Mar 14, 2012

harus untuk kau baca,harus untuk kau tahu aku dah penat nak dengar cerita durjana :)

malam ini kita berpesta,bersama beberapa orang manusia yang pemikiran kita-terlalu-berbeza.

malam ini kau luahkan segala bangkai,
dan aku cuba hapus-terus najis yang terurai.
lalu dia akan dakap kita erat-erat sambil ditemani kunang-kunang yang dah mati dan longlai.

malam ini tolong jangan kaitkan hidup dengan kekasih atau bekas kekasih;
matikan mereka untuk sementara;atau selamanya.

jangan penatkan diri untuk ingat sakit hati,
jangan lemahkan kaki yang berlari untuk ingat siapa punya janji;
biar kita ketawa,dan terus mabuk dalam cerita-cerita dongeng yang tak ada jalan cerita.

selesai kita berpesta dan bergembira,
kita teruskan berjalan dan mengira;
sambil meninggalkan nota ringkas di tepi rumah mama dan papa;

"bila orang curangkan kita,bila orang bunuh rasa kita,bila orang tak hormat siapa kita,angkat kaki dan teruskan melangkah. jangan biar diri merasa sakit jiwa; takut nanti kita yang dibiar merana,dia di sana bahagia dengan cinta barunya"