Mar 23, 2012

bila tupai terjatuh dan cuba untuk melompat,tapi kaki terseliuh dan merempat. :)


hari-hari yang kebelakang,
aku terfikir pasal kau.
pasal kita.
dan pasal dulu.

dan,
di akhir pemikiran,
aku dalam keadaan separa sedar,dan otak aku dibogelkan dengan memikirkan kau.

lalu,
aku keluarkan kau dari kotak pemikiran aku,
dan letak kau di depan aku.
sambil meletakkan kedua tangan aku di bahu kau.
dan mata aku fokus ke mata kau.

"hari ini,aku nak langsaikan semua."
"tentang apa?"
"tentang perkara najis yang kau dah bagi aku makan"
"sejak bila aku bagi kau najis sepanjang kita bercinta?"
"najis itu adalah harapan"
"tapi kita dah berjanji untuk jadi suami isteri,nanti"
"itu najis paling teruk pernah kau keluarkan."
"kau tak percaya?"
"kebodohan aku percaya, firasat aku kata itu cuma penyedap rasa"

kedua kita terdiam.
dan kau menunduk; cuba untuk menangis.
tapi hati aku terlalu keras untuk bersedih.

selesai kita diam,
selesai kita cakap-tentang-soal-tak-matang,
selesai kita main tikam belakang,
selesai kita bagi ruang untuk cinta kita telanjang dan kontang,

tanpa rasa apa-apa,
aku tunjuk kau jalan pulang,
dan dengan senyuman ;
"kau masih belum aku sayang."

jangan korbankan kebodohan untuk percintaan yang lompang.

dengan kebodohan,
takkan ada perasaan.

dengan perasaan,
takkan wujud kecurangan.

dengan kecurangan,
takkan wujud kepercayaan.

dengan kepercayaan,
takkan ada istilah Perempuan Simpanan.

:)


;)