Mar 3, 2011

dah kali ke-berapa aku cuba nak describe apa yang aku rasa,hasilnya aku tak berjaya.orang takkan faham yang aku cuba nak cerita.



dan,ini
dah kali ke-infinity
perasaan aku diperkosa dengan suara-suara yang meminta
"berikan aku ruang yang melebar.tolong"

deria dengar aku diberi najis berulang kali--sakit.

setiap kali aku nak ketawa,setiap kali aku cuba merasa syukur atas apa yang ada,
setiap kali aku mau membawa melangit mimpi yang ala-kadar;
dalam setiap kali itu,
kau datang,dan sajikan aku se-celaka jumlah rasa.



sampai bila kau nak teriak,
"hey bodoh! kenapa ego kau meninggi pada aku?! tunduk pada aku,tunduk pada aku! orang lain semua mendengar aku dalam setiap diri mereka.kenapa kau degil wahai si dungu?"

ya,kau ada dalam semua nya mereka.
kau ada dalam setiap nya mereka.
kau ada dalam aku.

tapi,
kau bukan Tuhan aku.
kau cuma hati aku yang makin hari makin cuba membeku.



kau takkan berjaya.

ingat,
kau takkan berjaya.


selagi aku hidup,aku takkan biar hati aku mati.
selagi aku kenal Tuhan aku,takkan aku biar kau mengeras,hati.





kau tak merasa sakit apa yang aku rasa.
saat semua orang ketawa,kau bisikkan aku;
"jom ke neraka"
saat semua orang tidur, kau teriak di celah-celah mimpi aku ;
"bangun!bunuh semua yang kau benci!"


cukup lah.
tolong berhenti bermonolog yang bukan-bukan.


Tuhan dengar semua yang kau kata.

semua.



one day