Mar 31, 2011

blog memang tak bernyawa,tapi dia ada jiwa.kalau tak,takkan perlu ada follower,kan?nahh,aku tak faham apa aku tulis untuk tajuk.

dalam sehari,hidup sendiri dah terbeban dengan kisah sendiri,cerita sendiri.

ambil sampel untuk hari ini.

lagi sekali,aku cakap sorang-sorang.
HAHA (gelak sorang-sorang memang parah.dan,diam.aku tak suruh kau gelak)

cukup.

entah kenapa aku rasa tak puas bila sehari aku tak menaip/menulis.

bila ke dapur,terngiang-ngiang suara yang semalam punya semalam
"hoi bila kau nak muntahkan kami semua?"

bila tonton tv,cerita ninja nintama bertukar jadi skrin hitam putih dan terpampang lukisan perempuan berambut serabut sambil merenung ke arah kertas kosong dan sisa-sisa carbon.

ahh,lagi teruk bila ke tandas.
lubang jamban yang seharusnya tenang dan suci sesudah di-flash terpercik najis dan cirit yang datang dari arah yang berbeza dan ya,mereka bersorak.
"tuan,sebusuk-busuk kami,teringin juga kami nak orang tengok.keluarkan kami cepat!"

bila nak keluar beli lunch,kayuh basikal laju-laju.kononnya takut makanan kat kedai tu habis.
padahal,runsing.rimas.
orang tak nampak aku dikejar dengan idea kuno aku sendiri.
betul,mereka kejar aku.mereka marah-marah aku.
"sampai bila kau nak biar kami terperuk lama-lama dalam otak kau?"


sejujur-jujurnya,idea aku tak lah sehebat fynn jamal,tak se-bagus A.Samad Said.
tapi,
aku tetap rasa idea aku ada identiti tersendiri.sebab semua cerita,cerita aku.
cerita yang entah wujud,entah tidak.
cerita yang orang tak pernah faham apa yang aku tulis.
cerita yang takkan ada permulaan,atau penamat.senang cerita,tergantung.


orang tak suka,tak apa.
asal aku ada ruang untuk teruskan 'bercerita'.


betul,rindu kadang-kala buat kita jadi tak tentu arah,gila dan kurang waras dalam setiap percakapan.