Aug 30, 2011

Episod I

muka teruja nak beli baju raya ;)



sementara menunggu buluh lemang diisi,

ini kereta beroda satu.
digunapakai untuk membawa kayu-kayu api untuk membakar lemang.
mungkin Triton edisi terhad.


optical illusion ;
dia tak buat kerja sebenarnya.
saja suka nak posing lebih-lebihan.
kononnya cucu ter-rajin.
*ter istilah untuk sengaja.


meriam buluh mini.
adik bongsu aku buat guna buluh yang tak pakai.
agak kreatif tapi sedih.
sebab,
yang beriya-iya posing-nya yang gambar ketiga.
*gila lensa


dan,
ini ayah aku.
HAHA.
nampak khusyuk bakar lemang,
*waktu ini tengah bakar lemang tepung.
sumpah SEDAP. :D

*rasa api tu macam "what the hell"
panas nyaahhhh


ini gambar di kampung lagi satu.
tapi tak semua gambar ada.
kebanyakannya di kamera abang.
*kecewa.


oh,nama arnab tu Cha-cha.
dan dia jantan.
(:

will be updated another entry soon.
*macam lah ada orang tunggu blog aku di-updated,HAHA
*sukahati aku lah nak taip apa

&&
Selamat Hari Merdeka semua <3

Aug 28, 2011

I Love Me (:






aku ada 2 pilihan,
1) menjadi aku
2) menjadi kamu

dan,
dalam kedua-dua pilihan yang aku ada,

1) dikelilingi pembenci yang tak sukakan siapa aku
2) disukai ramai yang terlalu taksub dengan kehebatan kamu

mungkin,
secara normalnya,
orang akan pilih yang kedua.
secara sedarnya,
orang akan mahu yang kedua.

dengan itu,
aku tanpa rasa apa-apa;
memilih yang pertama.

nampak macam pemilihan aku pemilihan orang biasa-biasa kan?

&&
kalau itu pemilihan yang biasa-biasa kau rasa,
kenapa terlalu susah orang mahu menjadi diri sendiri sampai mati?

pilihan aku tak semestinya waktu ini aku dah menjadi Si Aku.
belum lagi.

belum lagi.

tak kesemuanya diri aku dah aku tonjolkan pada mereka yang aku kenali.

tak semua.

sampai hari ini,
belum total aku menjadi Si Aku.
belum total.

kau nampak aku gelak; itu separa normal.
kau nampak aku hu-ha-hu-ha; itu biasa.
kau nampak aku tukar mood ikut arah angin; itu hal remeh.

untuk bersendiri,
kau belum lihat aku begini kan?

untuk menyepi,
kau belum kenal dengan siapa aku berkomunikasi,kan?

untuk diamkan diri,
kau belum nampak untuk apa aku perlukan ruang sendiri,kan?

&&
untuk jauhkan hal-hal yang dah mati,
kau belum rasa mendekati aku yang dah merasa dibunuh diri sendiri.

dengan ini,
kau dan sekalian kau akan melabel;
"kau emosi"
"kau gothic"
"kau tak ada life sendiri"
"kau kera sumbang"
"kau tak open-minded la bro"

nahh,
kalau itu di-label-nya aku,
kalau itu kata putusnya,

aku tak kata itu salah.
tak.

aku tak kata itu betul.
tak.

aku tak kata itu apa-apa.

cuma,
terimakasih untuk dia yang kata;
"aku cemburukan hidup kau"
"aku nak jadi macam kau"

jawapan aku senang;
"tak usah.jadi diri sendiri & hidupkan hidup sendiri.itu dah memadai"

kadang,
aku perlu bersendirian bukan kerana aku sedih atau kesunyian,
tapi
aku mahukan ruang untuk jiwa sendiri.
aku mahukan ruang untuk nafas sendiri.



harap kau faham kenapa penulisan aku semacam orang nak bunuh diri.
aku cuma nak hidupkan senyuman aku yang dah lama mati.
(:




Aug 23, 2011

cerita budak umur tujuh belas tahun.

Ini cerita aku dengan seorang budak lelaki.

berbaju putih,ya sekolah MC.
tak perlu malu untuk ini.
tolong salute untuk ego dia yang tak meninggi,
hanya untuk beri luahan hati.

kisah ini terjadi di library,
ya,tempat dulu-dulu aku study,
tentang orang,dunia dan identiti sendiri;
yang takkan mati kalau tahu bangun dan berlari.

mungkin dia dah lupa,
tapi tak apa.
aku dah record dalam kepala
dan mainkan tiap kali ada lelaki yang cuba-cuba nak main mata;
bukan dengan aku; tapi sesiapa saja.
kerna takkan wujud ini cerita
kalau tiada mata yang terjaga.

maaflah mukaddimah panjang berjela :D

di suatu hari.
dia datang berkemeja-T
sambil membimbit buku sejarah&baju batik MC
"hari ini panas,duduk bawah kipas,mari"
katanya sambil tarik kerusi
dan aku cuma pandang dari sisi.

Dan,si lelaki mulakan bicara;
"aku nak luahkan kat kau,hari ini juga"
"tentang apa?"
"hal kita."

"sejak bila kita ada kisah berdua?"
"tapi aku perlukan privasi,kau tentukan dimana"
"um di sana,di luar pintu ada macam beranda"
"tak ramai orang lalu lalang di sana?"
"tak,sebab itu kawasan larangan sebenarnya"


Lalu kami duduk sebelah menyebelah,
sambil dia menghela nafas lega atau gelabah;
“maafkan aku,tapi aku nak cakap terus dari hati”

“silakan,telinga aku dah sedia untuk makan apa yang diberi”

“aku sukakan kau,itu tajuk untuk hari ini”

“lalu apa kaitan dengan muka kau yang macam separuh nak mati?”

"Sebab aku dah punya kekasih hati"

“dan kau rasa itu hal yang bebankan otak kau sampai hari ini?”

dia menunduk,
berdiri dan bersandar ke dinding;

Menghadap aku yang sedang duduk dan mendongak ke arah dia

Dia yang sedang cuba untuk berfikir

Berfikir cara bagaimana untuk biar semua ini berakhir.

seperti biasa,aku penat menunggu lama
aku mulakan soalan kedua atau ketiga,
"jujurnya,untuk apa kau layan aku lebih dari kawan yang kau kata?'

Dia menjawab sambil menghentak-hentakkan telefon bimbit ke kepala;

“itu salahnya aku! Aku suka dua orang dalam satu masa. Aku tak reti nak pilih siapa yang sebenarnya aku cinta”

dan,itu bukan salah dia;

itu yang aku rasa,
kerna
Tiapnya lelaki
walau sudah beristeri,nafsu tetap tak mati.


dia kembali duduk di sisi,
sambil membalas mesej (dari kekasih aku rasa)
dan berulang memohon maaf,
dan berulang-memberi kata
“kalau aku boleh putarkan masa (manusia tak ada kuasa nak lakukan hal sedemikian rupa)Akan aku cuba setia pada dia,akan aku cuba simpan ruang Cuma untuk dia.”

dia memandang aku yang sedang bingung barangkali,
aku tak faham apa yang dia cuba suarakan dari hati
kerna,
ada satu hal

Yang sampai sekarang masih belum di-luah-beri

Sejurus selepas dia kata;


“aku tak tahu nak sampaikan perasaan aku,aku tak reti”

“tak reti atau belum ready?”


ambil masa paling lama duduk berkomunikasi atau berdiskusi barangkali,
hinggakan kawan aku di bawah jerit "pewwit pewwit"
terus aku menoleh, "dia kawan, aku sampai mati"

lalu,
terus menerus mendengar suara dia yang minta aku jangan pergi
seperti hari itu tak mahu mati
Seperti hari itu cuma wujud aku dan si lelaki.

Yang penuh rasa beban,rasa bebal dan

Bagi aku dia punya maruah yang tinggi.


kepada orang di luar sana;
tak usah fikir dia sekolah apa,
tak usah set di minda,
"ah,konon bangga cerita tentang MC?"

tolong ingat satu perkara;
ini cerita aku dan dia.
title sekolah tak ada guna.
dan,
kalau masih berdegil nak kata aku Perempuan Celaka,
silakan,teruskan ikut suka.
asal kau tahu ini blog empunya siapa;
kau atau aku,itu halnya.


oh ya,
kepada kawan-kawan Si Lelaki;
malu untuk ini tolong buang ke tepi.
berhenti mengkritik dia yang cuba jujur soal hati.

&&
kalau aku dah dibenci oleh sekalian engkau lelaki,
atau
kalau aku dah dimaki oleh sekalian engkau gadis,
lekat baik-baik dalam kepala sendiri;
"cerita aku takkan mati,suara aku suara sendiri"

eh kau,
jaga diri baik-baik ya.
terima kasih kerna masih mendengar cerita aku walau orang banyak cacimaki kita ;)

Aug 21, 2011

cuma nak bercerita,maaf andai terasa.

"Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim"

aku terjumpa satu album di ruang fesbuk aku,bukan di album aku,tapi album salah seorang daripada senarai kawan di ruangan fesbuk aku.

mungkin agak kasar; tapi tolong dengar apa yang aku mahu luahkan.
mungkin agak kurang ajar; tapi tolong dengar suara kecil yang nak aku suarakan.


dah lumrah,
bila puasa,orang buat kerja amal.
itu satu perkara baik yang nak aku ketengahkan.

dah lumrah juga,
bila puasa,orang ramai nak tunjuk "aku punya amal lagi banyak daripada dia"
bila ramadhan,orang berpusu-pusu nak kata "esok aku nak sedekahkan kat dia pula,"

dah lumrah,memang lumrah,
bila dengan orang yang berada,
bila dengan orang yang tinggi darjatnya,
baju yang remuk itu yang dihina,
rambut yang kusut-masai,itu yang dicela,
bau yang busuk, itu yang tak dipeduli hadirnya.

satu hal lagi;
tak salah nak berbuka dengan anak yatim di seluruh dunia,
tak salah nak beri sumbangan dengan orang-orang susah keliling kita,
cuma,
tolong aku selesaikan satu perkara.


tolong jangan hebohkan pada satu dunia;
"HARI INI AKU BERBUKA DENGAN ORANG YANG TAK PUNYA IBU BAPA,
HARI INI JUGA AKU DAH SEDEKAH KEPADA MEREKA YANG PERLUKA DUIT AKU DI DUNIA,
HARI INI JUGA AKU DAH TUNJUK KASIH SAYANG KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKANNYA"

nampak macam,
"gah nya kau?"


dan bagi aku;
"daif nya kelakuan kau."

buat sesuatu biarlah Ikhlas jadi pemimpinnya,
tak perlu beritahu orang ramai tentang amal yang kau lakukan,
Tuhan Maha Mengetahui.

kau nak collect pahala daripada Dia,bukan daripada manusia.


maaflah dah terkasar bahasa,cuma bukan kau seorang yang punya wang berjuta di muka bumi ini.

ramai lagi.


dan,
orang-orang susah,anak yatim,atau seluruh orang yang berpangkat,sekolah rendah,budak 5 tahun,atau paling senang,jiran sebelah rumah kau,
kalau tanya mereka,
"kau perlukan apa di dunia ini?"

satu jawapan yang kerap aku dengar,
"kasih sayang,itu dah mencukupi"

Aug 19, 2011

hari hari yang mendatang,sering ada mutasi,dan terlalu penuh dengan imaginasi yang dah mati.



suasana yang tak berapa cerah;
mendung seakan-akan memanggil hujan,
langit yang murung berjabat bersama petir&kilat.

waktu ini,bukan berdua,tapi bertiga.

yang ditengahnya aku,
kiri dan kanannya --tiada sesiapa.
tapi masih bertiga.

di kanannya aku luahkan suara,
"hari ini kau nampak tak seronok.kenapa?"

dan di kiri aku cuba menjawab tanpa suara yang serak;
"dia okay saja,cuma kau yang buta tak merasa."

bertelagah kedua-duanya,
terus menerus.

sampaikan aku terpaksa keluarkan suara celaka;
"tolong bunuh diri sendiri"

kedua-duanya senyap--sedikitpun tak melawan.

dan,
kami masih berjalan.

berjalan ke arah satu kawasan
padangnya tak luas,
rumputnya tak membuas.
keadaan sedang-sedang.
angin yang tak suruh pulang,
bulan yang cuma pandang,
dan satu orang yang terlentang di tengah tengah padang.

kirinya aku mulakan suara,
"malam ini kalau boleh biar jangan mati seperti semalam"

aku angguk-angguk.

kanannya aku tersenyum,dan bersuara ;
"dan,kalau masih mati juga,tolong buang jauh jauh rasa yang kau punya."

aku tertunduk.
dan ketawa.

Yang Terlentang menoleh ke arah aku;
"lucu sangatkah hidup aku sampai kau ketawa macam orang gila?"

"tak,aku tak ketawakan kau wahai Orang Bijaksana."

"oh,baiklah" , dan dia terus memandang ke atas sambil tuturkan sedikit rasa,
"tempat ini bukan tempat untuk bangkai yang mereput.jadi,tolong jangan kotorkan padang ini dengan perasaan kau yang berkecamuk.mohon ya,"

kiri dan kanan aku saling memandang aku yang terpaku di sebelah pokok yang dah tua dan menggerutu wajahnya,

aku tertunduk.
dan tersenyum.

aku dipeluk oleh dua suara yang tak pernah larikan diri ;
dua suara yang kadang buat aku punyai dua identiti.

dan,suara ketiga yang cuma ada bilamana kedua-dua suara sudah hilang punca rasa.


mungkin ini suara Orang Mental yang belum ketara.



mungkin ya, mungkin tidak.


tak siapa tahu tahap kewarasan seseorang;

kerna Orang Gila pun boleh menyambut kelahiran bayi jiran anda :)





Aug 12, 2011

mungkin Orang Gila tahu Orang Waras terlebih reaksi separa sedarnya; dan itu lebih gila.


"cerita hari ini macam biasa,bosan"

statement yang pertama,yang diucapkan oleh dia,Orang Tanpa Nama.
lalu,tanpa diminta jawab,tanpa ditunggu jawab;

"dan,hari ini juga,persoalan yang sama dia tinggalkan untuk aku fikirkan pakai otak yang dah lama tak aku pakai"

dalam keadaan sedar;
tangannya dibiar mendepa,
matanya ditutup,kakinya teruskan melangkah,
dan melangkah.

aku yang melihat tak menghalang,
aku yang melihat tak cuba menghentikan;
aku cuma mahu melihat,

bila tiba di suatu simpang,
simpang antara Jalan Mati dan Jalan Saki Baki,
kedua kakinya membelok ke arah Jalan Hati Tempang.

diteruskan berjalan;
sambil suaranya dibiar dibawa angin yang sedang mengkeji-mencaci Pengemis Jalanan,
"aku dah jatuh cinta. jatuh cinta pada orang yang buta hatinya"

selang beberapa saat;
"aku dah jatuh cinta. jatuh cinta pada orang yang bikin aku mati akalnya"

selang beberapa langkah,
"aku dah jatuh cinta. jatuh cinta pada orang yang terlalu ego untuk tunjuk suka"

dan,
akhirnya dia tersadung,
terjatuh,
dan
tersungkur.

mencium tanah yang berlecak,
mukanya nampak kelakar;
muka orang yang bodoh minta uwang dari pengemis antarabangsa.

masih suaranya bernyawa;
"dan,dengan jatuh cinta ini,aku dibiar mati.mati dalam perasaan aku sendiri"

untuk ketawa,atau simpati;
aku pilih untuk berdiam diri.
kerna
Orang Tanpa Nama ini dah bangunkan aku dari mimpi ngeri;
dah sedarkan aku untuk kembali dari mati;
mati yang aku sengaja buat untuk berpura pura membenci
sedangkan hati kata "itu lelaki yang aku cari".






**
Tuhan itu Maha Mengetahui.
jangan ditipu hati sendiri,
jangan dikata benci kalau hakikatnya dah memberi hati.
jangan cuba untuk pergi sedangkan kaki berat untuk tinggalkan realiti.


biar orang kata Pencinta itu Orang Gila,
biar orang kata Perindu itu Orang Separa Sedar Responnya,
biar orang kata yang jelik-jelik pada kau yang sedang asyik bercinta;atau tidak.

yang jelas,
jangan biar akal dibawah-tarafkan.
takut-takut makin ramai bayi kecil yang bergelimpangan.
mohon ya?

Aug 4, 2011

jatuh cinta itu sakitnya sendiri yang merasa--rindu itu bukan ubatnya,tapi racun yang terlalu berbisa.



malam ini aku sendiri-- lagi.

tak ada lelaki untuk dijadikan teman mimpi,
tak ada kekasih untuk minta manjakan aku sampai subuh nanti.
tak ada cinta untuk bagikan aku rasa syurga yang tak mati.

disebabkan dengan rasa sunyi ini;
aku berjalan keluar, ke padang yang meluas,
merebahkan badan yang penat dengan tomahan manusia,
memejamkan mata yang dah layu dengan caci-maki orang sana.

datang kepada aku seorang perempuan,
namanya Aku Perempuan Tanpa Rasa.

ditegur aku dengan nada yang senada--
"boleh tumpang ruang sama?"

mata yang dipejam,tak dibuka,mulut yang mendiam menjawab tanpa rasa apa-apa;
"tumpanglah.jangan ambil lebih."

direbahkannya badan di sebelah kanan aku;
mungkin dia dalam keadaan senyum ikhlas atau sinis--entahlah
yang pasti,
soalannya buat aku rasa jasad aku dah hancur diterajang ke perut bumi;

"kekasih yang kau ada,sebenarnya tak punya apa apa rasa terhadap kau,kan?"

mata yang harusnya aku lenakan dengan deruan angin malam itu--
terbeliak.


tersentak.

lantas aku helakan nafas yang dah berkurang oksigennya----

"aku tak punya kekasih.cuma aku punya perasaan terhadap orang yang tak sepatutnya aku cinta"


dia ketawa,
terus ketawa.
berdekah dekah kuatnya.


jiwa aku seakan akan ditikam-dipedang.
senyum aku seakan akan dicantas-direnggang.
aku seakan akan dipeluk erat erat dengan suara sumbang dari dalam.

**salah,suara sumbang dari syaitan yang direjam.

Perempuan yang berambut ikal,berbaju merah jambu,berkulit gebu dan
tanpa sepatu
meninggalkan aku yang sedang cuba beku-kan rasa yang berhantu.





sambil tinggalkan aku sekeping nota;
"malam ini kau tak sendirian.malam ini juga,kau sedang dimatikan.kerna,malam ini kau dah bunuh rasa kau sendiri--rasa rindu."

Surat dari Kekasih Separuh Nyawa untuk Pria Separuh Jiwa

langit,

semalam,kita sama-sama menari lagu cinta,

semalam,kita sama-sama menyanyi lagu rindu.

Semalam juga,kau hadiahkan aku bintang terang,bersama malam yang kelam.


Bulan,

Hadirnya kau bukan selalu.

Ada kalanya,gerhanamu bikin aku mati dalam senyum

Ada kalanya,terangnya kamu bikin aku hidup dalam sayu.

Dan,semalam ketiadaan kamu memenatkan aku untuk menjadi Perindu.


Mentari,

Jangan sorokkan jingga untuk setiap siangnya aku.

Jangan terikkan sayang untuk cinta yang dah kematu.

Jangan bahangkan rasa yang dah mencair untuk yang tak perlu.


Dan,dunia.

Terima kasih kerna membaca surat cinta;

Surat yang aku tulis pakai rasa derita,

Surat yang aku karang guna pena mata lebam.

Surat yang tak punya puisi tentang hal yang terkebelakang.


Aku penat.

Penat menjadi yang bukan aku;

Yang menunggu tanpa rasa rindu,

Yang menunggu guna jiwa yang meragu,

Yang menunggu hingga mati berlagu syahdu,

Yang menunggu dia sampai hilang rasa malu.



Aku penat; tapi kadang aku puas.