Nov 27, 2011

tak ada motif untuk kau baca.

semalam,
ada sepucuk surat diletakkan di atas meja berhabuk aku.
di atas sampulnya tertera nama,alamat dan stem 30sen.
tak ada bau bedak,tak ada tulisan nama kecil di belakang sampul.
bersih dan dikotorkan oleh habuk di atas meja aku.

semalam juga,
surat itu aku biarkan dahulu.
tak ada nafsu untuk membuka isi sampul
kerna
yang mengganggu aku adalah "itu bukan surat dari kamu".

semalam juga,
aku berjalan-jalan ke luar,sambil memegang sampul yang dah hampir lunyai
gara gara dironyok-ronyokkan tanpa sedar.
hujan lebat yang dah hadiahkan aku pelangi petang memburukkan lagi sampul yang aku dah hampir hancurkan.

pengering rambut--ini aku guna untuk keringkan sampul yang masih tak dibuka,

hari ini,
pagi aku masih seperti biasa;
mata sembab,
kulit berminyak
dan
jerawat makin mengecut.

seperti biasa juga,
hal pertama yang aku lihat--telefon bimbit.
no new message received from _________.

yang ada cuma 4 new message received from Different People.
malas nak membaca.
"Exit"

sampul surat yang semalam aku belek-belek.
dah kering
dan
sedikit comot.

masih belum mandi,
tanpa rasa apa-apa aku koyakkan bucu sampul,

oh,ada surat.

"satu hari nanti tolong ingatkan diri bahawa dia juga perlukan masa untuk dibelai,dirindui dan dicintai.

Yang menulis,
Dream&Nightmare of yours"






Nov 25, 2011

secawan milo dan beberapa keping biskut Hup Seng.

ini hal antara aku dan kau. kita berdua. sahaja. okay?

aku tak halang kau untuk
rindukan dia,
sayangkan dia,
cintakan dia.

aku tak paksa kau untuk
lupakan segala lagu yang dah dicipta,
bencikan segala senyum yang terasa nikmatnya,
dan muntahkan segala kenangan bila bersama-berdua.

aku tak mahu kau merana.

aku cuma nak kan kau yang lama
kau yang tahu untuk ketawa,
kau yang takkan mati bila diseksa,
kau yang akan tersenyum bilamana air mata cuba hapuskan rasa;
"ini terlalu sakit"

untuk setiap masa,sampai aku habis nyawa,
sampai aku dibogelkan di sana,
kau akan tetap aku bawa.

jadi tolong pimpin aku untuk sama sama bau syurga.

Hati,
tolong sayang aku lebih daripada kau cintakan dia, boleh? :)




"tonight,if i fall in love with you again,please remind me that I'm not yours"


Nov 15, 2011

tak ada mood untuk beberapa hari.dan itu bukan kerana kau.

aku pernah terima janji Lelaki,
dan aku gelar itu Sampah.

"kalau kita bercinta,aku janji akan buat kau bahagia"
dan sekarang,yang aku ada cuma Senyum Pura-Pura.

"kalau kita bercinta,aku janji kau yang terakhir akan ku punya"
dan sekarang,siapa perempuan-perempuan yang dah kau pegang?

"kalau kita bercinta,aku janji takkan biarkan kau menangis sayang"
dan sekarang,aku dah tak punya air mata untuk basahkan pipi ini sayang.

"kalau kita bercinta,aku janji akan jaga kau sampai aku mati"
dan sekarang,kau sendiri dah matikan aku ,depan semua orang.

dah terlalu banyak yang kau janjikan sayang,
sampaikan aku rasa muak untuk pikirkan hal-hal yang terkebelakang.

dah terlalu manis mulut kau sayang,
sampaikan aku tak sedar itu dari najis atau longkang.

untuk apa kau berjanji kalau sekadar untuk puaskan nafsu lelaki?

untuk apa kau berjanji kalau sekadar untuk jadikan aku kekasih dan bukan isteri?

untuk apa kau berjanji kalau sekadar untuk tunjukkan kau itu ada lelaki,
tapi pada aku,
kau kurangnya hati
dan tak ada langsung hati ; tak ada.

hari ini,
aku kenal ramai Lelaki,
aku kenal ramai.

dan kesemuanya mereka ada persamaan - ego.
cuma,
yang akan membezakan mereka - reaksi bila bertemu Perempuan.

aku tak kata aku terlalu kenal lelaki--tak kata.
cuma,
aku dah penat,
penat terima janji lelaki.

oh ya,
aku dah hadamkan kesemuanya--kesemua cerita & janji yang dah kau beri.
tak sedap.

*kalau kau dah punya pacar lain,layan dia guna akal.bukan nafsu kau yang dangkal.

Nov 13, 2011

susah orang nak faham dia,kalau tak faham cerita dia.





penulisan orang sakit jiwa;
jalan cerita yang cuba mencari mana penamat,
karakter yang topengnya dah bersalut "Aku Nak Bebas"
dan,
angan-angan yang orang tak pernah nak percaya wujudnya dunia dia;lagi satu.

_________________________________________

"orang sakit jiwa dah merata-rata"

"mana kau tahu?"

"termasuk kau dan aku,yang sakitnya tak seketara orang-orang terdahulu"

"terdahulu? maksud kau?"

"orang-orang yang pernah bercinta dengan orang yang tak reti menjaga,
orang-orang yang pernah hidup tanpa ada rasa apa apa,
orang-orang yang pernah cuba untuk senyum dalam keadaan berlumuran darah di tempurung kepala"


"dan mereka orang gila?"

"tak,aku tak label itu orang gila.aku cakap itu orang sakit jiwa"

"apa bezanya? dua-dua term sama maksud,sama karakter,sama semuanya"

"nak aku tunjuk bukti apa bezanya sakit jiwa dan orang gila?"

"silakan kalau ada benarnya"


________________________________________________


secawan teh 'o' panas,dan biskut kering ;
sarapan yang aku larutkan dan cebis-cebis semalam aku gaulkan.

nada yang bersahaja,lagak orang biasa-biasa,

"hari ini,takkan jadi seperti semalam atau kelmarin atau yang lepas-lepas."

statement itu disambut elok oleh suara yang baru datang; pemakaian yang kacak,segak dan senyum yang sedikit telanjang,

"kenapa kau terlalu yakin? sedangkan Raksasa Jingga tak sepenuhnya mengamuk lagi,Gula-Gula Kapas belum tentu tak menangis,lagi"

aku bersandar sambil menghirup teh 'o' yang dah sejuk dibekukan bayu pagi,
dan ketawa yang tak nampak gigi yang dah dikuningkan kaffein,

"aku tak kata aku yakin,aku cuma kata itu impian aku untuk hari ini.tak salah kan?"

perempuan rambut ikal mayang yang memakai gaun seputih kain kafan datang,
berbekalkan suara lunak,yang serak-serak basah,

"tak salah,memang tak salah.tapi aku tak nak kau sedih lagi,kerna tiap-tiap pagi,kau buat angan angan yang sama,dan hasilnya--kau sendiri terperosok dalam mimpi ngeri"

tangan aku dipimpin,digenggam oleh keduanya,
yang di kirinya kasar sekasar buruh yang sukakan bendang,
di kanannya lembut selembut orang yang tak reti bikin kerja rumah.

serentak keduanya bersuara,
"pejamkan mata,longgarkan langkah.jangan sekatkan rasa,tapi bebaskan suara"

tanpa guna akal untuk berfikir,tanpa biarkan otak bekerja sedikit,
mata aku pejamkan,
langkah aku biarkan,
rasa aku positifkan,
suara aku simpan--dalam-dalam

lantai yang lembik-basah-atau berlumut,
aku biarkan kaki ini bermandikan segala apa yang aku pijakkan.

terdengar di cuping telinga kanan,
"kenapa kau lepaskan ego?"

di kiri pula bersuara,
"kenapa kau bunuh maruah?

tatkala aku mau membalas,
seperti suara aku dijerut--
sakit dan nafas aku seperti mau putus.

dan,lega.

di kiri aku pantulkan soalan yang sama,
di kanan aku bidaskan aku dengan soalan yang sama.

kaki yang dah dilumpuri benda-asing makin tenggelam.
tangan aku digenggam sekuat-seerat yang termampu.

entah datang suara dari mana,diteriaknya,gelombang yang terasa seperti mengelilingi aku 360 darjah,

"lepas kan dia,lepas kan dia.dia tak sedia untuk membenci,dia tak sedia untuk mencintai"

dan,
aku terbenam dalam lumpur-benda-asing.

tak mati,
aku bernafas.


bahu aku dipegang,diusap-usap.
"dik,kedai dah nak tutup."

aku tersentak,dan tindakan separa sedar aku,
"nah,simpan duit baki"

____________________________________________



Lelaki yang dikatanya kacak,segak,gagah -
itu ego dia.
Perempuan yang dikatanya cantik,lembut,sopan -
itu suara dia

ego dia mau kan dia untuk jadi perempuan,
suara dia mau kan dia untuk jadi gah seperti lelaki.

orang gila - dunia nya tak rasa apa apa.
orang sakit jiwa - dunia nya sakit,jiwa nya meronta ronta.

reti kau nak beza?

Nov 11, 2011

move on, or back off.

kau ada masalah dengan aku?
kau ada nak cari pasal dengan aku?

aku ada curi duit kau?
aku ada kebas laki kau?
aku ada bunuh nyamuk kat rumah kau?

apa kaitan blog aku dengan perjalanan hidup kau?

perlu ke blog aku sama-cantik dengan blog-blog blogger lain?
perlu ke aku pakai jeans jenama Gene Martino untuk buktikan aku ada ego?
perlu ke aku kibarkan kain rentang yang tertulis "A'AH AKU PENYOKONG KAU"

tak kan?
sampai mati pun,tak perlu kan?

tolonglah,tolonglah.

aku tak suruh kau berhenti berfikir,tak suruh.
tapi,
berpada-pada lah kan?

berpada-pada lah untuk judge orang lain.

it is not necessary for you to take a look on people's life & make a mean conclusion.

not necessary.

kau ada hidup sendiri kan?
kau ada kawan kawan yang kau anggap "merekalah nyawa aku ,merekalah dunia aku"
(but the fact,nonsense)

hidupkan hidup kau,
hidupkan.

dan,
untuk hidupkan hidup kau,
jangan matikan hidup orang lain.

kau bukan Allah.
kau bukan Allah.

pakukan baik-baik apa yang aku nak tulis;

semua orang tak sempurna,dan jangan salahkan mereka andai kata mereka cuba nak sempurnakan hidup masing-masing.

paling ringkas;
stop insulting people.
stop manipulating people's life.

suka hati dia lah kalau dia nak bercinta dengan sesiapa pun,
bukan lelaki kau kan?
bukan perempuan kau kan?

memang ni blog aku,blog Lina Jalil.
ada apa apa masalah nak diselesaikan bertentang mata ke?


do they mess up your mind?
then,
you're voldermort.
*kidding ;)

Nov 10, 2011

i cant hold it,alone.


THE PAIN,

sometimes has been my drug;
and i'm addicted to it.
addicted to cry,
addicted to hear lies,
addicted to know the reason "WHY".

sometimes has been my only friend,
that tend to give me tears,
and wipe it with words.
that tend to hold me,
when i just want to fly away from this small world.

sometimes has been the only feeling,
that no one knows
HOW it feels,
WHY it hurts,
WHO's the person,
WHEN it happens,
and
WHAT's the reason.

only you have the answer,right?

Nov 7, 2011

kalau kau baca dan kau menyampah,jangan salahkan aku sebab ini blog aku.okay?


aku tak sukakan dunia sekarang.
walau sekecil-kecil ruang,
masih ada yang berperang.

sana perihal anak tiri yang dibunuh saudara kandung sendiri.
situ tentang kucing yang dikerat-dipotong jadi makanan siang.
sini soal lelaki dan perempuan yang tak tahu batas Islam.

mereka suruh aku keluar,
lihat dunia luar!
yang aku nampak,manusia makin liar.

mereka suruh aku terjah,
buka minda biar tak dijajah,
yang aku nampak cuma dunia yang hilang arah.

mereka tolak aku ke lumpur,
kononnya biar dirasa susahnya hidup.
yang aku bau cumalah kau yang di-badut.

lalu aku kurungkan kembali tubuh aku yang dah dibasahi caci maki,
dan pejamkan suara yang dah serik diherdik diperli.

dunia yang harusnya sepi,
dunia yang harusnya mati,
semuanya diwarnai dalam mimpi aku sendiri.

ini dunia aku,
ini hal aku.

kolot atau tak,pertikaikan depan aku.
bukan belakang aku yang kau boleh conteng pakai najis lembu.

kau boleh hidup dengan segala isi manusia yang dah makin gila ,
kau boleh bersosial dengan suara-suara yang curangkan ibu bapa.
kau boleh berzina dengan cerita-cerita yang sarat dengan Sakit Jiwa.

jangan heret aku.

jangan heret aku.


kalau cemburukan hidup aku sekalipun,
tak perlu kau ambil semua warna aku.

kau tak ada hak.kau bukan Tuhan aku.

Nov 6, 2011

if your ghost really exist,

ber t-shirt lengan panjang,bertudung merah jambu,berseluar jeans dan
berkasut sneakers.

satu per satu diri aku,
dah kau tahu.

satu per satu diri aku,
dah kau bau.

satu per satu diri aku,
pernah kau rindu.

lorong yang dahulunya gelap,dipenuhi semak-samun dan binatang buas
dah jadi tempat aku lepaskan segala lelah yang ada;
lelah menunggu kau.

disebabkan semak yang menebal,
lorong yang gelap ini mungkin jadi ruang untuk aku menyendiri.

sendiri,
lagi sekali.

mahu tau sesuatu sayang?

makhluk-makhluk yang berlari-lari ;
gadis perempuan yang bermain buaian sambil ketawa,
bayi lelaki yang mahu didukung,
suara-suara mereka dah makin nyaring.
suara-suara mereka dah makin bising.

kita pernah berdua,
dan mereka pernah bersama kita--
sampaikan ada orang kata kita ini orang gila
yang suka bergaul dengan orang yang tak ada--tak boleh dirasa.

dan,
waktu kita pernah berdua,
kau jadikan gadis buaian itu masa depan untuk aku--
untuk aku senyum kerna bakal punya puteri seperti itu.

kau jadikan bayi yang suka didukung itu masa depan untuk aku--
untuk aku senyum kerna itu mungkin putera aku.

tapi,
sayangnya,kan sayang?
masa kita berdua tak pernah ada yang suka.
tak pernah ada yang suka.

habis segala isi 'taman tema' ini dibiar mati
habis segala suara untuk ke lorong ini dibiar sunyi.

hinggakan
suara aku sendiri dah jadi mimpi ngeri
mimpi ngeri untuk kau sukakan aku lagi--

mereka jahat,sayang.
mereka kejam,sayang.

tapi kau sebelahkan mereka,
kau beratkan mereka.

kau campakkan aku gunakan mereka--
Cinta yang dah jadi daging busuk,
Rindu yang dah putuskan nadi aku,
Cemburu yang tak pernah cuba membantu,
dan,
Ego yang selalu pijak-pijakkan jasad aku.

lalu kau puas,
lalu kau ketawa hingga selesai nafas--
selesai nafas.

sambil aku usap-belai kubur kau sayang,
aku tinggalkan satu nota ringkas,bersebelahan batu nisan;

"kalau tak pernah sedikitpun merasa untuk berikan cinta,mohon jangan ditunjuk sedikitpun rasa tentang hidup berdua"

Nov 4, 2011

when the rhythm of your dreams is your nightmare,

tak ingat hari apa,tak tahu itu lampu atau cahaya,
tapi yang pasti,
itu hari
Sakit Jiwa Sedunia

"kau tengah buat apa?"

"tak buat apa-apa,saja duduk-duduk,"

"tapi tangan kau ?"

"oh,aku kelar. kenapa?"

"kau okay?"

"sangat puas lepas aku tengok segala apa yang aku rasa,mengalir keluar --lancar"

"boleh berikan aku pisau tu?"

"kau nak buat juga? boleh!"

------------------------------------------------------------

kalau kau tahu Tuhan ada,
kau takkan sikitpun ada niat
untuk jadikan diri sendiri bahan pelepas perasaan.

letakkan hati kau ke tepi,
angkat-kan kepala kau ke atas,
biar otak kau berada tinggi sedikit daripada segala apa yang di bawah.

buang apa yang kau dendam-kan.
simpan segala apa yang kau senyumkan.

untuk bawa kau berjalan,
aku tak perlukan jalan,kasut atau tak perlukan tenaga untuk keluar.

genggam tangan aku,
pandang aku.

tolong menangis.
tolong menangis.

cakapkan apa yang kau tak puas,
luahkan apa yang bebankan otak kau,kawan.
ceritakan pada aku--
tentang Orang Tak Berkaki,Orang Tak Berkepala
yang datang untuk ajak kau sekali--untuk jadi Orang Tak Ada Harga.

"aku masih tak merasa apa-apa.aku tak boleh keluarkan yang dah membangkai"

"biarkan mereput dan kau pun akan lupus?"

"mungkin itu yang terbaik."

"mana kau letak Tuhan?"

"tak tahu. aku tak nampak Dia ada"

"kau pernah nampak sakit hati kau depan mata?"

"tak,tapi aku rasa."

"dan,Tuhan tak pernah tinggalkan kau sendirian.Dia terlalu dekat dengan kau,terlalu."

"kau tipu"

"pernah mencuba bercakap dengan Dia?"

"aku bukan orang gila."

"kau salah. kau lagi gila kalau kau tak pernah bercakap dengan Dia."

"kenapa Dia uji aku macam ni?"

"sebab Dia nak kau cari Dia."

mak,ayah,atau kawan-kawan--
mungkin kau boleh ambil mereka jadi telinga kau.
tapi,
cuma setakat telinga.

segala apa yang mereka cakapkan,
segala apa yang mereka cuba tenangkan,
pasti itu berbalik kepada kuasa Tuhan.

cari Dia.
tolong cakap dengan Dia.








Allah wont let you to be alone,no matter how bad your attitude is.
there's a space for you to ask for His forgiveness --
to ask Him to guide you,back to the right path.

:NOTE FOR ME TO REMEMBER: