Jun 18, 2011

satu malam takkan ada mimpi kalau masing-masing buat hal sendiri,tanpa cuba tidurkan imaginasi yang perlukan masa untuk berinteraksi dgn diri sendiri

aku ingatkan kau dah lupa aku,
seriously, aku fikir kau dah terlalu jauh dari aku.

perasan atau tidak,
makin lama,makin kau himpit aku,
makin kau cuba sempitkan aku,
makin kau cuba sepitkan aku diantara ruang yang terlalu sedikit.

suka atau tak,
kau dah pun jadi milik aku.
aku dah terikat dengan kau.

tapi satu hal aku nak ingatkan,
satu hal saja.

teruk mana pun kau hempas-pulas aku,
teruk mana pun kau cuba henyak-henyak aku,
aku takkan lari daripada kau.
sikit pun tak :)

aku biar kau kejar-kejar aku,
aku terima kau.

aku biar kau tangkap-kurung aku,
aku terima kau.

cuma perlukan masa untuk kita bermesra,beban.
cuma perlukan masa untuk kita serasi bersama,masalah.

disebabkan kau,hidup aku tak pernah bosan.
kejar aku,ajar aku.

life is full with problems,
intertwined with happiness&sadness.
pressure followed,
comes with tears
and yet bring me up to the place where i should go,where i belong to :)