Dec 23, 2011

tak ada masa nak difikirkan tajuk,


perjalanan hidup yang terlalu lambat--

pagi yang tak dikejutkan jam loceng,
tarik selimut,sembunyikan diri seboleh-boleh yang mungkin.

mata yang tak boleh ditidurkan lagi;
dikesat-kesat untuk hilangkan tahi yang mengeras.

telefon bimbit dah terlalu jauh--
terjatuh ke bawah katil,
terbalik,
dan
mati.

buku diari yang tak ditutup,
helaiannya separuh dikoyak,dironyok.
diletakkan di bawah bantal yang dah hampir diuraikan bakteria jahat.

kelambu tak menutup rapat,beri laluan masuk kepada sekalian nyamuk banduan,
darah dihisap tanpa rasa sakit,
dibiar gemuk,dan pergi.

badan digaru-garu gatal,
separa lemah yang tak punya tenaga sarapan.

cuba dipejamkan mata yang dah melebam,sembab--
cuma untuk main-kan kembali mimpi malam tadi,
yang cuma ingat sesuku jalan cerita--
ada lelaki dan perempuan yang berdua,dan akhirnya mati dibunuh tangan sendiri.

tak,itu mimpi kelmarin.

dipejamkan lagi,
ada dua orang perempuan jalang yang mau dirinya diterima orang.

tak,itu cerita rumah sebelah.

dipejamkan lagi,
laki-laki yang berdada bidang,tak terlalu ragah,memakai songkok
dah berikan perempuannya seruang taman yang penuh dengan surat cinta.

tak,itu angan angan.

dipejamkan lagi,
lalu air mata menitis,sampai dirasa pipi.
badan mengecil,hati mula sakit.
dan,
senyuman diukirkan separa sedar,
ya.semalam jiwa aku dah hampir mati dimamah suara-suara garau.

"ini bukan kehidupan kau,pergi keluar dan cari sendiri"

"tapi ini keluarga aku."

"tak,kau tak pernah ada siapa-siapa"

"tapi mereka sayangkan aku"

"itu cuma pura pura"

"mereka kata mereka gembira dengan kehadiran aku"

"itu cuma sementara.sekarang mereka dah ada aku,kau boleh berambus"

"tapi kau cuma orang luar."

"kau adalah anak pungut"

"kau tipu"

"buktinya,kau tak dapat apa yang kau nak.sebaliknya aku."

"mereka tak ada duit banyak."

"mereka dah belikan aku sebidang tanah."

"tipu."

"dan,kau dah dibeli batu nisan,dah siap diukirkan nama"

-----
perjalanan hari yang terlalu lambat-
mungkin untuk orang yang terlalu sakit untuk bernafas,
mungkin untuk orang yang dah mati untuk hidup.



double-faces



aku dah penat.
berdepan dengan orang yang tak tahu nilai sahabat,
bercakap dengan orang yang tak reti nak rasa hormat,
berbahas dengan orang yang merasakan dirinya terlalu tinggi untuk dikalahkan.

tak ada istilah "putus" dalam soal persahabatan,
tak ada istilah "kita musuh" dalam soal persaudaraan.

maafkan aku ,
tapi
aku dah lali.

senyum aku dah dirobek-dikorek sejak dibangku sekolah,
tawa aku dah dikecam-dihina sejak aku tahu bumi berbentuk sfera.

lanjutnya aku nak ceritakan sesuatu,
yang mungkin takkan kau baca mahu pun hidu.

berapa ramai yang kau kenal hinggakan kau merasakan terlalu ramai untuk kau jadikan kawan?
berapa ramai yang kau tahu hinggakan kau memilih untuk keluarkan statement ;
"ramai orang kutuk belakang aku"

kirakan aku jumlah KAWAN yang kau rasa dah terlalu ramai untuk kau ada.
kirakan aku jumlah KAWAN yang tak pernah ada bila kau berduka.
kirakan aku jumlah AKU yang kau rasa kau terlalu kenal.
tolong kirakan.

senang untuk kau label
dia JALANG,
dia MURAHAN,
dia TAK ADA MARUAH,
dia terlalu SOSIAL,
dia tak pernah BERUBAH,
dia kaki MENGUMPAT,
dia DALANG untuk JATUHKAN kau di khalayak ramai.

senang untuk kau letakkan seseorang di atas najis,
senang untuk kau campakkan seseorang ke dalam gaung berbau hamis.
senang untuk kau angkat seseorang dan sanjung sampai ke langit.

tapi,
pernah kau merasa betapa susahnya untuk seseorang menerima bahawa kawannya sendiri yang dah dianggap orang paling rapat--akhirnya jadi musuh yang terlalu ketat.

pernah kau merasa berada sendiri di tempat orang yang kau kata dia dah jatuhkan kau berkali kali?

pernah kau merasa menjadi orang yang dah dimatikan segala Sistem Bunuh Diri semata cuma untuk abaikan cemuhan kawan sendiri?

satu hal yang aku nak kau tahu;
dalam dunia ni aku tak pernah jumpa manusia yang betul-betul ada sifat Terima Kelemahan Diri & Orang Lain.


yang dia tahu cuma KRITIK dan terus MENGHERDIK.

dan,
kau sendiri dah buktikan pada aku bahawa aku dah salah memilih kawan.
dah salah.