Dec 23, 2011

tak ada masa nak difikirkan tajuk,


perjalanan hidup yang terlalu lambat--

pagi yang tak dikejutkan jam loceng,
tarik selimut,sembunyikan diri seboleh-boleh yang mungkin.

mata yang tak boleh ditidurkan lagi;
dikesat-kesat untuk hilangkan tahi yang mengeras.

telefon bimbit dah terlalu jauh--
terjatuh ke bawah katil,
terbalik,
dan
mati.

buku diari yang tak ditutup,
helaiannya separuh dikoyak,dironyok.
diletakkan di bawah bantal yang dah hampir diuraikan bakteria jahat.

kelambu tak menutup rapat,beri laluan masuk kepada sekalian nyamuk banduan,
darah dihisap tanpa rasa sakit,
dibiar gemuk,dan pergi.

badan digaru-garu gatal,
separa lemah yang tak punya tenaga sarapan.

cuba dipejamkan mata yang dah melebam,sembab--
cuma untuk main-kan kembali mimpi malam tadi,
yang cuma ingat sesuku jalan cerita--
ada lelaki dan perempuan yang berdua,dan akhirnya mati dibunuh tangan sendiri.

tak,itu mimpi kelmarin.

dipejamkan lagi,
ada dua orang perempuan jalang yang mau dirinya diterima orang.

tak,itu cerita rumah sebelah.

dipejamkan lagi,
laki-laki yang berdada bidang,tak terlalu ragah,memakai songkok
dah berikan perempuannya seruang taman yang penuh dengan surat cinta.

tak,itu angan angan.

dipejamkan lagi,
lalu air mata menitis,sampai dirasa pipi.
badan mengecil,hati mula sakit.
dan,
senyuman diukirkan separa sedar,
ya.semalam jiwa aku dah hampir mati dimamah suara-suara garau.

"ini bukan kehidupan kau,pergi keluar dan cari sendiri"

"tapi ini keluarga aku."

"tak,kau tak pernah ada siapa-siapa"

"tapi mereka sayangkan aku"

"itu cuma pura pura"

"mereka kata mereka gembira dengan kehadiran aku"

"itu cuma sementara.sekarang mereka dah ada aku,kau boleh berambus"

"tapi kau cuma orang luar."

"kau adalah anak pungut"

"kau tipu"

"buktinya,kau tak dapat apa yang kau nak.sebaliknya aku."

"mereka tak ada duit banyak."

"mereka dah belikan aku sebidang tanah."

"tipu."

"dan,kau dah dibeli batu nisan,dah siap diukirkan nama"

-----
perjalanan hari yang terlalu lambat-
mungkin untuk orang yang terlalu sakit untuk bernafas,
mungkin untuk orang yang dah mati untuk hidup.