Oct 31, 2012

bila tak tahu,sila tanya.jangan terus buat kesimpulan sendiri.bila dah tahu,jangan menghina;sila pimpin sama-sama.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau faham
yang
aku manusia biasa-biasa
macam kau
dan yang lain.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau tahu
yang
aku masih mencari ilmu
macam kau
dan yang lain.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau jelas
yang
ada masa 
bercakap bukan satu keperluan
ketawa bukan satu penyelesaian
tersenyum bukan satu pilihan.

cukup cukuplah.
jangan terlalu menyanjung
jangan terlalu mengkritik
jangan terlalu mengherdik
jangan terlalu memperkecil-kecilkan
jangan terlalu taksub
jangan terlalu melampaui batas.

aku manusia,
biasa-biasa
macam kau
dan yang lain.


Oct 29, 2012

Pagi.
Bangun.
Senyum.
Bernafas.
Alhamdulillah.


Oct 28, 2012

nota ringkas untuk diri sendiri.ulang taip;nota ringkas untuk diri sendiri.


dulu-dulu,bila kau belum besar,belum kenal makna Inertia,belum tahu apa itu Momentum,tak reti lagi nak kira logarithm,masih buta tentang Jantung sendiri; masa itu kau reti nak jadi seorang manusia.

ya,masa itu.
reti jadi
seorang manusia.

sekarang,
kau mahir tentang Kimia Organik,kau tahu pasal Stereochemistry.kau genius perihal kejuruteraan.kau pakar dalam segala hal yang sekarang ini adik-adik kau masih merangkak nak belajar ; masih merangkak.
masa ini,kemanusiaan kau makin hilang.

ya,
makin hilang
kemanusiaan kau.

memang aku bukan yang dewasa.
memang aku bukan yang matang dalam soal dunia.
memang aku bukan siapa-siapa.

tapi,
mata orang melihat.
telinga orang mendengar.
mulut orang bercakap.

bukan orang lain,
tapi darah daging sendiri.

kenapa.
kenapa.
tanya diri sendiri.

mak sendiri kau buat macam orang gaji
mak sendiri kau layan macam orang biasa-biasa saja.
mak sendiri kau buat dia terasa.
mak sendiri,
mak sendiri.

apa kau nak kata bilamana terpacul satu ayat lengkap dari mulut ibu sendiri;
"tak apa.mak ayah boleh dibeli,kan?"

apa kau nak rasa?
apa kau nak kata?

salahkan siapa?

tak,aku bukan nak tuding jari ke siapa-siapa.
bukan nak tuding jari kat kau,manusia.
bukan.

aku tuding jari ke diri sendiri.
cabut jantung,tanya dia;
"kau pernah buat mak senyum?"
diam.
"kau pernah buat mak menangis?"
di-pam sampai pecah salur darah.

kalau mak sendiri kau boleh layan sebegitu rupa,jangan tanya kenapa satu hari nanti hidup kau huru-hara.
jangan tanya.

tapi,
sebelum porak-peranda,
sebelum malaikat maut jalankan kerjanya,
mak masih ada depan mata,masih boleh dipeluk,dicium,disapa.
tanggalkan segala ke-genius-an,ke-mewah-an,ke-lebih-an yang kau ada,tanggal,bogelkan.
biar yang tinggal cuma kau dan tangisan.

"mak,maafkan saya"





Oct 23, 2012

monologue (III)

photo is taken from Aiman Azlan

aku nak cakap sesuatu.

tentang apa?

aku ada rasa sesuatu.

rasa apa?

tapi aku keliru.

kenapa?

mungkin aku tak perlu bagitahu.

......

tapi benda ni membebankan aku.

bersuaralah.

mungkin lebih baik aku pendamkan dulu.

.......

tapi aku rimas.

luahkanlah.

mungkin belum tiba masanya lagi.

.......

patut ke aku berterus terang?

itu kan lebih baik.

tapi.

kau diam.

aku belum habis cakap.

kau diam.

hmm

orang macam kita,kadang kadang mudah tersangkut dengan perasaan sendiri.rasa lemas yang melampau.rasa ditikam dalam dalam.rasa serabut yang keterlaluan.rasa diikat,dibalut,dibungkus dengan perasaan yang kita sendiri tak pasti tu perasaan apa.datang dari mana,apa asal usulnya.kita sendiri tak tahu.

tapi,

bagi aku habiskan bercakap.

......

waktu ini,kita tengah mencari dengan siapa kita patut luah,luah dan muntah.

Allah kan ada.

jawapan kau dah ada.kenapa masih celaru?

sebab aku malu.

kenapa?

aku malu sebab kenapa aku tak boleh cintakan Dia,rindukan Dia lebih dari segala yang aku ada? kenapa aku masih tak mampu nak menangis setiap kali aku bersujud pada Dia? kenapa cuma kadang kadang? kenapa?

hati kita boleh mati.

kenapa matikan hati aku?

dosa yang kita buat kadang kadang kita tak sedar kuantitinya,kualitinya dan kita sendiri mungkin terlalu sukakan dosa yang kita buat,hinggakan lupa untuk bertaubat.bila teringat,ditangguhkan.konon akan ada masa nanti.tanpa kita sedar,nyawa kita boleh ditarik bila-bila masa yang Dia mahu.kita alpa.

.........

jom kita bersembang dengan Allah.minta Dia tolong gantikan hati kita dengan hati yang baru.mohon diperkenankan-Nya.




Oct 19, 2012

jangan salah faham;suka bukan cinta.

jangan salah faham.


"kau suka dia eh?"

"a'ah. suka. "

"kiranya,kau pun cinta dia jugak lah eh?"

"tak. aku cuma suka ."

"suka dengan cinta tu tak sama ke? rasanya, dua dua perasaan. perasaan sayang."

"tak sama. aku cuma suka dia. belum tahap cinta. belum. "

"ahh,tipu lah. aku pun suka juga kat sorang ni,dan aku pun cintakan dia juga."

"itu kau. kau dah membiarkan perasaan kau tertunduk kat dia. kau dah membiarkan diri kau ada perasaan untuk rindukan dia. kau dah merelakan perasaan kau berada di suatu puncak yang kau sendiri tak pasti di mana"

"???"

"suka ini sejenis perasaan. suka ini belum sampai tahap sayang. belum sampai tahap cinta. cuma suka. pernah dengar satu lagi term; crush? "

"pernah, bagi aku tu pun sama"

"oh.kalau sama, dulu kau pernah bagitahu aku yang kau crush dekat dia.esoknya,kau jumpa yang lain, kau kata kat crush kat dia juga,kemudian,hari seterusnya,tahun berikutnya,dah lebih dari seratus orang kau crush. maknanya, dah lebih seratus orang kau cinta? dan dah lebih seratus kali kau curang dengan perasaan sendiri? begitu?"

" . .. . ....... .. "

"lain orang mungkin lain definisinya. cuma, lagi sekali aku nak ingatkan kau, mohon jangan salah faham . perasaan suka tak sama dengan perasaan cinta. dan ya, ini aku namakan crush."

"tapi , kenapa kau tak cintakan dia?"

"aku tak mampu."

"maksud kau?"

"aku tak mampu nak ada-kan masa untuk cintakan dia.sebab aku sedang cuba nak ada-kan masa untuk cintakan Dia.aku sedang cuba.tentang perasaan suka aku,cuma Dia yang tahu bagaimana;aku sendiri tak reti nak describe."