May 28, 2011

hidup pura-pura seolah-olah minta di-matikan segera.

perlekehkan aku?
terima kasih.

tindas-pijak-pijak aku?
terima kasih.

perbodohkan pemikiran aku?
terima kasih.

terima kasih untuk semua,
semua yang cuba-cuba porak-perandakan senyuman aku.
(oh ya,aku ikhlas senyumnya)

kejutan budaya - aku tak terkejut sangat.

kejutan pendirian - ini yang nak diketengahkan.

terkejut sangat.

aku tak kisah kawan dengan sesiapa--sesiapa.
tudung labuh,singkat,rambut percuma,atau rambut berwarna;
atau
jerawat batu,muka berminyak atau sempurna.

aku tak kisah.
cuma,

kalau dengan aku,
tolong jadi diri sendiri.

jangan kerana disebabkan ada lelaki kacak,
atau
jangan kerana ada perempuan cantik,
kau mencuba menjadi yang ter-sempurna.

berhentilah.
itu memualkan aku.

cukuplah.
itu menjengkelkan aku.

kalau nak jadi kawan aku semata-mata cuba nak mematikan kewujudan aku.
kalau nak sembang dengan aku semata-mata cuba nak pedang-kan senyuman aku,
kalau nak ketawa dengan aku semata-mata cuba nak tumbangkan lukisan aku,
kalau nak jadi macam itu,
dengan hormatnya pergilah cari yang lain.

aku cuma nak berkawan dengan orang yang menjadi diri nya sendiri;
bukan orang lain.

satu hal lagi;
aku masih berdiri dengan kaki aku sendiri.

May 10, 2011

nak letak tajuk Bunuh Diri,tapi aku tak mati lagi.nak letak tajuk He Kills Me Silently,tapi the fact is He Loves Me Deeply.

kalau ada kata putus kan senang,
kalau masing-masing sama kepala,sama jiwa,kan senang.

sekarang,
yang serabutnya sorang-sorang.

dibiar aku dengan keputusan yang "ditelan mati mak,diluah mati bapak",
kejut aku bangun tidur dengan "seperti katak bawah tempurung".

dengar lah sini,tolonglah.sekali pun tak apa.

tentang Matrikulasi Perak,
yaa,memang aku teringin,nak masuk.cuma,Kimia macam kura-kura.
aku tahu level aku takat mana.
kira bersyukur dengan SPM yang cuma B+ naik mendadak daripada D waktu trial.

tentang UniSZA kat Terengganu,
yaa,memang aku nak juga,TESL target aku.
even cuma diploma (waktu isi borang UPU,aku main hentam taram.tak habis khatam)
ruparupanya,aku terlepas pandang ada ASASI TESL.

3 tahun,lama.tapi MINAT TAK KENAL JANGKA MASA.

1 tahun,singkat.tapi IKHLAS MAINKAN PERANAN.

mana satu?

entahlah.
dah ramai tanya,
"kau nak ke mana?"
"kau nak ambil apa?"
"kau dah conform?"

medical check up,surat tawaran,segala bagai aku tak buat lagi.
jawapan aku;

"entah.minat tesl,tapi redha ayah tu lagi tinggi daripada minat aku"

PLKN satu hal lagi.
nak pergi 17 Mei.

appointment nak buat medical check up hari isnin,aku cancel suka hati.ayah bising.

tawar hati atau tak ada perasaan.
ya,im trying to be YOU,daddy.

im trying (:

ada baik ada buruk.
i admit that i cant stay too far from my family,my mum.
and,
i admit that i want to travel,to feeding my soul with my journey.

sekarang.
dua-dua tawaran aku dah print.
dah dibaca,ditelaah.

petunjuk Tuhan dah diminta.
dan,
dah dapat.
cuma,tak pasti itu petunjuk atau kebetulan.

betul lah cakap kawan aku,dia mengalami masalah yang sama,hinggakan dia cakap,
"aku rasa macam nak bunuh diri dalam rumah sendiri"




pressure too high,
people force and force.
they want what they like,not what we need.

my dearest Daddy,
i really want to be your good daughter.
what im trying to do right now is BEING YOU.
im trying to feel your emotion,your voice.

if you really want me to go ONLY at Perak,i will.

since im 12 years old,till now,you always want to decide where i should go,where i shouldnt.

i will try to forget my dream,my passion only for you.
but,im sorry if i cant give the best for you.I WILL TRY,dont worry daddy.

nobody can be you.
nobody.


May 7, 2011

stop saying "I Love You"


when you just want to scream "I Like You"


stop saying "I Miss You"


when your heart does not beat as fast as it should.






stop giving me hopes.

because you cant even commit.
so,stop it.


im tired.

May 2, 2011

kalau suka membaca,teruskanlah,kalau rasa menyampah,ada button 'X',klik saja di situ =)

manusia macam-macam.

bukan baru tahu,cuma baru nampak dengan mata kepala sendiri.

2Mei2011 - Isnin
semua orang cuti.

UPM,serdang
sejurus selepas akak habis study,sebab esoknya (hari ini) dia exam.
famako (abaikan ejaan) dengan apa ntah.

plannya nak ke GM selepas window shopping di bangi.
mereka berdua (akak dan abang zul) plan,aku ikut saja.asal perut ada isi :D

tak expect pun nak ke KL sebab dah memang tak expect =..='

jalan memang sesak.lepas tol.
sangat.

kami adik beradik namakan kereta akak 'POKEMON'

well,pokemon yang dipandu akak memotong kereta Pugeot yang driver-nya sedang cakap dengan telefon.
cool ? haprak.

lepas meninggalkan kereta Pugeot di belakang,depan traffic light (kot,tak sure)
sebab kereta berhenti.

abang zul dah menjerit "akak break ! break !!"

dah berhenti pun pokemon,nyaris.

entah kenapa,
badan aku terhentak ke depan kerusi,

*sound efek kereta dihentak.

sekali.
dan
masih dijerit "break!" padahal dah memang break.

*lagi sekali sound efek kereta dihentak.

hebat kau Pugeot,dua kali hentak belakang?
kemek.

dan,kali kedua inilah pokemon menghentak kereta wira di depan.

senang cerita,pokemon di tengah-tengah.
oh lupa,pokemon - viva.

kecil kan?
bayangkan dua kali dihentak.

rupanya,bila pemandunya keluar,dia cakap dia tak perasan.memang tak perasan.
katanya,"sorry bang.lalai sebab tengah telefon"

**hentak-menghentak selesai**

tengah discuss-discuss,datang orang lelaki rambut perang,janggut pun perang.kaca mata hitam.dan seluar pendek.

(rasa-rasanya aku bukan berada di beach)

soalan-demi-jawapan di-selang-seli.
kononnya dia orang kereta,workshop.ejen mana entah.layan je lah.
dorang cakap-cakap-cakap dan terus bercakap.
katanya kereta boleh siap dalam masa 7 hari.4 hari pun boleh.
padahal depan belakang dah remuk.

kau guna magic apa bro?

dia pun bagi kertas,suruh isi,tandatangan.
tengah dalam mood nervous+terkejut = isi je lah

katanya orang dia akan datang,untuk tarik kereta bawa ke balai dan terus ke workshop.

akak genggam tangan aku sekuat yang boleh.
katanya "akak takut maa marah,ayah marah"

abang zul cakap-cakap dengan orang-orang yang agak berbadan besar.orang-orang tu merokok dan terus merokok.

busuk,tau tak?!

katanya,nak tunggu ayah abang zul.biar ayah yang settle-kan.
tapi,mereka force.suruh cepat.

ikut je lah.
kami ikut naik kereta orang tu,
kereta ditarik ke balai.

**setibanya di balai,baru teringat aku ada pakcik (acik) area situ.inspektor**

akak pun call acik.
rupanya dia di balai kepong.
katanya 10minit lagi sampai.
(dia drive memang mengalahkan F1)

dia marah akak.kenapa tandatangan.dan kenapa tak call waktu lepas kena langgar.
kami memang lupa.kosong.terkejut.taktahu nak fikir apa.

dipendekkan cerita,
kami tekad nak hantar ke perodua.
orang-orang yang towing kereta ni kata nak RM300

gila ke?

acik kata jangan,tunggu acik datang.

setibanya acik,kami bersalam.acik bawak geng.HAHA

dan,sarjan yang uruskan kes akak ni tabik kat acik.
*budak-budak towing dah gelabah

kami cerita.
budak-budak towing pun cerita.cerita mereka ditokok tambah,
katanya kami merayu-rayu kat dorang supaya siapkan kereta cepat.

najisnya mulut korang.

acik tak percaya pun dorang,
acik cakap
"kita cakap bahasa mudah,boleh?"
*dorang tahu,kalau dorang tipu,acik akan tahu.

last-last,dorang kata hantar perodua,
orang perodua (merangkap kawan mereka) datang dan discuss.

acik cakap,
"hantar di kepong,saya akan tengok.saya akan tinjau"

masing-masing muka macam kena cekik.

kawan acik kata,towing selalunya RM70-80
mana mungkin RM300 ?!

nasib ada acik.
kalau tak,mentah-mentah kena tipu.
dan,
orang-orang towing tu marah kat kami,katanya kami kecoh sebab panggil inspektor.

well,
we called him because he is our uncle.

and,
perhaps you guys thought that we have nothing at here,at your place,KL.

YES,
we have nothing,but we have Allah to help us to find way.
we had been protected. =)

my friend said
"you'll never ever find honesty in KL.it is too hard.they live with money"


the fact is proven.