Jun 20, 2011

enjoy your problems,make fun of it.stop saying "you are terrible!" just say "i can handle this,i can.go lina go!!" HAHA

betu lah tu,
betul hidup penuh dengan beban,bebal dan segala yang membebal dan membeban.

hidup kat sini,
kat KMPk,
GOPENG HAGEN.

ada yang cabar aku,
"kau pakai sehelai testpad kau untuk buat jalan kira maths"

aku terima cabaran dia sebab,
mulut aku.
aku yang cakap,
"nak jimat testpad.ekonomi aku meleset"

jadi,
setiap kali aku nak buat jalan kira,
aku pakai testpad yang sama,
guna pensil dan padam.

kerja bodoh,kan?

tapi,itu satu jalan untuk aku excited-kan diri aku sendiri.

lagi satu hal,
orang berebut bilik air.
ada yang mengeluh,ada yang memaki hamun.
sampai satu tahap,aku gelak sorang-sorang
sebab berdiri macam tunggul depan bilik air sambil perhati orang baru bangun tidur dengan rambut yang serabai,
muka tak bersalah
dan
mata yang sedang tidur.

kelakar tapi mungkin tak bagi kau yang terlalu sukakan keselesaan :)

roommate aku;
nasib baik semua perut lapar pada masa yang sama.
seolah-olah di bluetooth.
hebat.

kalau orang kata aku tak boleh survive,
kalau orang kata aku terlalu mahukan zon selesa,
kalau orang kata aku tak boleh hidup tanpa blog 24jam,

sekarang aku nak cakap,
Tuhan selalu ada.

orang ada tanya,
"kau macam tak rindu parents je?"

aku jawab,
"mereka mahu aku berjaya.rindu aku dah aku jadikan semangat untuk aku survive."

dan,
aku memang tak pernah berjauhan dengan mereka,
rasa janggal dan gayat.
tapi
aku yakin mak,ayah selalu ada dalam jiwa aku.
dalam hati aku
dalam degupan jantung aku.

:)








*mereka ajak berjoging,hasilnya buat video madagascar.tunggu kelajuan internet mencapai tahap max,akan diupload :)