Jul 29, 2011

space & time, please come back.

ah,dunia.

kelam kabut.
serabut.
penuh dengan aksi pengecut.
bergelimpangan manusia dengan suara minta maut.

hasilnya,
aku sendiri yang penat.

mentari pagi tak pernah membohong;
dah diberitahu "hari ini kau bakal terlolong minta tolong"
aku tak percaya.
aku teruskan pagi yang dah melunyai dimamah masa;
dibisik kemudian ;
"sekarang dengan siapa kau mahu bersuara?"

dengan lemahnya;atau dengan separa sedarnya aku cuba menjawab
"izinkan aku bersujud minta Tuhan berikan ruang untuk jiwa ini bernafas"

dibalasnya kasar;
"baru sekarang kau ingat Tuhan?"

aku tersentak atau mungkin terdiam;
"mungkin kekadang aku lupa padaNya,tapi jiwa aku alhamdulillah masih kekal ingatan padaNya.manusia kadang alpa."



potong cerita ini;
sambung kisah kelmarin,semalam,lusa yang bakal datang;

semua sama.

hari yang memberontak minta dilepaskan segera.

jiwa minta dilepaskan dari pelbagai cerita dusta;
ya cerita yang aku punya semuanya tipu belaka.

semua yang orang orang simbahkan aku dengan dongengan mereka;
aku ketawa,
aku gembira
tapi tak lama
tapi tak lama.

kerna selepas habiskan suara,
tangis aku minta dibelai manja.
tangis aku minta diberi masa.


dan,
sekarang
aku mohon.
mohon ruang diberi masa yang panjang untuk aku kenal apa temberang,apa itu sayang.




pemikiran makin lama makin minta dihadam,
perasaan makin dipendam,makin minta diterajang.

sekarang
rasa aku dah tak punya apa-apa cerita untuk ditayang.

dah disedut sehabis kering oleh kau yang muncul dalam mimpi yang selalu goyang;
selalu berang,
selalu lantang.



aku penat,