Mar 17, 2011

berkurun lama tak update menatang ni.penat dan selamat malam.

kalau kau nak tahu,
kalau kau nak sangat tau,
kalau kau rasa kau perlu ambil tau,
kalau kau teringin nak tau,

dengarkan diri aku,dengar pergerakan aku,
bukan dengar suara aku,
jangan dengar bisikan aku,
pekakkan telinga daripada mendengar teriakan aku.

cuba dengar senyum aku,
cuba dengar mata aku,
cuba-cuba kau dengar nafas aku.

setiap orang boleh manipulasikan fakta,
orang gila pun boleh pakai baju doktor dan rawat nenek tua,
pengemis tepi jalan yang pakai kaca mata hitam pun boleh kata "saya buta,tolong saya.eh.SERINGGIT je?mana cukup"

inikan pula aku yang cuma orang biasa-biasa,
orang yang mau kan perhatian satu dunia,
orang yang nak kan dikenali serata negara.

jadi,
jangan dengar kata aku.
jangan dengar penulisan aku.

kenal aku jangan kerana mulut,
kenal aku jangan kerana bahasa,
kenal aku jangan kerana suara.

aku dah banyak kali teraniaya hanya kerana aku suka berkata-kata.
aku dah banyak kali digelar Perempuan Malapetaka hanya kerana aku hentam cakap ikut suka.


dan,
kerana kata-kata,
kerana huruf-huruf yang bersambung-panjang seperti ulat gonggok,
kadang berjalan,kadang bergulung;
aku dicacimaki diludah dikeji dikutuk dibenci.

hebat kan?



berhenti cakap kau kenal aku terlalu dalam,
berhenti label aku Mulut Macam Bontot Ayam sedangkan kau taktau aku lebih suka duduk DIAM,
berhenti.

kau tak dapat gaji,
kau tak dapat elaun.

aku takkan serang balik.
aku takkan suruh orang hentam kau sampai aku puas.
aku takkan.

orang kata aku kalah,
orang kata aku pengecut,
orang kata aku takut.

aku tak kibarkan bendera putih.
aku tak bersujud menunduk di kaki mereka-mereka.

aku cuba diam.

diam itu kalah?
diam itu pengecut?
diam itu takut?

bagi aku ,TAK.

kuncikan mulut,bekukan 'perbahasan',stay cool,dan aku dah menang.

tak susah,cuma minta Tuhan beri sedikit kesabaran dan cuba untuk bersabar.
ya,memang sabar manusia ada limit.selagi kita mampu,kenapa kita tak mencuba,kan?


oh,nak tau ini untuk siapa?


aku sendiri pun tak tau,aku tulis ikut suka,aku tulis saja-saja.
kan aku dah cakap,jangan kenal aku melalui patah kata.

takut kau sendiri yang terkehel gara-gara salah faham yang mungkin akan berleluasa.
dan,
tolong.

tolong jangan tanya aku apa-apa pasal politik.i hate that shit,got it? good.