Jul 23, 2012

it's hard but I have to try (=





semalam,
ada soalan;
"rindu aku?"

tanpa dua kali fikir;
"tak"

dibalasnya sebelum 1 minit;
"serius?"

dengan senyuman;
"untuk apa rindukan kau?"

tanpa segan masih bertanya;
"sebab kau jenis susah lupakan aku"

sambil ketawa;
"dan sekarang aku dah lupa."

masih memberi respon;
"kau tipu"

dengan senyuman tergantung;
"kalaupun aku tipu,kalaupun aku tak jujur,kalaupun aku pura-pura,tak ada kaitan untuk kau lagi.jiwa aku dah mati untuk rindukan kau.rasa aku dah tawar untuk ingat tentang kau.otak aku dah buang segala maklumat pasal kau.secebis diri kau tak tersisa dalam diri aku"

menunduk;
"andai perlukan aku,izinkan aku tahu"

tersenyum;
"saat ini,cuma Allah yang aku perlu.kerna,walau sehina mana pun diri aku,Dia tak pernah berhenti membantu.walau seteruk mana pun diri aku,Dia tak pernah tinggalkan aku.normal andai ada masa aku rindukan seseorang,tapi bukan 24jam.normal andai ada saat aku terfikirkan seseorang,tapi bukan seumur hidup.normal andai aku sendiri terjatuh dan memerlukan seseorang,tapi bukan sepanjang hidup"

melangkah berat,tinggalkan bekas tapak kaki.
menghembus nafas secara paksa-rela,
"jaga diri baik baik"

_____________________________________


kekosongan tak pernah wujud,
kekosongan takkan pernah wujud.
walaupun sakit,tak salah untuk cuba berdiri.
walaupun perit,tak salah untuk cuba berlari.


______________________________________

:notesformetoremember:



terasa nak membela Si Panda (: