Jul 29, 2011

space & time, please come back.

ah,dunia.

kelam kabut.
serabut.
penuh dengan aksi pengecut.
bergelimpangan manusia dengan suara minta maut.

hasilnya,
aku sendiri yang penat.

mentari pagi tak pernah membohong;
dah diberitahu "hari ini kau bakal terlolong minta tolong"
aku tak percaya.
aku teruskan pagi yang dah melunyai dimamah masa;
dibisik kemudian ;
"sekarang dengan siapa kau mahu bersuara?"

dengan lemahnya;atau dengan separa sedarnya aku cuba menjawab
"izinkan aku bersujud minta Tuhan berikan ruang untuk jiwa ini bernafas"

dibalasnya kasar;
"baru sekarang kau ingat Tuhan?"

aku tersentak atau mungkin terdiam;
"mungkin kekadang aku lupa padaNya,tapi jiwa aku alhamdulillah masih kekal ingatan padaNya.manusia kadang alpa."



potong cerita ini;
sambung kisah kelmarin,semalam,lusa yang bakal datang;

semua sama.

hari yang memberontak minta dilepaskan segera.

jiwa minta dilepaskan dari pelbagai cerita dusta;
ya cerita yang aku punya semuanya tipu belaka.

semua yang orang orang simbahkan aku dengan dongengan mereka;
aku ketawa,
aku gembira
tapi tak lama
tapi tak lama.

kerna selepas habiskan suara,
tangis aku minta dibelai manja.
tangis aku minta diberi masa.


dan,
sekarang
aku mohon.
mohon ruang diberi masa yang panjang untuk aku kenal apa temberang,apa itu sayang.




pemikiran makin lama makin minta dihadam,
perasaan makin dipendam,makin minta diterajang.

sekarang
rasa aku dah tak punya apa-apa cerita untuk ditayang.

dah disedut sehabis kering oleh kau yang muncul dalam mimpi yang selalu goyang;
selalu berang,
selalu lantang.



aku penat,

Jul 19, 2011

jangan ego untuk jatuhkan musuh;atasi perasaan sendiri sebelum kau keluarkan title "Emosi Aku Segenius Akal Aku"


masih tergantung--istilah untuk hari kelmarin,semalam dan esok.

bertemakan "Guruh Semalam Cuma Bertandang,Petir Kelmarin Minta Ditimang"

bersama-sama cinta yang dah lapuk,
rindu yang berhabuk;
dan cemburu yang tertusuk.

lalu dalam ketiga-tiganya mereka--
masing-masing ada cerita.
masing-masing mahu bersuara.

Cinta Yang Lapuk;
"mereka guna-pakai aku untuk meraih nafsu.
mereka jual aku ikut suka.aku dah dirasa semua;
termasuk kau yang berselipar jepun,termasuk kau yang ber-blazer segak
dan kau yang berbaju kurung bertudung litup--
kalian merasa aku tanpa sedar aku dahagakan cinta Dia Yang Maha Kuasa"

Rindu Yang Berhabuk;
"aku pula dah terlalu penat.
penat memberi rindu pada orang yang berbeza--setiap masa.
aku tak di-khas-kan untuk simpan rindu buat yang terlayak--
aku seakan-akan sampah yang dah berulat,
yang cuma tunggu masa dicampak dan dibaham
.aku juga sama seperti Cinta .
aku mahukan rindu pada Yang Maha Esa. terlalu mahu"



**


dan,
drama diakhiri dengan rungutan daripada Cemburu yang Tertusuk;

"kalau ditanya berapa banyak aku mati,
cuba kira berapa banyak kau bikin najis.
kau terlalu obses dengan aku sedangkan aku cuma satu perasaan yang infinity,
kau faham kan?
sepanjang hayat kau gunakan aku,
kau pakai aku,
kau letakkan aku atas Cinta dan Rindu
hinggakan kau terbunuh dalam aku.
kau mati kerna aku."

Jul 15, 2011

Summer Is Temporary,

jangan dipanggil sayang,
kalau hati masih kekasih orang.

jangan dengarkan lagu rindu,
kalau tahu itu tak perlu.

tulang rusukmu yang kanannya milik si hawa,
jangan diguna pakai untuk semua wanita.
jangan dibiar longlai untuk semua mata berkaca.
jangan diberi ruang untuk yang tak perlu merasa.

cantinya paras tak perlu dibiar lebur dengan segala pujian,
jangan terlalu taksub dengan cinta yang dah terbeli;
paras yang sempurna jangan dijaja;
jangan dibiar ia menjadi pelacur manja.
jangan.



sudah sudahlah,
penat.

perasaan tak membohong;jiwa melolong.
cinta tak nyata;rasa itu tak semuanya syurga.


cukuplah.
penat.


hati bukan padang permainan.

biar aku pedangkan rasa yang sampah semata--aku penat.

Jul 8, 2011

cerita cinta budak-budak yang terlalu remaja,kisah cinta yang terlalu matang untuk minta diketawa.dont close the book,just turn to the other pages.

I : "aku suka kat kau,"

II: "aku suka kawan dengan kau"

I : "aku mahu rindukan kau"

II : "aku mahu jadi kawan kau"

I : "aku mahu cintakan kau"

II : "aku mahu jadikan kau kawan baik aku"

****

teruskan bermonolog,terus ada-kan dialog antara kau dengan dia.teruskan.
jangan ada yang ganggu,
jangan ada yang ganggu.

jangan salahkan siapa-siapa diantara mereka.

perasaan datang tanpa dipaksa,
sekali dicuba beri harapan,
berkali kali diminta ditunaikan.

kalau ditanya aku,
barangkali jawapannya;
"yang II tak merasa mahu memberi harapan,cuma yang I terasa dirinya diberi harapan"

kalau ditanya buat kali yang keduanya,
sepenuhnya aku rasa;
"geniuslah engkau wahai yang II kerna sudah bikin yang I beranggapan engkau juga menyukainya;melebihi sebagai seorang teman,"

kalau diulang-tanya soalan yang sama,
izinkan aku luahkan rasa;
"people dont change.but feeling does."



anger,jealousy,bitterness,tiredness,hope,lust,love.
it's everywhere.it's conceptual.you just cant see it.



"say how you feel,always.be you,and be okay with it"

Jul 2, 2011

Lembu & Najis


seronok + teruja + penat = larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

cuma satu hal,
satu hal yang spoil mood secara lintas langsung.



1. kawasan kelapa sawit,memang bau najis kembu,kalau tak tahan,asal tak pakai penutup hidung sejak awal?

2. lembu yang berserakan najisnya tu lumrah,nama pun binatang.tak perlu dikutuk-dicaci binatang-binatang tersebut.

3. Gopeng Hagen tak ada keselesaan/kesempurnaan/ke-an an an yang kau dapat kat Kuala Lumpur yang kau sanjung setinggi bangunan berkembar tu.so.please tak usah perlekehkan kawasan yang agak nyaman kat Gopeng tu.

4. kau jalan-jalan,aku tak kisah.aku pun jalan juga,tapi sepanjang perjalanan kau duk COMPARE tempat tu dengan KUALA LUMPUR ; memang whattheDUCK la wey.

5. kalau rasa menyampah + melekit + geli tahap mawas, pack barang kau,mintak kat HEP "I nak keluar matrik ni.I tak suka bau-bauan kat sini.ewww" nyahh la kau.

6. larian tu bukan untuk mengutuk + mencaci + memakihamun lembu lembu yang tak bersalah.well der,kau pun bikin najis sendiri,kan?

7. kalau tak nak berpeluh-peluh badan,pergi jumpa doktor,minta doktor buang sweat gland kau.senang cerita.

8. jangan show off sangatlah yang kau terlalu bandar.makan pakai tangan jugak,kan? gosok gigi pakai berus gigi kan? atau kau guna besi gerigi ala-ala gergaji?


please,you make your OWN FAECES too.
respect other places.
being CITY-GIRL doesnt mean you can say anything to other things/people.




**kawan aku cakap,kat KL tu banyak najis orang.berserakan,bertaburan. aku tak tahu,sebab aku JARANG-JARANG ke sana.