Aug 4, 2012

sakit tu sebenarnya sorang sorang yang rasa & takkan ada orang boleh kata; "sakit kita sama rasa". tak ada (:


tidur semalaman yang berjaga;
mimpi tentang makhluk asing
dan lelaki tanpa suara
perempuan tanpa jiwa
matahari terikkan kecewa
raksasa dibaham anak kucing yang baru lahir.

celik mata;
nampak lipas terbang
"ah,binatang meroyan"
tanpa fikir panjang
dicapai apa yang mampu
dipukul
dihentam
hingga tak muncul
sampai sekarang.

cuba bangun cari Pagi
yang jumpa cuma Tengah Hari
tuala dicapai
jalan malas dan terus malas hingga ke bilik mandi
*terlelap*

"mana ibu?"
tiada jawapan.
"mana ayah?"
tiada dibalas.
"mana adik adik?"
meowww

oh mereka dah ke sekolah.

masuk semula ke kamar
pandangan tepat ke arah katil
nampak sangat cantik
"kalau baring sekejap,mungkin tak apa"
kepala menggeleng.
laptop dibuka
pandang screen tanpa sebab
tutup.

dah azan

solat dan
Hai Alam Mimpi.

kita berjumpa lagi,sekali.

ini kerja gila.kerja gila namanya.

_________________________________________________

"kau ada rindu sesiapa kebelakangan ni?"

"tak"

"kau ada teringat sesiapa kebelakangan ni?"

"entah"

"kau ada rasa apa apa kebelakangan ni?"

"ada"

"apa dia?"

"rasa nak lari jauh jauh"

"kenapa?"

"no reason"


*jom main tukar tukar jantung.aku ambil jantung kau,kau ambil jantung aku*
kidding (: