Jun 28, 2011

mencarut ada level.jangan sampai level mencarut sampai tahap koyak mulut.


salahkan aku; atau
salahkan perasaan sendiri.

orang tak berubah,
perasaan yang memerintah.


can someone please take a note;
observe&dont judge.
listen&dont misunderstood.
feel&stop blame me.


it is annoying when someone you know drag you to somewhere
and "this is a court of justice"

let me tell you something,
i just want to
shut the Duck up.

Jun 23, 2011

fine,5 minit fikir tajuk,tak muncul muncul.kalau aku buat tajuk macam karangan,masih nampak macam tak ada tajuk.done.

when I smile,
it doesnt mean I have to follow all the rules that you have made.
your life is yours.
my life is mine.
better keep your shit behind YOUR back,
or
i will turn back and throw it at your face.

yes,im not like the other girls,
i cant have the dimple,but only the cutie pimples.
i cant walk with a rhythm, but set the time to run and laugh.
i cant keep myself in silence,but i can stay cool when no boys say HELLO.

please friend,
please.
if you want to compare me with you,yourself,
no word 'surrender'.
because this is myself.
let me be myself.
dont copy mine and let it be yours.

God have created human with lots of colours.
trust me,
just be yourself,everybody will be your friend.

because,
a friend do accept us no matter how weird our smile,laugh and style.
:)


Jun 20, 2011

enjoy your problems,make fun of it.stop saying "you are terrible!" just say "i can handle this,i can.go lina go!!" HAHA

betu lah tu,
betul hidup penuh dengan beban,bebal dan segala yang membebal dan membeban.

hidup kat sini,
kat KMPk,
GOPENG HAGEN.

ada yang cabar aku,
"kau pakai sehelai testpad kau untuk buat jalan kira maths"

aku terima cabaran dia sebab,
mulut aku.
aku yang cakap,
"nak jimat testpad.ekonomi aku meleset"

jadi,
setiap kali aku nak buat jalan kira,
aku pakai testpad yang sama,
guna pensil dan padam.

kerja bodoh,kan?

tapi,itu satu jalan untuk aku excited-kan diri aku sendiri.

lagi satu hal,
orang berebut bilik air.
ada yang mengeluh,ada yang memaki hamun.
sampai satu tahap,aku gelak sorang-sorang
sebab berdiri macam tunggul depan bilik air sambil perhati orang baru bangun tidur dengan rambut yang serabai,
muka tak bersalah
dan
mata yang sedang tidur.

kelakar tapi mungkin tak bagi kau yang terlalu sukakan keselesaan :)

roommate aku;
nasib baik semua perut lapar pada masa yang sama.
seolah-olah di bluetooth.
hebat.

kalau orang kata aku tak boleh survive,
kalau orang kata aku terlalu mahukan zon selesa,
kalau orang kata aku tak boleh hidup tanpa blog 24jam,

sekarang aku nak cakap,
Tuhan selalu ada.

orang ada tanya,
"kau macam tak rindu parents je?"

aku jawab,
"mereka mahu aku berjaya.rindu aku dah aku jadikan semangat untuk aku survive."

dan,
aku memang tak pernah berjauhan dengan mereka,
rasa janggal dan gayat.
tapi
aku yakin mak,ayah selalu ada dalam jiwa aku.
dalam hati aku
dalam degupan jantung aku.

:)








*mereka ajak berjoging,hasilnya buat video madagascar.tunggu kelajuan internet mencapai tahap max,akan diupload :)

Jun 18, 2011

make your life beautiful (:


kelam kabut cari barang,
"kau cari apa?"
"cari barang."
"nak aku tolong?"
"tak perlu."

sedang-sedang imaginasi,
"kau fikir apa?"
"banyak perkara;"
"tentang apa?"
"jangan ganggu."

jalan-jalan sorang-sorang atau berdua mahupun bertiga atau berlima,
"nak kemana?"
"mana-mana saja."
"nak aku teman?"
"tak payah susah-susah"

dan,
kawan aku bertanya,
"kau cakap dengan siapa?tiap kali kau menjawab,muka kau agak ketat."

dan,
aku menjawab,
"bukan dengan siapa-siapa.orang mental boleh jadi siapa saja."

dan,
kawan aku bertanya lagi,
"kau ada gangguan mental?"

dan,
aku menjawab lagi,
"tak.jiwa aku tak cukup kuat untuk ketawa sendiri."

dan,
kedua-duanya bawa haluan masing-masing.
yang dilayan jadi gila,
yang melayan makin gila.

zaman sekarang orang mental tak kira rupa,usia,kerjaya mahupun berstatus 'bahagia'.

orang gila boleh berlagak 'aku normal.'
dan
orang normal selalu buat perangai gila.

dengar masalah orang pun boleh pengaruh jadi orang gila.

tak percaya? kau boleh cuba.








satu malam takkan ada mimpi kalau masing-masing buat hal sendiri,tanpa cuba tidurkan imaginasi yang perlukan masa untuk berinteraksi dgn diri sendiri

aku ingatkan kau dah lupa aku,
seriously, aku fikir kau dah terlalu jauh dari aku.

perasan atau tidak,
makin lama,makin kau himpit aku,
makin kau cuba sempitkan aku,
makin kau cuba sepitkan aku diantara ruang yang terlalu sedikit.

suka atau tak,
kau dah pun jadi milik aku.
aku dah terikat dengan kau.

tapi satu hal aku nak ingatkan,
satu hal saja.

teruk mana pun kau hempas-pulas aku,
teruk mana pun kau cuba henyak-henyak aku,
aku takkan lari daripada kau.
sikit pun tak :)

aku biar kau kejar-kejar aku,
aku terima kau.

aku biar kau tangkap-kurung aku,
aku terima kau.

cuma perlukan masa untuk kita bermesra,beban.
cuma perlukan masa untuk kita serasi bersama,masalah.

disebabkan kau,hidup aku tak pernah bosan.
kejar aku,ajar aku.

life is full with problems,
intertwined with happiness&sadness.
pressure followed,
comes with tears
and yet bring me up to the place where i should go,where i belong to :)

Jun 3, 2011

kalau rasa diri terlalu kaya untuk tidak membalas senyuman aku,aku terlalu bernilai untuk tidak mendengar cemuhan kamu (:

satu hari,aku jalan-jalan di kaki lima,
jalan-jalan sambil mata melilau sini-sana.
dilihatnya di kiri, orang sedang asyik bercinta,
dilihatnya di kanan, orang tak habis-habis bikin najis di hidup orang lain.
dilihat ke depan, perempuan cantik terkangkang minta sedekah.
dilihat ke belakang, lelaki bermisai bersujud menghentak-hentak menyalahkan nasib.

dalam satu hari itu juga,
aku duduk di bangku kayu buatan tangan pendatang asing.
merebahkan pemikiran di atas rumput;
sambil menghembus nafas masalah terus ke lapisan atmosfera;
bergabunglah mereka dengan segala jenis gas yang terbebas -- terlepas.
--dikhuatiri akan meletup,aku selimutkan diri aku dengan kepuasan bersenyum sorang-sorang.

entah kenapa;
tiba-tiba aku merasakan ada sedikit perkara yang terbeban;
yang mem-bebal-kan aku.
yang me-mati-kan aku.

perkara pertama;
--dah kali ke-berapa dicuba untuk menjadi si orang biasa-biasa;
masih tersangkut dengan sejumlah 'orang pura-pura berlagak dewasa'.

perkara kedua;
--segala macam yang aku luah-muntah-kan,diketawa sambil berseru;
"ahh,LOOSER please back off"

perkara tanpa nama;
--aku tak ingat untuk apa aku perlu ingat perkara yang tak perlu di-ketengahkan.

bilamana terlalu banyak masa;
habis digunapakai untuk yang sia-sia.

bilamana terlalu taksub dengan sesuatu perkara;
terlupa untuk membuka pemikiran biar meluas terbuka.

bilamana terlalu ghairah untuk bahagia;
ditinggalkan sengsara yang sebenarnya itu rasa yang punya makna.

bilamana terlalu menjunjung tinggi cinta ke langit;
tubuh yang berharga cuma tinggal nilai 'syntax error'


*ini note(s) untuk diri sendiri;
tak perlu menjadi terlalu sempurna kalau hanya nawaitu untuk menjadi magnet bagi yang berlainan cas.

taip untuk suka-suka;bukan untuk mengata bagi yang terasa. :)


**dah lama tak ber-blogging, masa yang difikir banyak,rupanya 1saat pun tak boleh dipandang remeh. kehidupan matrik terlalu drastik perubahan.

accept the changes;move forward;ignore the shits' saying behind you (: