Mar 30, 2012

alhamdulillah,
masih hidup,
masih sihat
&
masih boleh tersenyum
untuk teruskan
dan
teruskan ;)

Mar 23, 2012

bila tupai terjatuh dan cuba untuk melompat,tapi kaki terseliuh dan merempat. :)


hari-hari yang kebelakang,
aku terfikir pasal kau.
pasal kita.
dan pasal dulu.

dan,
di akhir pemikiran,
aku dalam keadaan separa sedar,dan otak aku dibogelkan dengan memikirkan kau.

lalu,
aku keluarkan kau dari kotak pemikiran aku,
dan letak kau di depan aku.
sambil meletakkan kedua tangan aku di bahu kau.
dan mata aku fokus ke mata kau.

"hari ini,aku nak langsaikan semua."
"tentang apa?"
"tentang perkara najis yang kau dah bagi aku makan"
"sejak bila aku bagi kau najis sepanjang kita bercinta?"
"najis itu adalah harapan"
"tapi kita dah berjanji untuk jadi suami isteri,nanti"
"itu najis paling teruk pernah kau keluarkan."
"kau tak percaya?"
"kebodohan aku percaya, firasat aku kata itu cuma penyedap rasa"

kedua kita terdiam.
dan kau menunduk; cuba untuk menangis.
tapi hati aku terlalu keras untuk bersedih.

selesai kita diam,
selesai kita cakap-tentang-soal-tak-matang,
selesai kita main tikam belakang,
selesai kita bagi ruang untuk cinta kita telanjang dan kontang,

tanpa rasa apa-apa,
aku tunjuk kau jalan pulang,
dan dengan senyuman ;
"kau masih belum aku sayang."

jangan korbankan kebodohan untuk percintaan yang lompang.

dengan kebodohan,
takkan ada perasaan.

dengan perasaan,
takkan wujud kecurangan.

dengan kecurangan,
takkan wujud kepercayaan.

dengan kepercayaan,
takkan ada istilah Perempuan Simpanan.

:)


;)

Mar 14, 2012

harus untuk kau baca,harus untuk kau tahu aku dah penat nak dengar cerita durjana :)

malam ini kita berpesta,bersama beberapa orang manusia yang pemikiran kita-terlalu-berbeza.

malam ini kau luahkan segala bangkai,
dan aku cuba hapus-terus najis yang terurai.
lalu dia akan dakap kita erat-erat sambil ditemani kunang-kunang yang dah mati dan longlai.

malam ini tolong jangan kaitkan hidup dengan kekasih atau bekas kekasih;
matikan mereka untuk sementara;atau selamanya.

jangan penatkan diri untuk ingat sakit hati,
jangan lemahkan kaki yang berlari untuk ingat siapa punya janji;
biar kita ketawa,dan terus mabuk dalam cerita-cerita dongeng yang tak ada jalan cerita.

selesai kita berpesta dan bergembira,
kita teruskan berjalan dan mengira;
sambil meninggalkan nota ringkas di tepi rumah mama dan papa;

"bila orang curangkan kita,bila orang bunuh rasa kita,bila orang tak hormat siapa kita,angkat kaki dan teruskan melangkah. jangan biar diri merasa sakit jiwa; takut nanti kita yang dibiar merana,dia di sana bahagia dengan cinta barunya"

Mar 3, 2012

30 days from now,


sekarang musim berperang.
sekarang musim orang pegang parang,tetak kepala orang,mati dan tanam.

terlalu banyak orang mengejar nama,
terlalu banyak orang nakkan kaya,
terlalu banyak orang teringin digelar Si Pandai.
hinggakan kawan sendiri dibiar mati longlai.
hinggakan roommate sendiri dibogel tanpa baju sehelai.

iya,memang betul kau nak berjaya.
tapi bukan dengan perbodohkan orang yang nak mencuba.

iya,memang pemikiran kau untuk menjadi Genius.
tapi bukan dengan mengheret orang lain masuk najis sama.

bulan 4 kita akan selesai.
bulan 4 kita akan langsai.
bulan 4 kita akan kata "seronok kenal kau.harap tak jumpa kau lagi"

this competition should not lead you to be not-human-being.
normal for you to see others fall,
abnormal for me to let you take it as an advantage to crawl.

aku harap selepas selesai segala hal kita di sini, kau takkan jumpa orang yang macam kau sendiri kat luar sana--yang cuba-cuba untuk biar kau lemah dan mati.