Nov 6, 2011

if your ghost really exist,

ber t-shirt lengan panjang,bertudung merah jambu,berseluar jeans dan
berkasut sneakers.

satu per satu diri aku,
dah kau tahu.

satu per satu diri aku,
dah kau bau.

satu per satu diri aku,
pernah kau rindu.

lorong yang dahulunya gelap,dipenuhi semak-samun dan binatang buas
dah jadi tempat aku lepaskan segala lelah yang ada;
lelah menunggu kau.

disebabkan semak yang menebal,
lorong yang gelap ini mungkin jadi ruang untuk aku menyendiri.

sendiri,
lagi sekali.

mahu tau sesuatu sayang?

makhluk-makhluk yang berlari-lari ;
gadis perempuan yang bermain buaian sambil ketawa,
bayi lelaki yang mahu didukung,
suara-suara mereka dah makin nyaring.
suara-suara mereka dah makin bising.

kita pernah berdua,
dan mereka pernah bersama kita--
sampaikan ada orang kata kita ini orang gila
yang suka bergaul dengan orang yang tak ada--tak boleh dirasa.

dan,
waktu kita pernah berdua,
kau jadikan gadis buaian itu masa depan untuk aku--
untuk aku senyum kerna bakal punya puteri seperti itu.

kau jadikan bayi yang suka didukung itu masa depan untuk aku--
untuk aku senyum kerna itu mungkin putera aku.

tapi,
sayangnya,kan sayang?
masa kita berdua tak pernah ada yang suka.
tak pernah ada yang suka.

habis segala isi 'taman tema' ini dibiar mati
habis segala suara untuk ke lorong ini dibiar sunyi.

hinggakan
suara aku sendiri dah jadi mimpi ngeri
mimpi ngeri untuk kau sukakan aku lagi--

mereka jahat,sayang.
mereka kejam,sayang.

tapi kau sebelahkan mereka,
kau beratkan mereka.

kau campakkan aku gunakan mereka--
Cinta yang dah jadi daging busuk,
Rindu yang dah putuskan nadi aku,
Cemburu yang tak pernah cuba membantu,
dan,
Ego yang selalu pijak-pijakkan jasad aku.

lalu kau puas,
lalu kau ketawa hingga selesai nafas--
selesai nafas.

sambil aku usap-belai kubur kau sayang,
aku tinggalkan satu nota ringkas,bersebelahan batu nisan;

"kalau tak pernah sedikitpun merasa untuk berikan cinta,mohon jangan ditunjuk sedikitpun rasa tentang hidup berdua"