Apr 24, 2011

i'm in love with you,forever & ever. okay?



ingat tak dulu?
waktu kita mula-mula kenal? awak ingat tak? =)

masa tu,ibu awak tak bagi kita kawan.ibu awak risaukan awak.
sebab ibu awak takut awak tak pandai jaga diri,macam ibu saya =)

awak, waktu dulu kelakar.
perut awak boyot.dan awak tak boleh jalan macam biasa.
disebabkan itu,awak dapat nama samaran.
tapi awak tak kisah,kan? =)

makin lama,kita makin besar,awak makin besar.
ibu awak dan ibu saya tahu kita boleh jaga diri masing-masing,kan?

ibu awak tak kisah awak bermain dengan saya.
ibu awak tahu saya boleh jadi kawan awak yang paling baik,kan? =)

awak,awak nak tahu tak?
masa berjalan sangat cepat.
kita makin lama makin akrab,makin mesra.
dah banyak cerita saya yang awak dah tahu,kan?
dah banyak masalah saya yang awak dah dengar,kan?

dan,
awak pun tahu siapa yang saya admire,kan? =)

awak memang terbaik.sangat terbaik.i'm serious :)

tapi,
mungkin bila ibu awak dah menghembuskan nafas terakhir waktu nak melahirkan adik awak,
awak sunyi.
awak rindu ibu awak,kan?

saya nampak awak termenung.tapi saya tak mahu ganggu awak.

dan,
mungkin sebab kerinduan awak kat ibu awak,
saya terpaksa terima ketiadaan awak semalam.

awak pergi secara mendadak.
dan,
saya pagi semalam,saya sempat cakap kat awak yang saya sayang awak sangat sangat.
saya sempat cakap kat awak yang saya perlukan awak sentiasa.

awak dengar kan?

Garfield,
awak dengar tak ayah panggil nama awak waktu awak dah terlentang?
awak dengar tak ibu panggil nama awak banyak kali?
awak rasa tak ayah usap-usap badan awak?
awak dengar saya jerit nama awak waktu leher awak dah terkulai dalam dakapan adik saya?


awak DENGAR tak garfield !!!!!!


maaf.
maafkan saya.
maafkan kami.


kami masih tak dapat terima pemergian awak.
ayah sunyi tanpa awak.
ibu tunggu awak di sejadah subuh tadi.
adik ingatkan awak gigit kaki dia malam tadi.

tapi awak tak ada.


bayang-bayang awak berlari masih ada.
kami rindukan awak.


awak,
sekarang adik saya demam.
dia dah dapat injection.
dia demam sebab terlalu memikirkan awak.terlalu rindukan awak.
dia tak dapat kawal perasaan sedih dia.


kami tahu yang awak tahu bahawa kami terlalu sayangkan awak,sampai bila-bila.

semoga awak bahagia dengan ibu awak di sana.
kami tanamkan awak bersebelahan dengan ibu awak.

itu yang awak mahu,kan Garfield?

. . .



you are the best kitten i ever had.
remember that.