Nov 27, 2011

tak ada motif untuk kau baca.

semalam,
ada sepucuk surat diletakkan di atas meja berhabuk aku.
di atas sampulnya tertera nama,alamat dan stem 30sen.
tak ada bau bedak,tak ada tulisan nama kecil di belakang sampul.
bersih dan dikotorkan oleh habuk di atas meja aku.

semalam juga,
surat itu aku biarkan dahulu.
tak ada nafsu untuk membuka isi sampul
kerna
yang mengganggu aku adalah "itu bukan surat dari kamu".

semalam juga,
aku berjalan-jalan ke luar,sambil memegang sampul yang dah hampir lunyai
gara gara dironyok-ronyokkan tanpa sedar.
hujan lebat yang dah hadiahkan aku pelangi petang memburukkan lagi sampul yang aku dah hampir hancurkan.

pengering rambut--ini aku guna untuk keringkan sampul yang masih tak dibuka,

hari ini,
pagi aku masih seperti biasa;
mata sembab,
kulit berminyak
dan
jerawat makin mengecut.

seperti biasa juga,
hal pertama yang aku lihat--telefon bimbit.
no new message received from _________.

yang ada cuma 4 new message received from Different People.
malas nak membaca.
"Exit"

sampul surat yang semalam aku belek-belek.
dah kering
dan
sedikit comot.

masih belum mandi,
tanpa rasa apa-apa aku koyakkan bucu sampul,

oh,ada surat.

"satu hari nanti tolong ingatkan diri bahawa dia juga perlukan masa untuk dibelai,dirindui dan dicintai.

Yang menulis,
Dream&Nightmare of yours"