Jul 17, 2012

bila kita.

bila kita
senyum tanpa sebab;
orang kata kita gila.
tidak senyum untuk satu ketika;
orang kata kita ada masalah dunia.

bila kita
buat baik;
orang kata kita cuba nak tarik perhatian.
buat jahat;
orang kata maruah kita tepi jalan.

bila kita
cuba elak gosip;
orang kata kita katak bawah tempurung.
rancak bergosip;
orang kata mulut kita tak reti tutup.

bila kita
bagi nasihat;
orang kata kita berlagak baik.
tak bagi apa apa respon;
orang kata kita tak ambil berat.

bila kita
jadi diri sendiri;
setiap tingkah laku dikritik diperli.
jadi seperti yang diminta;
setiap tindakan dikatanya palsu semata mata.

bila kita
bersuara;
kita dilabel gila kuasa.
membisu tanpa kata;
kita dipijak kepala.

bila kita
sedang bahagia;
setiap perbuatan dikatakan melampau.
sedang sengsara;
setiap perkataan dianggap mengemis kasihan.

bila kita
mati;
sama ada orang menyesal
atau
berpuas hati.