May 26, 2012

childhood (:

tqa says; "we are never too old for playground"


baju kotor,kaki berlecak,rambut serabai,muka comot.

pagi petang malam adalah masa bermain.
bangun pagi tak perlu fikir pasal mesej "Selamat pagi"
cuma tunggu dimarahi "kenapa tak mandi lagi?"
sepanjang hari adalah masa untuk ketawa,menangis dan tak terfikir untuk merasa sakit hati.

bilik bersepah,mainan berterabur,teddy bear dah hampir lunyai
dompet tak pernah wujud,
di leher tergantung telefon mainan yang dalamnya ada buih sabun.
segala gajet yang ada adalah palsu tapi itu yang direbutkan dengan abang.
dan, tanah adalah tempat yang seronok berguling
pokok adalah rumah yang paling kukuh
hujan adalah kawan yang tak pernah mengeluh.

kawan lainan jantina tak pernah kisah.
nafsu tak wujud untuk bercinta,jatuh suka atau minat secara rahsia.
yang tahu cuma ; kita kawan sampai tua,tahu?

momen paling seronok adalah
lari dari rumah.
dalam beg ada sehelai tshirt,seluar dan biskut.
lari waktu menangis
lari waktu orang semua tidur
lari waktu petang,bukan malam.
akhirnya,jumpa di rumah jiran,tertidur dan ayah dukung bawa pulang.

zaman kanak kanak paling hidup.
istilah untuk bunuh diri tak pernah wujud.
istilah rindu tak pernah tahu.
istilah sakit hati cuma kerana mainan hilang atau makanan direbut atau nama ayah dieejek,

tak ada kaitan dengan dunia sekarang;
yang dah makin kotor dengan penipuan.
yang dah makin terkambus dengan sampah ideologi bebal.

kembalikan semula zaman kanak kanak aku kepada kanak kanak sekarang
kerana sepertinya mereka kekurangan perasaan untuk berdiri sendiri.
disebabkan terlalu tepu dengan kemanjaan kalian sendiri.