Jun 18, 2011

make your life beautiful (:


kelam kabut cari barang,
"kau cari apa?"
"cari barang."
"nak aku tolong?"
"tak perlu."

sedang-sedang imaginasi,
"kau fikir apa?"
"banyak perkara;"
"tentang apa?"
"jangan ganggu."

jalan-jalan sorang-sorang atau berdua mahupun bertiga atau berlima,
"nak kemana?"
"mana-mana saja."
"nak aku teman?"
"tak payah susah-susah"

dan,
kawan aku bertanya,
"kau cakap dengan siapa?tiap kali kau menjawab,muka kau agak ketat."

dan,
aku menjawab,
"bukan dengan siapa-siapa.orang mental boleh jadi siapa saja."

dan,
kawan aku bertanya lagi,
"kau ada gangguan mental?"

dan,
aku menjawab lagi,
"tak.jiwa aku tak cukup kuat untuk ketawa sendiri."

dan,
kedua-duanya bawa haluan masing-masing.
yang dilayan jadi gila,
yang melayan makin gila.

zaman sekarang orang mental tak kira rupa,usia,kerjaya mahupun berstatus 'bahagia'.

orang gila boleh berlagak 'aku normal.'
dan
orang normal selalu buat perangai gila.

dengar masalah orang pun boleh pengaruh jadi orang gila.

tak percaya? kau boleh cuba.