May 28, 2011

hidup pura-pura seolah-olah minta di-matikan segera.

perlekehkan aku?
terima kasih.

tindas-pijak-pijak aku?
terima kasih.

perbodohkan pemikiran aku?
terima kasih.

terima kasih untuk semua,
semua yang cuba-cuba porak-perandakan senyuman aku.
(oh ya,aku ikhlas senyumnya)

kejutan budaya - aku tak terkejut sangat.

kejutan pendirian - ini yang nak diketengahkan.

terkejut sangat.

aku tak kisah kawan dengan sesiapa--sesiapa.
tudung labuh,singkat,rambut percuma,atau rambut berwarna;
atau
jerawat batu,muka berminyak atau sempurna.

aku tak kisah.
cuma,

kalau dengan aku,
tolong jadi diri sendiri.

jangan kerana disebabkan ada lelaki kacak,
atau
jangan kerana ada perempuan cantik,
kau mencuba menjadi yang ter-sempurna.

berhentilah.
itu memualkan aku.

cukuplah.
itu menjengkelkan aku.

kalau nak jadi kawan aku semata-mata cuba nak mematikan kewujudan aku.
kalau nak sembang dengan aku semata-mata cuba nak pedang-kan senyuman aku,
kalau nak ketawa dengan aku semata-mata cuba nak tumbangkan lukisan aku,
kalau nak jadi macam itu,
dengan hormatnya pergilah cari yang lain.

aku cuma nak berkawan dengan orang yang menjadi diri nya sendiri;
bukan orang lain.

satu hal lagi;
aku masih berdiri dengan kaki aku sendiri.