my friends who really I am,when everything i do just to make themselves feel satisfied; not me myself.



yes i love youuuuur life ;)


kacak kan?

aku kenal dia melalui abang sulung aku.
dia peminat One Piece yang tegar.
setiap volume dia beli;bukan guna duit mak kami.

what he wants,he will try to get it no matter how hard he has to go.

hari tu dia ada balik sini,
sembang-sembang pasal "Basikal Apa Entah"
yang pasti body slim,
berwarna bila malam
*ada gambar Donald Duck
dan,
gear mati.

aku dah lupa nama basikal ni apa.

he said,in Bangi,every night,lot of people ride this bicycle.
and,
the way they ride,the way the rider used their bicycle,
he told us all of the info (that i dont ask)

soalan bodoh yang selalu terkeluar kat mulut aku,
"abang pernah naik ke basikal tu?"

dia jawab,
"tak pernah."

aku cakap lagi dengan nada budak hingusan,
"tak try naik kawan abang punya?"

dengan tangan sebelah di stereng,dan sebelah pegang phone membalas text kawan;
"biar abang bgtahu satu lagi prinsip abang.abang ni jenis akan cuba apa pun setelah benda tu jadi hak abang.kalau nak cuba,cuba hak sendiri punya la.baru puas"

dan sambung lagi,
"tunggu ada duit,abang akan beli basikal tu sendiri.kalau takda duit,sampai mati pun tak payah"


jawapan yang memberangsangkan telinga aku untuk melebar dan bergema.


*act,i want to write about Luffy, =..='

so,
his comics i had tried to read,but not all.just two i guess.
HAHA!

sebab,
saya lebih prefer tengok benda yang bergerak daripada baca komik yang kartun nya tak bergerak sampai ke penyudah.

anddddd,
he bought a cd, i watched the movie like im one of the pirates.
over? thanks -.-

only ONE cd.
i fall in love with luffy.
of course when i saw his cute face.
but then,


NOW,
when he asked me to watch those movies by myself at YouTube.
i fall in love with Luffy's words.style & life.

"i dont care if i die fighting for it,"

nampak simple?


not to me :)

no matter how much you have to suffer from the pain that come too sudden,
no matter how long the journey you have to go with the damn things follow,
no matter how bad people treat you just to make sure you collapse in front of them,
no matter how strong your enemies are,


keep on moving,
hit all the trashes.

keep on fighting.
smash the strangers away.



keep on believing ;
one day you will get what you really NEED.
even it is not what you really WANT.


just put a smile,
dont give up.

be tough ladies :)


be TOUGH :D

thats what Monkey D. Luffy shows me.

GOMU GOMU NOOOO!!!

Mar 9, 2011

ASTRO CERIA,aku takkan percaya apa yang kau paparkan.channel kau dah aku blacklist kan.lain kali kalau nak menipu pasal ONE PIECE,berpada pada lah.



jadi dua makhluk di atas,
berbulu biru dan merah,
bermata bulat dan tanpa bulu mata,
berhidung oren dan takda hidung?
bermulut besar tanpa gigi?
unik.


mereka tak sesempurna manusia kan?
makan cookies pun tak pernah masuk mulut,
berterabur atas lantai.
cakap pun kena dikawal dengan benda invisible macam tali besi.

tapi orang tetap suka siapa mereka.
orang tetap enjoy dengan dia dan sekutu sesame street.

treat and love yourself more than that :)

______________________________________

bedtime story yang takda jalan cerita.
cuma watak Elmo dan Cookies Monster.


kalau ada sesiapa dalam kalangan pembaca (yang baca blog aku) pernah didodoikan dengan bedtime story Fairy Tale,
cuba ingat balik.
mimpi keluar Snow White makan apple beracun?
mimpi Cinderella sedang berlari lari bila jam 12 tengah malam?
mimpi ada Putera Katak bertukar jadi Putera Kacak?
mimpi ada banyak lembu kat ladang Si Tua McDonald?
(old mcdonal has a farm eyya eyya oooo)

tak ingat?
atau
tak pernah?

imaginasi sebelum waktu tidur akan terbawa-bawa sampai ke mimpi
(bagi yang berimaginasi semasa mendengar)

tapi,
jarang ada budak yang suka bayangkan apa yang diceritakan;
melainkan dia MEMANG nak dengar cerita tu.
tanpa ada mood mengantuk.

dalam kelas,kalau dah mengantuk,
cerita macam-macam,satu perkataan je yang masuk iaitu
"OKAY"

sekarang,
emosi aku tak stabil.
bukan sebab PMS.(kot)
bukan sebab duit habis.
bukan sebab takda makanan.

tapi sebab yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya.
jadi
kepada sesiapa yang pernah mimpi pasal Fairy Tale ciptaan penulis atau diri sendiri,
teruskan bermimpi.itu satu kegembiraan.
bila terjaga jarang-jarang boleh ingat.
sehinggakan,ada orang yang sanggup tidur balik sebab nak ingat dia mimpi apa malam tadi.

menakjubkan.
*ya,aku pernah buat. =..='


selamat malam.

*macamlah ada orang yang nak baca apa yang aku tulis.HAHA

okay-okay.
selamat malam.


aku dah buntu nak letak tajuk apa.aku malas nak fikir tajuk apa;sebab tanpa tajuk orang masih boleh baca. :)


hidup tepi jalan? aku dah biasa dan terbiasa. hidup sambil perhatikan orang-orang gila ketawa dengan bau busuk yang berjenama mahal,hidup sambil melihat orang-orang tak siuman berjalan mengandas beban yang bebal,hidup sambil tengok orang-orang yang berlagak matang berlari mengejar-ngejar Suara Sumbang Yang Lantang.

hidup tepi jalan pun banyak pengalaman,kan?

aku juga pernah jadi pengemis di kaki lima,di lorong-lorong sempit gelap dan panjang.
bak kata omputih, "An Apple A Day Keeps The Doctor Away". ya,doktor memang akan menjauh dengan orang-orang yang aku jumpa di tempat aku mengemis.
mereka makan maruah.
Perempuan gila,perempuan muda atau perempuan tua,semua mereka dah rasa.
aku dengar teriakan mereka,aku dengar ketawa nafsu mereka,aku dengar juga mereka bersorak,
"Jangan lari sayang,abang ada. malam ini malam kita sayangg,"
mana pegawai segak yang memakai uniform lengkap tertera pangkat Inspektor?
mana bukti kecanggihan teknologi untuk menjejaki setiap tapak kaki orang-orang yang dah diketuai nafsu syaitan?
hebat kan jadi pengemis yang boleh mendengar setiap suara iblis,jin atau neraka yang menggila?

dan,
aku juga dah terlalu biasa menjadi pesakit jiwa di 'Rumah Sakit Otak'.
rumah ini besar dan meluas.boleh aku kata,rumah ini persis bumi kita.tak ada pintu,semua orang terlepas dan bebas; termasuk aku.
tapi,yang terbijak dah jumpa aku.mereka ikat aku,dan kurung aku.
tapi mata aku masih tak tutup.telinga aku tak disumbat.hidung aku tak dikepit.


mereka cuma mahukan satu hal;satu perkara.
mereka mahukan kau,ya KAU.
mereka mahukan kau,kepuasan.

aku dah peroleh kau setiap detik aku bernafas.
aku puas menjadi aku,kucing kurap yang liar di bandar-bandar besar; yang meminggirkan aku,yang menendang aku.

paling tragis,
ada juga yang melepaskan nafsu serakah pada kawan-kawan aku.
itu manusia? atau
ya,itu pesakit dari 'RUMAH SAKIT OTAK SEDUNIA'.

binatang macam aku perlukan juga ruang untuk hidup dan bersenang.
kami tak perlukan wang,kami tak perlukan makanan di restoran mewah.
beri kami ruang untuk hidup cara kami sendiri.

kau tak ada hak mencabut nyawa kami;kau bukan Tuhan.kau bukan Tuhan kami.

monster pun tahu rasa sedih macam mana.
sedangkan orang anggap dia
Raksasa Paling Bengis Seantero Dunia

Mar 8, 2011

sigh? im okay (:




pembukaan cerita yang tak berapa bagus,pertengahan cerita yang kelam-kabut dan penamat cerita yang kadang-kadang (atau selalu) tergantung.

hari ni masih sama macam semalam,masih iras-iras macam kelmarin,hampir nak sama .

*bosan tak baca ayat macam tu? aku yang menaip pun dah naik muak.

_____________________________________


i really wonder why people SUDDENLY change

after they get what they wanted.

one day they are sweet,the next day they are not.
one day they are here,the next day they disappear too sudden.
one day you are important to them,the next day you are worthless.
one day they say they love you,the next day they dont care about you.

thats how IRONIC things and people CAN be.

PRETTY SHITS
PRETTY LIES
PRETTY FUCKED UP.


BUT , it's still your choice.
cause you choose to GET HURT when you


choose to be IN LOVE.



ouh tumblr; i appreciate your words,quotes and pictures.too true,too beautiful.


dan,ya. memang aku sedang kebuntuan idea.kebekuan rasa.dan,kematian jalan cerita.

hari-hari aku macam orang normal,cuma tingkah laku aku dah dilabel "ABNORMAL" oleh seseorang guru,dan mungkin itu fakta.siapa tahu?

sejauh mana ke-abnormal-an aku,aku sendiri pun kurang pasti.

yang aku tahu,
mungkin ada yang tak puas hati kenapa aku dijadikan seperti ini;

seperti apa?

seperti ini;

1. orang lain makan sepinggan dah gemuk,aku makan 5 kali sehari (aku makan nasi) masih still maintain berat badan tak naik-naik.

2. orang lain berhabis duit beli make up nak cover jerawat,aku berhabis duit beli chocolate untuk simpanan satu minggu. aku pun ada jerawat,jerawat yang TOUGH. tak pernah nak hilang.
jerawat cute kan?

3. dia tidur siang malam,kena marah terus kemas beg lari rumah. aku tidur pagi petang siang malam,kena marah,esoknya buat benda yang sama. bukan tak nak dengar kata,cuma TAK SENGAJA :D


dan yang lain-nya aku dah malas nak menaip.banyak benda yang orang suka compare kan antara aku ,dengan dia.antara aku dengan orang sana.antara aku dengan anak dia.
untuk apa?

terimalah diri sendiri apa adanya.terima dia apa adanya.
jangan complain banyak-banyak.

Tuhan dah ciptakan masing-masing dengan kesempurnaan yang tersendiri.

mungkin aku selalu juga merungut "kenapa? kenapa? kenapa aku macam ni?"
aku merungut bila aku dalam mood tak sedar diri atau dalam separa sedar.atau mungkin masa aku tengah sedar?

siapa yang ada bila kita putus cinta?

siapa yang tenangkan kita bila orang lain caci maki kita?

siapa yang bagi kita semangat untuk teruskan berdiri?

siapa yang selalu menipu "kau okay!" bilamana kita dah jatuh tersungkur?

siapa yang setia jadi pendengar bila orang lain dah tidur berdengkur?


pergi depan cermin,
tengok siapa yang berdiri dengan segak,kacak dan cantik di depan cermin.



cakap terima kasih kat dia.

dia pun perlukan Pencinta :)


YES,the one in the mirror is YOU.
yourself :)
AJA AJA HWAITING !

Mar 5, 2011

tolong senyum; sedikit pun tak apa.


aku ambil risiko yang tinggi,dengan menulis panjang berjela,tapi tak ada orang nak baca.
bukan senang nak tulis apa yang orang nak baca,
bukan senang nak cerita apa yang orang suka,

tapi aku tak kisah.cerita aku,muntah aku,atau kahak yang aku sajikan kat blog ini semua milik aku.
hidup tak selalu nya indah,kan?
seburuk mana pun kisah perjalanan hidup seseorang,
atau
sejelik mana pun coretan kat diari budak comot,

itu tetap kehidupan dia.tetap kehidupan seorang yang mahukan hidupnya sempurna.

bukan salah dia,kau atau mereka atas KEBOSANAN hidup masing-masing.

kalau anggap life dia boring,
kalau anggap hati dia kering,
kalau rasa penulisan dia macam sampah bernajis,

aku tak tahu nak kata apa.
semua orang takda tanggapan yang sempurna.
semua orang takda tanggapan yang sentiasa positif terhadap sesuatu perkara.

nak salahkan tanggapan?
jangan tanya aku.
cuba tanya diri sendiri.

___________________________________________


mukaddimah yang sangat melampau di atas. *saja nak testing kepantasan jari menaip.*



malam ini nampak kusam,bintang mungkin nampak terang ; tapi masih digelar Malam Bulan Mengambang--sedangkan bulan cuma separa.

aku dari tadi mendengar dan terus mendengar rungutan dia,cucu kepada Pak Teh,driver MakCik Jenab dan orang jalanan yang memetik tali gitar yang dah karat.

daripada kesemua orang yang memperdengarkan aku masalah yang melibatkan hormon,jantina,maruah dan paling random ialah masalah yang melibatkan organ paling penting ; jantung.
*tapi orang selalu kata "sakit hati betuii aku hari ni"

daripada kesemuanya,aku cuma tertarik kepada seseorang; namanya Aku Tak Rela Terus-Menerus Diperkosa Rasa Rindu Yang Membabi Buta Sedangkan Dia Cuma Sebahagian Mimpi Aku Yang Muncul Bila Aku Kecewa.

nama dia agak panjang dan unik.aku suka. :)

aku nak ringkaskan nama dia kepada Hantu.

Hantu ini muncul bilamana aku dalam perjalanan nak pulang ke rumah. rumah papan dua tingkat yang dah usang,dikelilingi semak yang menebal dan yaa.kawasan itu cuma rumah aku seorang. kelilingnya hutan.

"hai awak.boleh saya teman?", dia bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"boleh sangat. lagipun saya sorang je,ada teman baru best.tak ada lah sunyi sangat," berbalas senyuman dan bersalam erat tangannya yang sejuk-suam.

"awak mungkin tak kenal saya,tapi saya selalu nampak awak dengar semua cerita orang-orang kat luar sana,"

"saya memang tak kenal awak,tapi saya selalu nampak awak duduk termenung sorang-sorang sambil tersenyum dan kadang-kadang awak menangis,"

malam yang bersuara ala-ala burung hantu yang mengucapkan "Selamat Tidur Sayang" menemani perjalanan aku dengan Hantu yang semakin hangat tapi menyejuk.

Hantu yang memakai gaun putih yang labuhnya melebihi paras buku lali berserta reben merah yang tersepit di rambut nya memandang aku yang cuma menunduk mendengar cerita dia yang belum pun di-cerita.

dia bersuara,
"Lina,saya sunyi,"

langkah aku terhenti.aku merenung tepat ke dalam anak matanya yang sangat cantik dan jernih,

"awak tak ada kawan?" aku bertanya sambil mengajaknya bersandar di sebatang pokok yang dah tua dan badannya menggerutu.

dia tersenyum,
"saya ada ramai kawan.cuma,saya masih rasa sunyi,"

"kawan-kawan awak tak pernah ada bila awak perlukan mereka?"

"mereka ada,mereka selalu ada."

kedua-dua tangannya memegang tangan aku ; seerat-eratnya.
bahang tak terasa,sejuk pun aku tak rasa. tawar.ya, ini yang aku rasa.

"habis tu? apa lagi yang awak nak? kenapa awak tak bersyukur?" aku menjadi separuh geram dengan dia.

"saya masih sunyi sebab mereka cuma pedulikan saya bila saya dah mati."




aku terdiam.mata aku tak berkedip,nafas aku ditarik-dan-dihembus. otak aku kosong.

aku tersenyum,
dia tersenyum.

tangan aku masih digenggam,dia melabuhkan kepalanya di bahu aku.titisan hujan dari matanya mula membasahi baju t-shirt bundle yang aku baru beli semalam.

"awak,jangan putus asa." bisikannya memecah masuk gegendang telinga aku dengan perlahan dan mengesot.



orang kata,kalau dah sakit jiwa,dengan sesiapa pun boleh bercerita.
jangan perlekehkan orang gila,dia pun ada dunia dia sendiri.
cuma kau tak nampak dia boleh berdiri tanpa perlu menggunakan kaki dia sendiri.



dan,
aku terima text dari seseorang semalam,
"aku dah penat menjadi matang dan kadang-kadang aku perlukan hiburan.aku nak budak tak matang macam kau teman aku malam ini.kita menari sama-sama.kita menyanyi lagu happy"




Mar 3, 2011

dah kali ke-berapa aku cuba nak describe apa yang aku rasa,hasilnya aku tak berjaya.orang takkan faham yang aku cuba nak cerita.



dan,ini
dah kali ke-infinity
perasaan aku diperkosa dengan suara-suara yang meminta
"berikan aku ruang yang melebar.tolong"

deria dengar aku diberi najis berulang kali--sakit.

setiap kali aku nak ketawa,setiap kali aku cuba merasa syukur atas apa yang ada,
setiap kali aku mau membawa melangit mimpi yang ala-kadar;
dalam setiap kali itu,
kau datang,dan sajikan aku se-celaka jumlah rasa.



sampai bila kau nak teriak,
"hey bodoh! kenapa ego kau meninggi pada aku?! tunduk pada aku,tunduk pada aku! orang lain semua mendengar aku dalam setiap diri mereka.kenapa kau degil wahai si dungu?"

ya,kau ada dalam semua nya mereka.
kau ada dalam setiap nya mereka.
kau ada dalam aku.

tapi,
kau bukan Tuhan aku.
kau cuma hati aku yang makin hari makin cuba membeku.



kau takkan berjaya.

ingat,
kau takkan berjaya.


selagi aku hidup,aku takkan biar hati aku mati.
selagi aku kenal Tuhan aku,takkan aku biar kau mengeras,hati.





kau tak merasa sakit apa yang aku rasa.
saat semua orang ketawa,kau bisikkan aku;
"jom ke neraka"
saat semua orang tidur, kau teriak di celah-celah mimpi aku ;
"bangun!bunuh semua yang kau benci!"


cukup lah.
tolong berhenti bermonolog yang bukan-bukan.


Tuhan dengar semua yang kau kata.

semua.



one day

Mar 1, 2011

the MIDNIGHT rhythm.




ada satu cerita aku nak kongsikan sama-sama mungkin panjang berjela, kalau tak sudi nak baca, cuba-cubalah bayangkan apa aku rasa :)

the story begin like this;
i call him and wish everything will be okay,
i ask "hey you,do you love me baby?"
he says, "i do but not like what you've imagined"

so i put a smile,
and start to laugh and wish can forget how to cry.
his voices shake the truth within the lies;
"dear I Love You,but just your life."

i listen to all his words,
the shit,damn all i heard.
i'm too cruel to appear in his world
by giving him the love that he never ever wanted.

hey little prince,hey my honey bee,
shut up please.listen to me my baby.
it's true i love you and miss the time you spend with me,
but pardon me please,
i'm not asking you to act like i'm your lady.

then he says, "now you hate me?"
with the smile i reply, "i wish to be."

too sudden you ask me,
"you are happy?"
and i laugh in tears,i laugh in crazy,
"your question kinda change my maturity"

I'm your little froggy who makes a wish
on every night with a bit of "selfish"
i want you to belong with me
please dont have a feeling toward any Princess you meet.

well the memories remain the same,
you and your ex,I'm a part in the game.

broken,do you know how it feels?
try to imagine your blood just blocking
and you have the heart-attack while you're singing.
you cant even speak,not even move your body.
just like a dead-person who wishes "why the pain must be like this?"

the ending?


if it has an end,
i won't receive your text at 6.45 am
that sound like this,
"Good morning girl,i love you damn much.take care my baby"


this is how the love story should be painted?
with too much colour that i couldnt see?
it is amazing,it is too fantasy.
thanks to you because treat me like the Princess-In-Her-Diary

___________________________________________

terlalu panjang?
ini yang berlaku malam semalam.
orang lain tidur berdengkur melayan mimpi atau pari-pari.
aku tidur mata terbuka sambil text uzair,
"teringin nak jadi budak normal.ketawa bila gembira,menangis bila kecewa"

jam pukul 1 pagi lebih sedikit,
mesej aku dibalas,
"pergi tidur la wei,ngigau dah tu"

aku balas dan aku terlelap.
esoknya dia kata,"budak perempuan tu tak lawa ar"

dia masih diperkosa mimpi ngeri setelah aku bagi dia link malam semalam.
link yang bikin dia rasa mahu muntah tanpa ada faktor food poisoning.




sekarang,telinga aku dah berdarah,hidung aku berair.
nampak unik,kan? :D