Apr 28, 2011

jangan baca kalau rasa hati tak berapa kental.

hai orang sana
cantik kamera?
"well,biasa lah,fesyen bro"
aku fikir cuma baju ada fesyen.
"orang kolot apa tahu?"

hairan bercampur menyampah
"kenapa?"
bila ada DSLR mulalah kecoh-kecoh di fesbuk
"alahh,dia mahu share-share.biasalah tu.kau cemburu?"
bukan soal cemburu,cuma rimas.

hai orang lapar,
kenapa banyak sangat gambar muka kau?
"kamera aku,gambar aku lah."
ini kau cakap kau seorang fotografer?
"kalau kau hebat sangat,define photographer?"

HAHAHA,kau kelakar
"soalan aku tak terjawab,kau gelak macam setan?"
setahu aku,photographer yang terkemuka cuma snap gambar yang ada makna.
"muka aku ada makna.kau yang tak reti nak baca"
setakat jerawat batu,muka aku pun ada.
"pemikiran kau sempit."
sesempit mana pun,aku tak show off kamera depan cermin dan CHEESE!

ini satu hal lagi,
"apa dia?"
menyampah dah sampai over-limit
"hal kamera lagi?"
tak,soal orang-orang di fesbuk.

hai orang siuman,
nak bercinta agak-agak lah
"kenapa?ada aku ganggu life kau?"
kau cemar duli wall home fesbuk aku.
"siapa suruh kau baca? just leave us,okay?"
cakap macam sampah,aku dah delete korang dua-orang,korang add aku balik.
"siapa suruh approve?"
seems like kau berdua desperate?

jangan ditanya status mereka macam mana,
"asal?geli sangat ke?"
tidaklah geli macam katak,cuma terlalu menunjuk-nunjuk
"awek cun?balak kacak?"
itu bukan masalah,cuma
cyg asew cyg lapaw leww.buhsyann lew,kiteww kua jum? atoiii,syaket ahh.
(padahal ketuk dalam fesbuk je?)
rosak,rosak bahasa.menyampah.

hai orang,orang dan orang sekalian,
nampak macam aku cari salah orang kan?
nampak macam aku terlalu kolot dalam berfikir.
atau,
nampak macam aku bajet bagus.

tak salah nak luah rasa,kan?

lagi satu,hal politik tolong jangan kait-sangkut dengan hidup aku.cukup-cukuplah sampah yang aku dah dengar dari semua yang berpangkat rasuah,aku dah penat tengok muka yang bertopengkan "hari mengundi pergunakan rakyat"

cukup.


entah,hari ini mood macam bangkai.dah penat dengan "ayat warna biru di fesbuk yang menyemak di wall home."

lagi satu,jangan add sebab kekasih kau add aku.jangan add sebab kawan kau memusuhi aku.

jangan add kalau tak kenal.penat nak remove.