Jul 19, 2011

jangan ego untuk jatuhkan musuh;atasi perasaan sendiri sebelum kau keluarkan title "Emosi Aku Segenius Akal Aku"


masih tergantung--istilah untuk hari kelmarin,semalam dan esok.

bertemakan "Guruh Semalam Cuma Bertandang,Petir Kelmarin Minta Ditimang"

bersama-sama cinta yang dah lapuk,
rindu yang berhabuk;
dan cemburu yang tertusuk.

lalu dalam ketiga-tiganya mereka--
masing-masing ada cerita.
masing-masing mahu bersuara.

Cinta Yang Lapuk;
"mereka guna-pakai aku untuk meraih nafsu.
mereka jual aku ikut suka.aku dah dirasa semua;
termasuk kau yang berselipar jepun,termasuk kau yang ber-blazer segak
dan kau yang berbaju kurung bertudung litup--
kalian merasa aku tanpa sedar aku dahagakan cinta Dia Yang Maha Kuasa"

Rindu Yang Berhabuk;
"aku pula dah terlalu penat.
penat memberi rindu pada orang yang berbeza--setiap masa.
aku tak di-khas-kan untuk simpan rindu buat yang terlayak--
aku seakan-akan sampah yang dah berulat,
yang cuma tunggu masa dicampak dan dibaham
.aku juga sama seperti Cinta .
aku mahukan rindu pada Yang Maha Esa. terlalu mahu"



**


dan,
drama diakhiri dengan rungutan daripada Cemburu yang Tertusuk;

"kalau ditanya berapa banyak aku mati,
cuba kira berapa banyak kau bikin najis.
kau terlalu obses dengan aku sedangkan aku cuma satu perasaan yang infinity,
kau faham kan?
sepanjang hayat kau gunakan aku,
kau pakai aku,
kau letakkan aku atas Cinta dan Rindu
hinggakan kau terbunuh dalam aku.
kau mati kerna aku."