Aug 19, 2011

hari hari yang mendatang,sering ada mutasi,dan terlalu penuh dengan imaginasi yang dah mati.



suasana yang tak berapa cerah;
mendung seakan-akan memanggil hujan,
langit yang murung berjabat bersama petir&kilat.

waktu ini,bukan berdua,tapi bertiga.

yang ditengahnya aku,
kiri dan kanannya --tiada sesiapa.
tapi masih bertiga.

di kanannya aku luahkan suara,
"hari ini kau nampak tak seronok.kenapa?"

dan di kiri aku cuba menjawab tanpa suara yang serak;
"dia okay saja,cuma kau yang buta tak merasa."

bertelagah kedua-duanya,
terus menerus.

sampaikan aku terpaksa keluarkan suara celaka;
"tolong bunuh diri sendiri"

kedua-duanya senyap--sedikitpun tak melawan.

dan,
kami masih berjalan.

berjalan ke arah satu kawasan
padangnya tak luas,
rumputnya tak membuas.
keadaan sedang-sedang.
angin yang tak suruh pulang,
bulan yang cuma pandang,
dan satu orang yang terlentang di tengah tengah padang.

kirinya aku mulakan suara,
"malam ini kalau boleh biar jangan mati seperti semalam"

aku angguk-angguk.

kanannya aku tersenyum,dan bersuara ;
"dan,kalau masih mati juga,tolong buang jauh jauh rasa yang kau punya."

aku tertunduk.
dan ketawa.

Yang Terlentang menoleh ke arah aku;
"lucu sangatkah hidup aku sampai kau ketawa macam orang gila?"

"tak,aku tak ketawakan kau wahai Orang Bijaksana."

"oh,baiklah" , dan dia terus memandang ke atas sambil tuturkan sedikit rasa,
"tempat ini bukan tempat untuk bangkai yang mereput.jadi,tolong jangan kotorkan padang ini dengan perasaan kau yang berkecamuk.mohon ya,"

kiri dan kanan aku saling memandang aku yang terpaku di sebelah pokok yang dah tua dan menggerutu wajahnya,

aku tertunduk.
dan tersenyum.

aku dipeluk oleh dua suara yang tak pernah larikan diri ;
dua suara yang kadang buat aku punyai dua identiti.

dan,suara ketiga yang cuma ada bilamana kedua-dua suara sudah hilang punca rasa.


mungkin ini suara Orang Mental yang belum ketara.



mungkin ya, mungkin tidak.


tak siapa tahu tahap kewarasan seseorang;

kerna Orang Gila pun boleh menyambut kelahiran bayi jiran anda :)