Jan 27, 2012

persoalan yang tak ada jawapan tetap.


dia dah pernah bercinta dan dia dah pernah memberi cinta.

dia dah pernah merasa rindu dan dia tak lari daripada perasaan menunggu.

dia dah pernah ada cemburu dan dia selalu dihantui rasa "aku mahu dia tahu,aku mahu dia tahu"

dia dah pernah bercinta

dan dia dah pernah putus cinta.

terdapat satu lorong gelap,besar dan dipenuhi semak-samun.
kawasan itu dijajah sendiri oleh perasaan tak mahu mati,tapi tak juga mau hidup sendiri.

di sepanjang lorong yang dah terlalu gelap dan besar;
terdapat anak-anak kecil yang bermain,ketawa dan menangis lalu melarikan diri dan terjatuh.mati.
terdapat pasangan-pasangan bercinta yang sedang cuba untuk meluahkan rasa,tapi diketahui curang lalu terputus nadi.
terdapat juga suara-suara garau dan bergema,
"putus cinta itu hal biasa-biasa.bangun dan bina daerah baru.biar jajahannya adalah dia yang cintakan kau,dia yang rindukan kau,dia yang mau jadikan kau sebagai seseorang yang sah satu hari nanti"

selepas putus cinta,

dia kembali bercinta.

bukan dia yang meminta,tapi Lelaki yang mau jadikannya sebagai seorang isteri.

dan

dia ada satu permintaan;

"jadi suami saya,imamkan saya satu hari nanti,ya?"