Aug 21, 2011

cuma nak bercerita,maaf andai terasa.

"Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim"

aku terjumpa satu album di ruang fesbuk aku,bukan di album aku,tapi album salah seorang daripada senarai kawan di ruangan fesbuk aku.

mungkin agak kasar; tapi tolong dengar apa yang aku mahu luahkan.
mungkin agak kurang ajar; tapi tolong dengar suara kecil yang nak aku suarakan.


dah lumrah,
bila puasa,orang buat kerja amal.
itu satu perkara baik yang nak aku ketengahkan.

dah lumrah juga,
bila puasa,orang ramai nak tunjuk "aku punya amal lagi banyak daripada dia"
bila ramadhan,orang berpusu-pusu nak kata "esok aku nak sedekahkan kat dia pula,"

dah lumrah,memang lumrah,
bila dengan orang yang berada,
bila dengan orang yang tinggi darjatnya,
baju yang remuk itu yang dihina,
rambut yang kusut-masai,itu yang dicela,
bau yang busuk, itu yang tak dipeduli hadirnya.

satu hal lagi;
tak salah nak berbuka dengan anak yatim di seluruh dunia,
tak salah nak beri sumbangan dengan orang-orang susah keliling kita,
cuma,
tolong aku selesaikan satu perkara.


tolong jangan hebohkan pada satu dunia;
"HARI INI AKU BERBUKA DENGAN ORANG YANG TAK PUNYA IBU BAPA,
HARI INI JUGA AKU DAH SEDEKAH KEPADA MEREKA YANG PERLUKA DUIT AKU DI DUNIA,
HARI INI JUGA AKU DAH TUNJUK KASIH SAYANG KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKANNYA"

nampak macam,
"gah nya kau?"


dan bagi aku;
"daif nya kelakuan kau."

buat sesuatu biarlah Ikhlas jadi pemimpinnya,
tak perlu beritahu orang ramai tentang amal yang kau lakukan,
Tuhan Maha Mengetahui.

kau nak collect pahala daripada Dia,bukan daripada manusia.


maaflah dah terkasar bahasa,cuma bukan kau seorang yang punya wang berjuta di muka bumi ini.

ramai lagi.


dan,
orang-orang susah,anak yatim,atau seluruh orang yang berpangkat,sekolah rendah,budak 5 tahun,atau paling senang,jiran sebelah rumah kau,
kalau tanya mereka,
"kau perlukan apa di dunia ini?"

satu jawapan yang kerap aku dengar,
"kasih sayang,itu dah mencukupi"