Apr 28, 2011

jangan baca kalau rasa hati tak berapa kental.

hai orang sana
cantik kamera?
"well,biasa lah,fesyen bro"
aku fikir cuma baju ada fesyen.
"orang kolot apa tahu?"

hairan bercampur menyampah
"kenapa?"
bila ada DSLR mulalah kecoh-kecoh di fesbuk
"alahh,dia mahu share-share.biasalah tu.kau cemburu?"
bukan soal cemburu,cuma rimas.

hai orang lapar,
kenapa banyak sangat gambar muka kau?
"kamera aku,gambar aku lah."
ini kau cakap kau seorang fotografer?
"kalau kau hebat sangat,define photographer?"

HAHAHA,kau kelakar
"soalan aku tak terjawab,kau gelak macam setan?"
setahu aku,photographer yang terkemuka cuma snap gambar yang ada makna.
"muka aku ada makna.kau yang tak reti nak baca"
setakat jerawat batu,muka aku pun ada.
"pemikiran kau sempit."
sesempit mana pun,aku tak show off kamera depan cermin dan CHEESE!

ini satu hal lagi,
"apa dia?"
menyampah dah sampai over-limit
"hal kamera lagi?"
tak,soal orang-orang di fesbuk.

hai orang siuman,
nak bercinta agak-agak lah
"kenapa?ada aku ganggu life kau?"
kau cemar duli wall home fesbuk aku.
"siapa suruh kau baca? just leave us,okay?"
cakap macam sampah,aku dah delete korang dua-orang,korang add aku balik.
"siapa suruh approve?"
seems like kau berdua desperate?

jangan ditanya status mereka macam mana,
"asal?geli sangat ke?"
tidaklah geli macam katak,cuma terlalu menunjuk-nunjuk
"awek cun?balak kacak?"
itu bukan masalah,cuma
cyg asew cyg lapaw leww.buhsyann lew,kiteww kua jum? atoiii,syaket ahh.
(padahal ketuk dalam fesbuk je?)
rosak,rosak bahasa.menyampah.

hai orang,orang dan orang sekalian,
nampak macam aku cari salah orang kan?
nampak macam aku terlalu kolot dalam berfikir.
atau,
nampak macam aku bajet bagus.

tak salah nak luah rasa,kan?

lagi satu,hal politik tolong jangan kait-sangkut dengan hidup aku.cukup-cukuplah sampah yang aku dah dengar dari semua yang berpangkat rasuah,aku dah penat tengok muka yang bertopengkan "hari mengundi pergunakan rakyat"

cukup.


entah,hari ini mood macam bangkai.dah penat dengan "ayat warna biru di fesbuk yang menyemak di wall home."

lagi satu,jangan add sebab kekasih kau add aku.jangan add sebab kawan kau memusuhi aku.

jangan add kalau tak kenal.penat nak remove.

Apr 27, 2011

and,if i stop from loving you,it's your turn to understand.

aku pikir,hal-hal macam semalam takkan ulang tayang. aku pikir,aku terlalu pandai dalam memilih jalan cerita aku sendiri. aku pikir,aku dah cukup hebat sebab kau cari aku balik.

tapi,
sekarang,
bila dipikir-pikirkan balik,sejarah boleh berulang. kepandaian kadang kalah dengan perasaan. dan,hebat cuma pada masa tapi bukan pada suka.

tak faham? baguslah.

dulu-dulu,kau kata kau tak mahu ada apa-apa atas dasar "aku tak layak untuk dicinta.carilah yang lain yang lebih putera."

kemudian,kau cari aku. kau cari sayang. kau cari.
kau kata "aku mau bagi kau ruang"

ruang?
ada aku minta kau ruang?
ada aku tangis maukan ruang?
ada aku teriak-teriak tagihkan ruang?

kau pikir cinta aku jenis yang terdesak?
kau pikir sayang aku ikut suka-suka cari peluang?
kau pikir rindu aku sekadar cari tempat untuk dilepaskan?

kau pikir aku badut level berapa?
kau pikir pakai akal atau nafsu buaya?

iyaa,
masa aku terlalu melaut untukmu.
masa aku dah ditinggikan untuk rindukanmu.

kau maukan masa aku?
kau laparkan masa aku?
kau rebutkan masa aku?

nahh,sekarang kau ambil semuanya,semua.
aku bagi kau cinta,
aku bagi kau sayang,
aku bagi kau rindu,
aku bagi kau masa untuk kau terbang sejauh-jauh yang kau mau.

pikir-pikirkan sayang.
pikir-pikirkan.

ada pepatah kata,
"orang berubah"

tapi aku rasa,
"perasaan berubah"

oh yaa,untuk hadiah harijadi nya,aku dah simpan baik-baik dalam kotak.
dan,untuk foto nya,aku dah selit kemas-kemas dalam wallet.

kau boleh mati dengan masa aku.
habiskan masa aku semahu-mahunya.


untuk esok,kau tak perlu susah-susah hantar merpati ucapkan Selamat Pagi.
untuk lusa,kau tak payah lari pecut 100 meter untuk kata Selamat Berusaha.
untuk hari-hari yang seterusnya,kau duduk diam-diam,jangan disebut Selamat Malam Sayang.


aku tak mau dengar.sikit pun aku tak mau.

kau dah ajar aku untuk menjadi Perempuan Ego.
ini hasilnya.

kau suka?

Apr 24, 2011

i'm in love with you,forever & ever. okay?



ingat tak dulu?
waktu kita mula-mula kenal? awak ingat tak? =)

masa tu,ibu awak tak bagi kita kawan.ibu awak risaukan awak.
sebab ibu awak takut awak tak pandai jaga diri,macam ibu saya =)

awak, waktu dulu kelakar.
perut awak boyot.dan awak tak boleh jalan macam biasa.
disebabkan itu,awak dapat nama samaran.
tapi awak tak kisah,kan? =)

makin lama,kita makin besar,awak makin besar.
ibu awak dan ibu saya tahu kita boleh jaga diri masing-masing,kan?

ibu awak tak kisah awak bermain dengan saya.
ibu awak tahu saya boleh jadi kawan awak yang paling baik,kan? =)

awak,awak nak tahu tak?
masa berjalan sangat cepat.
kita makin lama makin akrab,makin mesra.
dah banyak cerita saya yang awak dah tahu,kan?
dah banyak masalah saya yang awak dah dengar,kan?

dan,
awak pun tahu siapa yang saya admire,kan? =)

awak memang terbaik.sangat terbaik.i'm serious :)

tapi,
mungkin bila ibu awak dah menghembuskan nafas terakhir waktu nak melahirkan adik awak,
awak sunyi.
awak rindu ibu awak,kan?

saya nampak awak termenung.tapi saya tak mahu ganggu awak.

dan,
mungkin sebab kerinduan awak kat ibu awak,
saya terpaksa terima ketiadaan awak semalam.

awak pergi secara mendadak.
dan,
saya pagi semalam,saya sempat cakap kat awak yang saya sayang awak sangat sangat.
saya sempat cakap kat awak yang saya perlukan awak sentiasa.

awak dengar kan?

Garfield,
awak dengar tak ayah panggil nama awak waktu awak dah terlentang?
awak dengar tak ibu panggil nama awak banyak kali?
awak rasa tak ayah usap-usap badan awak?
awak dengar saya jerit nama awak waktu leher awak dah terkulai dalam dakapan adik saya?


awak DENGAR tak garfield !!!!!!


maaf.
maafkan saya.
maafkan kami.


kami masih tak dapat terima pemergian awak.
ayah sunyi tanpa awak.
ibu tunggu awak di sejadah subuh tadi.
adik ingatkan awak gigit kaki dia malam tadi.

tapi awak tak ada.


bayang-bayang awak berlari masih ada.
kami rindukan awak.


awak,
sekarang adik saya demam.
dia dah dapat injection.
dia demam sebab terlalu memikirkan awak.terlalu rindukan awak.
dia tak dapat kawal perasaan sedih dia.


kami tahu yang awak tahu bahawa kami terlalu sayangkan awak,sampai bila-bila.

semoga awak bahagia dengan ibu awak di sana.
kami tanamkan awak bersebelahan dengan ibu awak.

itu yang awak mahu,kan Garfield?

. . .



you are the best kitten i ever had.
remember that.



Apr 22, 2011

kisah cinta orang biasa-biasa takkan berakhir dengan batu permata.tapi mungkin dan selalunya bersama yang sudi mencinta :)

berhentilah.

simpan sedikit perasaan untuk hati sendiri.
simpan sedikit nafas untuk jiwa sendiri.
simpan sedikit senyum untuk dunia sendiri.

tak susah.

biar orang kata kau perempuan gila,
biar orang campak najis dalam telinga,
biarkan mereka yang fikir mereka ada kuasa macam Tuhan yang mencipta.


betul.
kau kuat.mereka tak nampak mereka dah jadi bangkai.

Apr 11, 2011

bila nak beli yang baru? blog ni dah berhabuk.

biar aku bercinta dengan
hati kau yang tak mau dikecewa,
suara kau yang selalu meminta minta,
jiwa kau yang sedang meronta ronta.

lepaskan setiap satunya rindu;
rindu kepada orang yang tak perlu,
rindu kepada rasa yang tak mau,
rindu kepada sunyi yang berhantu.

jangan kau soal "kenapa harus aku?"
jangan kau tanya "perlu ke aku dirindu?"

tolong terima cinta aku.
tolong simpan rindu aku.
tolong hayati mimpi aku.
tolong berhenti menolak aku.

betul,aku cuma perempuan yang biasa-biasa
betul,wajah aku cuma penuh jerawat yang selalu ketawa,
betu,setiapnya aku dijumpa merata-rata.

tapi,
aku tak jual cinta aku pada Penagih Dara,
aku tak jaja rindu aku pada lelaki buaya,
aku tak lelong diri aku untuk bahagia.




i wont stop from writing about your life,here.
because we share the same sun,the same moon,the same world.
because sometimes you need a paper to write your journey &&
my pleasure to be a part of your words,sentences or perhaps the whole story :)