Mar 5, 2011

tolong senyum; sedikit pun tak apa.


aku ambil risiko yang tinggi,dengan menulis panjang berjela,tapi tak ada orang nak baca.
bukan senang nak tulis apa yang orang nak baca,
bukan senang nak cerita apa yang orang suka,

tapi aku tak kisah.cerita aku,muntah aku,atau kahak yang aku sajikan kat blog ini semua milik aku.
hidup tak selalu nya indah,kan?
seburuk mana pun kisah perjalanan hidup seseorang,
atau
sejelik mana pun coretan kat diari budak comot,

itu tetap kehidupan dia.tetap kehidupan seorang yang mahukan hidupnya sempurna.

bukan salah dia,kau atau mereka atas KEBOSANAN hidup masing-masing.

kalau anggap life dia boring,
kalau anggap hati dia kering,
kalau rasa penulisan dia macam sampah bernajis,

aku tak tahu nak kata apa.
semua orang takda tanggapan yang sempurna.
semua orang takda tanggapan yang sentiasa positif terhadap sesuatu perkara.

nak salahkan tanggapan?
jangan tanya aku.
cuba tanya diri sendiri.

___________________________________________


mukaddimah yang sangat melampau di atas. *saja nak testing kepantasan jari menaip.*



malam ini nampak kusam,bintang mungkin nampak terang ; tapi masih digelar Malam Bulan Mengambang--sedangkan bulan cuma separa.

aku dari tadi mendengar dan terus mendengar rungutan dia,cucu kepada Pak Teh,driver MakCik Jenab dan orang jalanan yang memetik tali gitar yang dah karat.

daripada kesemua orang yang memperdengarkan aku masalah yang melibatkan hormon,jantina,maruah dan paling random ialah masalah yang melibatkan organ paling penting ; jantung.
*tapi orang selalu kata "sakit hati betuii aku hari ni"

daripada kesemuanya,aku cuma tertarik kepada seseorang; namanya Aku Tak Rela Terus-Menerus Diperkosa Rasa Rindu Yang Membabi Buta Sedangkan Dia Cuma Sebahagian Mimpi Aku Yang Muncul Bila Aku Kecewa.

nama dia agak panjang dan unik.aku suka. :)

aku nak ringkaskan nama dia kepada Hantu.

Hantu ini muncul bilamana aku dalam perjalanan nak pulang ke rumah. rumah papan dua tingkat yang dah usang,dikelilingi semak yang menebal dan yaa.kawasan itu cuma rumah aku seorang. kelilingnya hutan.

"hai awak.boleh saya teman?", dia bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"boleh sangat. lagipun saya sorang je,ada teman baru best.tak ada lah sunyi sangat," berbalas senyuman dan bersalam erat tangannya yang sejuk-suam.

"awak mungkin tak kenal saya,tapi saya selalu nampak awak dengar semua cerita orang-orang kat luar sana,"

"saya memang tak kenal awak,tapi saya selalu nampak awak duduk termenung sorang-sorang sambil tersenyum dan kadang-kadang awak menangis,"

malam yang bersuara ala-ala burung hantu yang mengucapkan "Selamat Tidur Sayang" menemani perjalanan aku dengan Hantu yang semakin hangat tapi menyejuk.

Hantu yang memakai gaun putih yang labuhnya melebihi paras buku lali berserta reben merah yang tersepit di rambut nya memandang aku yang cuma menunduk mendengar cerita dia yang belum pun di-cerita.

dia bersuara,
"Lina,saya sunyi,"

langkah aku terhenti.aku merenung tepat ke dalam anak matanya yang sangat cantik dan jernih,

"awak tak ada kawan?" aku bertanya sambil mengajaknya bersandar di sebatang pokok yang dah tua dan badannya menggerutu.

dia tersenyum,
"saya ada ramai kawan.cuma,saya masih rasa sunyi,"

"kawan-kawan awak tak pernah ada bila awak perlukan mereka?"

"mereka ada,mereka selalu ada."

kedua-dua tangannya memegang tangan aku ; seerat-eratnya.
bahang tak terasa,sejuk pun aku tak rasa. tawar.ya, ini yang aku rasa.

"habis tu? apa lagi yang awak nak? kenapa awak tak bersyukur?" aku menjadi separuh geram dengan dia.

"saya masih sunyi sebab mereka cuma pedulikan saya bila saya dah mati."




aku terdiam.mata aku tak berkedip,nafas aku ditarik-dan-dihembus. otak aku kosong.

aku tersenyum,
dia tersenyum.

tangan aku masih digenggam,dia melabuhkan kepalanya di bahu aku.titisan hujan dari matanya mula membasahi baju t-shirt bundle yang aku baru beli semalam.

"awak,jangan putus asa." bisikannya memecah masuk gegendang telinga aku dengan perlahan dan mengesot.



orang kata,kalau dah sakit jiwa,dengan sesiapa pun boleh bercerita.
jangan perlekehkan orang gila,dia pun ada dunia dia sendiri.
cuma kau tak nampak dia boleh berdiri tanpa perlu menggunakan kaki dia sendiri.



dan,
aku terima text dari seseorang semalam,
"aku dah penat menjadi matang dan kadang-kadang aku perlukan hiburan.aku nak budak tak matang macam kau teman aku malam ini.kita menari sama-sama.kita menyanyi lagu happy"