Jul 15, 2011

Summer Is Temporary,

jangan dipanggil sayang,
kalau hati masih kekasih orang.

jangan dengarkan lagu rindu,
kalau tahu itu tak perlu.

tulang rusukmu yang kanannya milik si hawa,
jangan diguna pakai untuk semua wanita.
jangan dibiar longlai untuk semua mata berkaca.
jangan diberi ruang untuk yang tak perlu merasa.

cantinya paras tak perlu dibiar lebur dengan segala pujian,
jangan terlalu taksub dengan cinta yang dah terbeli;
paras yang sempurna jangan dijaja;
jangan dibiar ia menjadi pelacur manja.
jangan.



sudah sudahlah,
penat.

perasaan tak membohong;jiwa melolong.
cinta tak nyata;rasa itu tak semuanya syurga.


cukuplah.
penat.


hati bukan padang permainan.

biar aku pedangkan rasa yang sampah semata--aku penat.