Feb 2, 2012

kejuruteraan proses & makanan / major kimia / major fizik / major biology ?


secara jujurnya, 95% cuti tak disalurkan untuk bergembira dan ketawa ramai-ramai; dan lagi 5 % dimanfaatkan untuk tidur, di mana waktu itu aku bernafas seperti biasa sambil dimatikan seketika.

borang permohonan UPU mengambil masa lebih kurang 2 minggu atau 3 minggu untuk diisi-penuh.

atas dasar;
1) malas nak isi
2) tak tahu bidang itu pasal apa
3) kekurangan maklumat untuk mencari yang betul-betul ada peluang kerja dan masa depan yang cerah
4) masalah "line terlalu busy"
5) bila nak SAH dan HANTAR, maklumat akademik tentang matrikulasi KOSONG sedangkan sudah diisi. walaupun dah kemaskini sebelum print,masih hal yang sama berlaku.

aku serahkan segala hal kepada Allah Yang Maha Tahu.

mungkin ada bidang yang tak sesuai,tapi aku tetap pilih.
mungkin ada bidang yang memang untuk aku,tapi aku tak ambil pusing.

tarikh tamat bulan Mac atau April,aku kurang pasti.

tapi,
why these kind of things keep on bugging me?

perihal assignment Bahasa Inggeris,
"BABY DUMPING"

dulu bila aku tak nak maklumat pasal artikel ni,segala surat khabar daripada Bahasa Melayu ke tulisan jawi, semua cerita pasal Pembuangan Bayi.

sekarang,
aku cuma nak dalam Bahasa Inggeris,
tak jumpa.
tak dapat.

takkan nak print out daripada internet?
itu boleh digelar Sumber Daripada Internet.
bukan Sumber Daripada Surat Khabar.

btw,
one of my friends always said;
"dont make the easier thing become complicated."


mak ayah, boleh tak saya pilih sendiri bidang apa yang saya suka?