Mar 9, 2011

aku dah buntu nak letak tajuk apa.aku malas nak fikir tajuk apa;sebab tanpa tajuk orang masih boleh baca. :)


hidup tepi jalan? aku dah biasa dan terbiasa. hidup sambil perhatikan orang-orang gila ketawa dengan bau busuk yang berjenama mahal,hidup sambil melihat orang-orang tak siuman berjalan mengandas beban yang bebal,hidup sambil tengok orang-orang yang berlagak matang berlari mengejar-ngejar Suara Sumbang Yang Lantang.

hidup tepi jalan pun banyak pengalaman,kan?

aku juga pernah jadi pengemis di kaki lima,di lorong-lorong sempit gelap dan panjang.
bak kata omputih, "An Apple A Day Keeps The Doctor Away". ya,doktor memang akan menjauh dengan orang-orang yang aku jumpa di tempat aku mengemis.
mereka makan maruah.
Perempuan gila,perempuan muda atau perempuan tua,semua mereka dah rasa.
aku dengar teriakan mereka,aku dengar ketawa nafsu mereka,aku dengar juga mereka bersorak,
"Jangan lari sayang,abang ada. malam ini malam kita sayangg,"
mana pegawai segak yang memakai uniform lengkap tertera pangkat Inspektor?
mana bukti kecanggihan teknologi untuk menjejaki setiap tapak kaki orang-orang yang dah diketuai nafsu syaitan?
hebat kan jadi pengemis yang boleh mendengar setiap suara iblis,jin atau neraka yang menggila?

dan,
aku juga dah terlalu biasa menjadi pesakit jiwa di 'Rumah Sakit Otak'.
rumah ini besar dan meluas.boleh aku kata,rumah ini persis bumi kita.tak ada pintu,semua orang terlepas dan bebas; termasuk aku.
tapi,yang terbijak dah jumpa aku.mereka ikat aku,dan kurung aku.
tapi mata aku masih tak tutup.telinga aku tak disumbat.hidung aku tak dikepit.


mereka cuma mahukan satu hal;satu perkara.
mereka mahukan kau,ya KAU.
mereka mahukan kau,kepuasan.

aku dah peroleh kau setiap detik aku bernafas.
aku puas menjadi aku,kucing kurap yang liar di bandar-bandar besar; yang meminggirkan aku,yang menendang aku.

paling tragis,
ada juga yang melepaskan nafsu serakah pada kawan-kawan aku.
itu manusia? atau
ya,itu pesakit dari 'RUMAH SAKIT OTAK SEDUNIA'.

binatang macam aku perlukan juga ruang untuk hidup dan bersenang.
kami tak perlukan wang,kami tak perlukan makanan di restoran mewah.
beri kami ruang untuk hidup cara kami sendiri.

kau tak ada hak mencabut nyawa kami;kau bukan Tuhan.kau bukan Tuhan kami.

monster pun tahu rasa sedih macam mana.
sedangkan orang anggap dia
Raksasa Paling Bengis Seantero Dunia